Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kontrak Kerajaan 1949.
/akn/my/act/act/1949/120
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KONTRAK KERAJAAN 1949 is Malaysia Act, cited as Act 120 1949, currently marked in force and first recorded in 1949.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kontrak Kerajaan 1949.
Kontrak bagi pihak Kerajaan
Semua kontrak yang dibuat di Malaysia bagi pihak Kerajaan hendaklah, jika diubah ke dalam bentuk bertulis, dibuat atas nama
Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani oleh Menteri atau oleh mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Menteri, sama ada secara khusus dalam mana-mana hal tertentu, atau secara am bagi semua kontrak di bawah nilai tertentu di jabatannya atau selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberikuasaan itu.
Kontrak bagi pihak Kerajaan Negeri
Dalam pemakaian seksyen ini bagi Sabah dan Sarawak “Ketua
Menteri” termasuklah mana-mana Menteri Negeri.
(Dipotong oleh L.N.284/1958).
6
Undang-Undang Malaysia
Kontrak yang dibuat di luar Malaysia
Semua kontrak yang dibuat di luar Malaysia bagi pihak Kerajaan atau mana-mana Kerajaan Negeri oleh seseorang yang sama ada secara am atau secara khusus diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah, setakat yang kontrak itu termasuk dalam bidang kuasa mahkamah Malaysia, disifatkan sebagai kontrak yang dibuat bagi pihak Kerajaan itu.
Tiada kontrak lain boleh disifatkan sebagai kontrak Kerajaan
Tiada kontrak yang dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini kecuali kontrak yang dibuat mengikut cara yang diperuntukkan sebelum ini hendaklah disifatkan dibuat dengan kuasa Kerajaan atau sesuatu Kerajaan Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pengesahan kontrak yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa
Akta
Semua kontrak yang dibuat dengan suci hati pada atau selepas satu haribulan Februari 1948, dan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini dan yang berupa sebagai dibuat bagi pihak Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu atau Kerajaan mana-mana Negeri atau
di tempat lain di luar Persekutuan Tanah Melayu oleh mana-mana orang yang sama ada secara am atau secara khusus diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh
Pesuruhjaya Tinggi, hendaklah disifatkan sebagai kontrak yang telah dibuat dengan sewajarnya bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu atau
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Negeri Selat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kontrak Kerajaan 7
Had liabiliti diri pegawai awam
Negeri Selat, mengikut mana-mana yang berkenaan—
Tiada pegawai awam boleh dibawa guaman terhadap dirinya atas apa-apa kontrak yang dibuat atas sifatnya sebagai pegawai awam; tetapi seseorang pegawai awam hendaklah bertanggungan sendiri apabila dia menyandarkan kredit diri dengan nyata, atau jika dia membuat kontrak selain sebagai ejen Kerajaan atau ejen suatu Kerajaan Negeri.
Bentuk pemberikuasaan
Apa-apa pemberikuasaan yang dibuat di bawah seksyen 2 atau 3 hendaklah mengikut bentuk yang sesuai yang dinyatakan dalam
Jadual.
Peruntukan berkenaan dengan tanah
JADUAL
[Seksyen 9]
PEMBERIKUASAAN DI BAWAH SEKSYEN 2 DAN 3
A
Saya * Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar...........................…..............† dengan ini memberi kuasa............................................................untuk menandatangani
*Tinggalkan mana-mana yang tidak bersesuaian.
†Masukkan gelaran jawatan Menteri Kerajaan itu di sini.
8
Undang-Undang Malaysia kontrak antara *Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri...................................dan
.................................................................bagi..................................................
..........................................................................................................................
...........................................................................................................................
(Perihalkan secara ringkas kontrak tertentu itu di sini)
Tandatangan................................................……......…..
*Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar/Menteri, Negeri
...............................................................................……
*Tinggalkan mana-mana yang tidak bersesuaian.
B
Saya *Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar..................................† dengan ini memberi kuasa ...............................................................untuk menandatangani bagi pihak *Kerajaan Malaysia/Kerajaan Negeri..............................................
apa-apa kontrak (dalam jabatannya) bernilai di bawah RM..............................
Tandatangan...............................................................…
*Menteri/Ketua Menteri/Menteri Besar, Menteri, Negeri
.......................................................................................
*Tinggalkan mana-mana yang tidak bersesuaian.
†Masukkan gelaran jawatan Menteri Kerajaan itu di sini.
Kontrak Kerajaan 9
Akta 120
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Ord. 40/1953
Ordinan Kontrak Kerajaan (Pindaan)
20-08-1953 1953
L.N. 284/1958
Perintah Perlembagaan Persekutuan 22-09-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan Kontrak Kerajaan) 1958
L.N. 108/1964
Perintah Pengubahsuaian Undang-
16-09-1963
Undang (Kontrak Kerajaan)
(Perluasan) 1964
L.N. 456/1964
Perintah Pengubahsuaian Undang-
16-09-1963
Undang (Kontrak Kerajaan)
(Perluasan) (Pindaan) 1964
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 120
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari 2
Ord 40/1953 20-08-1953
Jadual
Ord 40/1953 20-08-1953