Skip to content

Seksyen 58

Mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan

of Akta Pengurusan Strata 2013

ActIn forceProvision 58 of 153
Seksyen 58

Agenda bagi mesyuarat agung tahunan pertama bagi perbadanan pengurusan hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(a)

untuk menentukan bilangan anggota jawatankuasa pengurusan dan untuk memilih jawatankuasa pengurusan jika terdapat lebih daripada tiga orang pemilik;

(b)

untuk menimbangkan belanjawan yang disediakan oleh pemaju di bawah subseksyen 57(4);

(c)

untuk memutuskan sama ada untuk mengesahkan atau mengubah apa-apa jumlah yang ditentukan sebagai Caj, atau caruman kepada kumpulan wang penjelas;

(d)

untuk menentukan kadar bunga yang kena dibayar oleh seseorang pemilik berkenaan dengan caj pembayaran lewat;

(e)

untuk menimbangkan akaun teraudit perbadanan pengurusan yang dinyatakan dalam subperenggan 55(1)(b)(ii);

(f)

untuk memutuskan sama ada untuk mengesahkan, mengubah atau melanjutkan insurans yang diambil oleh pemaju bagi perbadanan pengurusan di bawah Akta ini;

(g)

untuk membuat undang-undang kecil tambahan; dan

(h)

untuk menimbangkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi.