Skip to content
P.U. (A)In force

Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2013
Sections
10

Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 63 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 63

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN

LIAR (PEMBIAKBAKAAN DALAM KURUNGAN

KOMERSIAL) 2013

WILDLIFE CONSERVATION

(COMMERCIAL CAPTIVE BREEDING) REGULATIONS 2013

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 63 2

AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010

PERATURAN-PERATURAN PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR

(PEMBIAKBAKAAN DALAM KURUNGAN KOMERSIAL) 2013

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 132(2)(e) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013.

(2)

Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mac 2013.

Tafsiran

Dalam Peraturan-Peraturan ini—

“baka induk” ertinya hidupan liar yang digunakan untuk tujuan menghasilkan anak generasi pertama;

“doktor veterinar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah Akta Doktor

Veterinar 1974 [Akta 147];

“pembiak baka komersial” ertinya mana-mana orang yang mengendalikan suatu aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial.

Kehendak bagi permit

(1)

Tiada seorang pun boleh mengendalikan suatu aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial melainkan jika dia memegang suatu permit yang dikeluarkan di bawah perenggan 10(1)(b) Akta.

P.U. (A) 63 3

(2)

Tiada seorang pun boleh menggunakan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya bagi aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial melainkan jika dia memegang suatu permit khas di bawah seksyen 11 Akta.

(3)

Aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial hendaklah dikendalikan di premis yang dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan di bawah peraturan ini.

Fi

Fi yang kena dibayar bagi suatu permit untuk mengendalikan aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial adalah dua ratus ringgit yang kena dibayar kepada pegawai pelesen dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai pelesen.

Kurungan

Pembiak baka komersial hendaklah memastikan bahawa hidupan liar yang digunakan untuk aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial itu—

(a)

boleh bergerak bebas dalam kurungan yang berukurun sesuai dan selesa;

dan

(b)

ditempatkan dalam kurungan dalam bilangan yang bersesuaian dan tidak bersesak-sesak.

Rekod dan penandaan

(1)

Setiap pembiak baka komersial hendaklah memastikan bahawa semua rekod yang berhubungan dengan—

(b)

kelahiran dan kematian mana-mana hidupan liar;

P.U. (A) 63 4

(d)

penjagaan kesihatan semua hidupan liar, disenggara dan disimpan di premis yang aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial itu dijalankan.

(2)

Pembiak baka komersial hendaklah memastikan bahawa setiap hidupan liar yang digunakan untuk tujuan pembiakbakaan dalam kurungan komersial ditanda menurut seksyen 45 Akta.

Kesihatan

(1)

Pembiak baka komersial hendaklah memastikan bahawa hidupan liar yang digunakan dalam aktiviti pembiakan dalam kurungan komersial disimpan dalam keadaan sihat di bawah pengawasan seorang doktor veterinar.

(2)

Pembiak baka komersial hendaklah melaporkan apa-apa kematian baka induk atau anak generasi pertama kepada pegawai pelesen dengan seberapa segera yang mungkin.

Penjualan baka

Tiada pembiak baka komersial yang boleh menjual mana-mana baka induk melainkan:

(a)

pembiak baka komersial itu ingin menamatkan aktiviti pembiakbakaan dalam kurungan komersial; atau

Penalti

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Dibuat 26 Februari 2013

[NRE44/4/1/08; PN(PU2)697/III]

DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

P.U. (A) 63 6

WILDLIFE CONSERVATION ACT 2010

WILDLIFE CONSERVATION (COMMERCIAL CAPTIVE BREEDING) REGULATIONS 2013

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by paragraph 132(2)(e) of the Wildlife Conservation Act 2010 [Act 716], the Minister makes the following regulations: Citation and commencement

Seksyen 1

(1)

These regulations may be cited as the Wildlife Conservation

(Commercial Captive Breeding) Regulations 2013.

(2)

These Regulations come into operation on 1 March 2013.

Interpretation 2.

In these Regulations—

“parent stock” means wildlife used for the purpose of producing the first generation offspring;

"veterinary surgeon" means a person registered under the Veterinary Surgeons

Act 1974 [Act 147];

“commercial breeder” means any person who conduct a wildlife commercial captive breeding activity.

Requirement for permit 3.

(1)

No person shall conduct a commercial captive breeding activity unless he holds a permit issued under paragraph 10(1)(b) of the Act.

(2)

No person shall use any totally protected wildlife for a commercial captive breeding activity unless he holds a special permit under section 11 of the Act.

P.U. (A) 63 7

(3)

The commercial captive breeding activity shall be conducted at the premises specified in the permit issued under this regulation.

Fee 4.

The fee payable for a permit to conduct the commercial captive breeding activity is two hundred ringgit which is payable to the licensing officer in such manner as determined by the licensing officer.

Enclosure 5.

The commercial breeder shall ensure that the wildlife use for commercial captive breeding activity—

(a)

is able to move freely in an appropriate size and comfortable enclosure;

and

(b)

is kept in an appropriate number in an enclosure and not overcrowded.

Record and tagging 6.

(1)

Every commercial breeder shall ensure that all records relating to—

(d)

the health care of all wildlife, is maintained and kept at the premises where the commercial captive breeding activity is conducted.

P.U. (A) 63 8

(2)

The commercial breeder shall ensure that every wildlife use for the purpose of commercial captive breeding be tagged in accordance with section 45 of the

Act.

Health 7.

(1)

The commercial breeder shall ensure that the wildlife use in the commercial captive breeding activity is kept in good health under the supervision of a veterinary surgeon.

(2)

The commercial breeder shall report any death of the parent stock or the first generation offspring to the licensing officer as soon as possible.

Sale of stock 8.

No commercial breeder can sell any parent stock unless:

(a)

the commercial breeder wishes to terminate the commercial captive breeding activity; or

(b)

the parent stock are not productive.

Penalty 9.

Any person who contravenes any provisions of these Regulations commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or imprisonment for a term not exceeding five years or both.

Made 26 February 2013

[NRE44/4/1/08; PN(PU2)697/III]

DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS

Minister of Natural Resources and Environment

Common questions

What is Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013?
Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 63 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Is Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 still in force?
Yes — Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 is currently in force.
When did Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 take effect?
Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 was first recorded in 2013.
How many sections does Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 have?
Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013?
The official text of Peraturan-Peraturan Pemuliharaan Hidupan Liar (Pembiakbakaan dalam Kurungan Komersial) 2013 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.