Malaysia legislation

Section 7209

of NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7209

16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00 dan 7225.50.90 00.

(2)

Kod H.S. yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman tetapi tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

P.U. (B) 628 3

Duti anti-lambakan 3.

(1)

Dagangan subjek adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan dari 24 Mei 2016

hingga 23 Mei 2021 di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (No. 2) 2016

[P.U. (A) 144/2016] dan Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) (Kajian Semula

Pentadbiran) 2019 [P.U. (A) 127/2019].

(2)

Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 42.08% daripada harga eksport.

Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.

(1)

Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.

(2)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu-isu yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan

(b)

sama ada kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan.

(3)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen sewajarnya.

Had masa 5.

Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklumat yang dikehendaki tidak lewat daripada 31 Disember 2020.

Pengemukaan pandangan itu hendaklah dialamatkan kepada—

P.U. (B) 628 4

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 9, No. 7, Menara MITI

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

MALAYSIA

Nombor Telefon: (603) 6208 4631/4660/4637/4640

Nombor Faksimile: (603) 6211 4429

E-mel: alltps@miti.gov.my

Bertarikh 23 November 2020

[MITI:ID/(S)/AP/AD/045/42 Jld. 14; PN(PU2)529/XXVIII]

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 628 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING

DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA,

THE REPUBLIC OF KOREA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 03/15)