Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti dan Sekuriti Islam) (Nota Pelaburan dan Nota
Pelaburan Islam) 2016.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Perintah Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti dan Sekuriti Islam) (Nota Pelaburan dan Nota Pelaburan Islam) 2016 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 126 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
P.U. (A) 126
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN
(PENETAPAN SEKURITI DAN SEKURITI ISLAM)
(NOTA PELABURAN DAN NOTA PELABURAN ISLAM)
2016
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRESCRIPTION OF
SECURITIES AND ISLAMIC SECURITIES)
(INVESTMENT NOTE AND ISLAMIC INVESTMENT NOTE)
ORDER 2016
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 126 2
AKTA PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2007
PERINTAH PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENETAPAN SEKURITI DAN
SEKURITI ISLAM) (NOTA PELABURAN DAN NOTA PELABURAN ISLAM) 2016
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Pasaran Modal dan
Perkhidmatan (Penetapan Sekuriti dan Sekuriti Islam) (Nota Pelaburan dan Nota
Pelaburan Islam) 2016.
Dalam Perintah ini—
“nota pelaburan” ertinya apa-apa kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain yang membuktikan suatu pinjaman wang, yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui suatu platform elektronik, yang pelabur menjangkakan pulangan kewangan, tetapi tidak termasuk—
apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengan kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain itu;
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan;
P.U. (A) 126 3
“nota pelaburan Islam” ertinya apa-apa kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain yang membuktikan pemilikan yang tidak berbelah bahagi atau pelaburan dalam apa-apa aset yang mematuhi prinsip Syariah yang diluluskan oleh Majlis Penasihat
Syariah, dan dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui suatu platform elektronik, yang pelabur menjangkakan pulangan kewangan, tetapi tidak termasuk—
apa-apa hak, opsyen atau kepentingan berkenaan dengan kontrak, perjanjian, nota atau dokumen lain itu;
penyata, buku akaun bank atau dokumen lain yang menunjukkan apa-apa baki dalam akaun semasa, deposit atau simpanan.
Nota pelaburan ditetapkan sebagai sekuriti
Nota pelaburan ditetapkan sebagai sekuriti bagi maksud undang-undang sekuriti.
Nota pelaburan Islam ditetapkan sebagai sekuriti Islam
Nota pelaburan Islam ditetapkan sebagai sekuriti Islam bagi maksud undang-undang sekuriti.
Ketidakpakaian seksyen 212 dan 232
Seksyen 212 dan 232 Akta tidak terpakai bagi nota pelaburan dan nota pelaburan Islam yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui suatu pasaran diiktiraf.
Nota pelaburan bukan syer, dsb.
Bagi maksud undang-undang sekuriti, suatu nota pelaburan yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui pasaran diiktiraf bukanlah—
P.U. (A) 126 4
syer dalam, atau debentur, sesuatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan; atau
unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan.
Nota pelaburan Islam bukan syer, dsb.
Bagi maksud undang-undang sekuriti, suatu nota pelaburan Islam yang dilaksanakan atau ditawarkan, di atau melalui pasaran diiktiraf bukanlah—
syer dalam sesuatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, yang diklasifikasikan sebagai mematuhi Syariah oleh
Majlis Penasihat Syariah;
unit dalam suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah;
sukuk yang distrukturkan dengan mematuhi prinsip Syariah.
Dibuat 11 Mei 2016
[KK/SID/P/(S)/483/669/4(SK. 8); PN(PU2)662/XI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 126 5
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRESCRIPTION OF SECURITIES AND ISLAMIC
SECURITIES) (INVESTMENT NOTE AND ISLAMIC INVESTMENT NOTE) ORDER 2016
Opening note
This order may be cited as the Capital Markets and Services
(Prescription of Securities and Islamic Securities) (Investment Note and Islamic
Investment Note) Order 2016.
This Order comes into operation on 16 May 2016.
Interpretation 2.
In this Order—
“investment note” means any contract, agreement, note or other document evidencing a monetary loan, executed or offered, on or through an electronic platform, where an investor expects a financial return, but does not include—
any right, option or interest in respect of such contract, agreement, note or other document;
a statement, passbook or other document showing any balance in a current, deposit or savings account;
P.U. (A) 126 6
“Islamic investment note” means any contract, agreement, note or other document evidencing undivided ownership or investment in any assets in compliance with Shariah principles endorsed by Shariah Advisory Council, and is executed or offered, on or through an electronic platform, where an investor expects a financial return, but does not include—
any right, option or interest in respect of such contract, agreement, note or other document;
a statement, passbook or other document showing any balance in a current, deposit or savings account.
Investment note prescribed to be securities 3.
An investment note is prescribed to be securities for the purposes of the securities laws.
Islamic investment note prescribed to be Islamic securities 4.
An Islamic investment note is prescribed to be Islamic securities for the purposes of the securities laws.
Non-application of sections 212 and 232 5.
Sections 212 and 232 of the Act shall not apply to an investment note and Islamic investment note that is executed or offered, on or through a recognized market.
Investment note not share, etc.
For the purposes of the securities laws, an investment note that is executed or offered, on or through a recognized market is not—
P.U. (A) 126 7
Islamic investment note not share, etc.
For the purposes of the securities laws, an Islamic investment note that is executed or offered, on or through a recognized market is not—
a share in a body corporate or an unincorporated body, which are classified as Shariah-compliant by the Shariah Advisory Council;
a unit in a unit trust scheme or prescribed investment scheme structured in compliance with Shariah principles;
a sukuk structured in compliance with Shariah principles.
Made 11 May 2016
[KK/SID/P/(S)/483/669/4(SK. 8); PN(PU2)662/XI]
DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH
Second Minister of Finance
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.