Skip to content

Seksyen 3

Kontrak bagi pihak Kerajaan Negeri

of Akta Kontrak Kerajaan 1949

ActIn forceProvision 3 of 10
Seksyen 3
(1)

Semua kontrak yang dibuat di Malaysia bagi pihak Kerajaan

Negeri hendaklah, jika diubah ke dalam bentuk bertulis, dibuat atas nama Kerajaan Negeri itu, dan boleh ditandatangani oleh

Ketua Menteri atau Menteri Besar Negeri itu, atau oleh mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis oleh Ketua Menteri atau Menteri Besar, sama ada secara khusus dalam mana-mana hal tertentu, atau secara am bagi semua kontrak di bawah nilai tertentu di jabatannya atau selainnya sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberikuasaan itu.

(2)

Dalam pemakaian seksyen ini bagi Sabah dan Sarawak “Ketua

Menteri” termasuklah mana-mana Menteri Negeri.