Akta Pengurusan Strata 2013 · Updated to 8 Feb 2013 · Bahagian V · Pengurusan Strata Selepas Kewujudan Perbadanan Pengurusan
55. Penyerahan kawalan kepada perbadanan pengurusan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemaju hendaklah, tidak lewat daripada tarikh habis tempoh pengurusan permulaan—
memindahkan kawalan bagi semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan dalam akaun kumpulan wang penjelas kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan; dan
Undang-Undang Malaysia 76
menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan—
pejabat pentadbiran yang ditubuhkan oleh pemaju di bawah subseksyen 48(3);
akaun teraudit bagi akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas atau, jika akaun itu belum diaudit, akaun yang belum diaudit itu;
semua aset bagi perbadanan pengurusan; dan
semua rekod yang berhubungan dengan dan perlu bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama bagi kawasan pemajuan itu.
Jika hanya akaun yang belum diaudit telah diserahkan di bawah subperenggan (1)(b)(ii), pemaju hendaklah menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan itu akaun teraudit sehingga tarikh pemindahan kawalan bagi semua baki wang dalam akaun penyenggaraan dan akaun kumpulan wang penjelas tidak lewat daripada tiga bulan selepas habis tempoh pengurusan permulaan.
Tanpa menjejaskan keluasan subperenggan (1)(b)(iv), pemaju hendaklah menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan perbadanan pengurusan salinan bagi semua dokumen yang berikut:
semua pelan yang diluluskan bagi bangunan atau tanah yang dipecah bahagi yang berhubungan dengan kawasan pemajuan;
apa-apa dokumen dalam milikan pemaju yang menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, lokasi sebenar mana-mana paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain bagi laluan atau penyediaan sistem atau perkhidmatan, jika pemaju itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa paip, wayar, kabel, pelongsor, saluran atau kemudahan lain itu tidak terletak sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan atau pelan yang dipinda yang diluluskan;
semua kontrak yang dibuat oleh pemaju berkenaan dengan penyenggaraan atau pengurusan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan;
Pengurusan Strata 77
suatu salinan jadual petak atau jadual petak yang dipinda yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah subseksyen 6(1) atau (2), jika terpakai, atau pelan strata yang diperakui yang difailkan oleh Pengarah Ukur di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985;
nama dan alamat mana-mana kontraktor, subkontraktor dan orang yang membekalkan tenaga kerja atau bahan-bahan bagi kawasan pemajuan semasa pembinaan mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama yang terdapat di dalam kawasan pemajuan itu;
dan
semua waranti, manual, lukisan skematik, arahan operasi, panduan perkhidmatan, dokumentasi pembuat dan maklumat serupa lain berkenaan dengan pembinaan, pemasangan, pengendalian, penyenggaraan, pembaikan dan servis mana-mana harta bersama, termasuk apa-apa waranti atau maklumat yang diberikan kepada pemaju oleh mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (e).
Mana-mana pemaju yang tidak mematuhi subseksyen
, (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal suatu kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagiannya kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.
Pengurusan selepas mesyuarat agung tahunan pertama perbadanan pengurusan
Bab 6
Bahagian VI
Ejen Pengurusan
Bahagian VII
Deposit untuk Membaiki Kecacatan
Bahagian VIII
Insurans
Bahagian IX
Pertikaian dan Tribunal Pengurusan Strata
Bahagian
Bahagian 2 Jadual Keempat, dan boleh memasukkan dalam award itu apa-apa ketetapan dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dan adil.
Bahagian X
Penguatkuasaan
Bahagian XI