Seksyen 9
Had masa
P.U. (B)In forceProvision 11 of 14
Seksyen 9
(1)
Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.
(2)
Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara elektronik dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa penyiasatan ini, melainkan jika dinyatakan selainnya.