Malaysia legislation

Section 7209

of NOTIS PENENTUAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN MUKTAMAD AFIRMATIF DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7209

16.10 00, 7209.16.90 00, 7209.17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00

dan 7225.50.90 00 yang berasal atau dieksport dari Republik Sosialis Viet Nam ke dalam

Malaysia (“dagangan subjek”). Kod H.S dan AHTN ini diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

Sebab bagi penentuan kajian semula pentadbiran muktamad afirmatif 2.

Sebab bagi penentuan kajian semula pentadbiran muktamad afirmatif ialah perubahan margin lambakan secara substantif bagi import dagangan subjek oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Sosialis Viet Nam seperti dalam Jadual 1.

Duti anti-lambakan 3.

Duti anti-lambakan yang akan dikenakan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 2.

P.U. (B) 46 3

Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan 4.

Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan di bawah perenggan 3 adalah untuk mencegah lambakan atau kemudaratan yang berterusan dan berulangan kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran di bawah kajian.

Tempoh pengenaan duti anti-lambakan 5.

Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah perenggan 3 hendaklah terpakai mulai 24 Januari 2021 hingga 23 Mei 2021.

P.U. (B) 46 4

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF AFFIRMATIVE FINAL ADMINISTRATIVE REVIEW DETERMINATION

OF ANTI-DUMPING DUTY WITH REGARD TO IMPORT OF COLD ROLLED

COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL ORIGINATING OR EXPORTED

FROM THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AR 01/20)