Malaysia legislation
Section 7219
Seksyen 7219
32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00
dan 7220.20.90 00.
P.U. (B) 360 3
(2)
Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan bagi maksud makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Duti anti-lambakan 3.
(1)
Dagangan subjek itu tertakluk kepada duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah
Perintah
Kastam
(Duti
Anti-Lambakan)
2018
bagi tempoh mulai 8 Februari 2018 hingga 7 Februari 2023.
(2)
Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubungan dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 111.61% daripada harga eksport.
Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.
(1)
Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.
(2)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan
(1)
hendaklah, secara khususnya, menumpukan pada isu yang berikut:
(a)
sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan diperlukan untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan
(b)
sama ada kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan.
(3)
Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen yang sewajarnya.
Had masa 5.
Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis tidak lewat daripada 30 September 2022 dan pandangan itu hendaklah dikemukakan kepada alamat yang berikut:
P.U. (B) 360 4
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Aras 9, No. 7, Menara MITI
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Nombor Telefon: (603) 6208 4631/4632/4647/4637/4640
Nombor Faksimile: (603) 6211 4429
Alamat E-mel: alltps@miti.gov.my
Bertarikh 1 Ogos 2022
[MITI.S:600-2/2/1; PN(PU2)529/Jld.31]
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (B) 360 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING
DUTIES ON IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL IN COILS, SHEETS OR ANY
OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA,
THE REPUBLIC OF KOREA, CHINESE TAIPEI AND THE KINGDOM OF THAILAND
(AD 01/17)