Skip to content
ActIn force

Akta Perwakilan Kuasa 1956

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1956
Sections
21
Languages
EN · MS

Akta Perwakilan Kuasa 1956 is Malaysia Act, cited as Act 358 1956, currently marked in force and first recorded in 1956.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

____________

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

__________________

Akta 358

Sebagaimana pada 1 Julai 2020

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Delegation of Powers

Act 1956 [Act 358]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1)

Akta

Bahasa

Kebangsaan 1963/67

[Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

… … … … 1956 (P.T.M. No. 56 tahun 1956)

Disemak

… … … … 1988 (Akta 358 m.b.p.

1 Disember 1988)

3

Akta 358

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta yang berhubungan dengan perwakilan kuasa dan kewajipan statutori tertentu dan penandatanganan dokumen tertentu. [Semenanjung Malaysia—20 Disember 1956, P.U. 359/1956. Sabah dan Sarawak—22 Oktober 1964, P.U. 360/1964]

Bahagian I

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perwakilan Kuasa 1956, dan hendaklah berkuat kuasa di seluruh Malaysia.

Tafsiran

(1)

Bagi maksud Bahagian II ungkapan “undang-undang bertulis” tidak termasuk Perlembagaan Persekutuan.

(2)

Dalam Akta ini “Timbalan Menteri” ertinya seseorang yang telah dilantik menjadi Timbalan Menteri di bawah Perkara 43A

Perlembagaan Persekutuan.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

Bahagian II

PERWAKILAN

Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis

Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, Yang di-Pertuan Agong boleh, tertakluk pada seksyen 11, melalui pemberitahuan dalam

Warta, mewakilkan tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu penjalanan kuasa sedemikian atau pelaksanaan kewajipan sedemikian kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan.

(Ditinggalkan).

Kuasa Menteri untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan melalui pemberitahuan dalam Warta

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis seorang

Menteri diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, Menteri boleh, tertakluk pada seksyen 11, melalui pemberitahuan dalam Warta mewakilkan tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu penjalanan kuasa sedemikian atau pelaksanaan kewajipan sedemikian kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan.

Penjalanan kuasa oleh pegawai bawahan Menteri atau

Ketua Menteri

(1)

Tertakluk pada seksyen 11

dan mana-mana undang-undang bertulis yang nyata berlawanan, segala tindakan, perintah atau arahan yang boleh dilakukan atau diberikan dengan sah,

Perwakilan Kuasa 7

dalam penjalanan apa-apa kuasa atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang diberikan atau dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis, oleh seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri boleh, tertakluk pada apa-apa arahan yang diberikan olehnya dilakukan atau diberikan secara sah dan berkesan bagi pihaknya dan atas namanya oleh mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbirannya dan secara nyata atau tersirat, diberi kuasa olehnya secara am atau khas dalamnya atau dalam hal seorang

Menteri dilakukan atau diberikan bagi pihaknya dan atas namanya oleh seorang Timbalan Menteri.

(2)

Suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai di bawah tandatangan seorang Menteri atau Ketua Menteri sendiri bahawa mana-mana orang telah pada tarikh material merupakan seorang pegawai di bawah kawalan pentadbirannya atau bahawa mana-mana pegawai itu telah secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya untuk melakukan atau memberikan suatu tindakan, perintah atau arahan tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

Ratifikasi tindakan, perintah dan arahan yang dilakukan oleh pegawai bawahan atas nama dan bagi pihak Menteri atau Ketua

Menteri

Jika apa-apa tindakan, perintah atau arahan telah dilakukan atau diberikan oleh mana-mana pegawai dengan suci hati dan yang berupa sebagai bertindak atas nama dan bagi pihak seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri tetapi tanpa diberi kuasa olehnya dan tindakan, perintah atau arahan sedemikian boleh dilakukan atau diberikan dengan sah oleh pegawai itu menurut kuasa seksyen 6 jika dia telah diberi kuasa sedemikian, Menteri atau Ketua

Menteri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh meratifikasi pelakuan tindakan itu atau pemberian perintah atau arahan itu dan sesudah itu tindakan, perintah atau arahan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pada tarikh tindakan, perintah atau arahan itu dilakukan atau diberikan pegawai itu telah diberi kuasa dengan sewajarnya:

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

Dengan syarat bahawa ratifikasi itu tidaklah mempunyai kuat kuasa untuk mendedahkan mana-mana orang kepada apa-apa tuntutan ganti rugi atau kepada apa-apa penalti, pelucuthakan atau hukuman yang dia tidak akan selainnya terdedah berkenaan dengan apa-apa perkara yang berlaku sebelum tarikh ratifikasi itu dibawa kepada pengetahuannya atau pada tarikh notis bertulis bagi ratifikasi itu pertama kali disiarkan dalam Warta, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Kuasa

Raja dan

Raja dalam

Majlis

Mesyuarat atau

Yang di-Pertua

Negeri dalam Majlis

Mesyuarat untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis Raja atau Raja dalam Majlis Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis

Mesyuarat bagi mana-mana Negeri diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, Raja atau Raja dalam Majlis Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis

Mesyuarat boleh, tertakluk pada seksyen 11, melalui pemberitahuan dalam Warta mewakilkan tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu penjalanan kuasa atau pelaksanaan kewajipan sedemikian kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan.

Kuasa Ketua Menteri untuk mewakilkan kuasa dan kewajipan melalui pemberitahuan dalam Warta

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis Ketua Menteri bagi mana-mana Negeri diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, Ketua Menteri boleh tertakluk pada seksyen 11, dengan kelulusan

Raja atau

Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu melalui pemberitahuan dalam

Warta, mewakilkan tertakluk pada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu penjalanan kuasa sedemikian atau pelaksanaan kewajipan sedemikian kepada mana-mana orang yang diperihalkan mengikut nama atau jawatan.

Tiada perwakilan kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang diberikan kepada mana-mana orang oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Penjalanan kuasa walaupun ada perwakilan

Tiada perwakilan di bawah Akta ini bagi apa-apa kuasa atau kewajipan boleh menyentuh penjalanan kuasa sedemikian atau pelaksanaan kewajipan sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong,

Raja, Raja dalam Majlis Mesyuarat, Yang di-Pertua Negeri,

Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat, seorang Menteri atau

Ketua Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian III

PENANDAAN TINDAKAN

Penandaan tindakan budi bicara Yang di-Pertuan Agong

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak menurut budi bicaranya, maka ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi tindakan itu ditandakan di bawah tandatangan Setiausaha Sulit kepada Seri Paduka Baginda,

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud itu sama ada secara am atau khas oleh

Yang di-Pertuan Agong.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

Penandaan perintah, dsb., bagi, dan penandatanganan dokumen oleh, Yang di-Pertuan Agong

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis selain daripada undang-undang bertulis yang disebut dalam seksyen 13

kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan, atau jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Yang di-Pertuan Agong, ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, seorang Menteri atau Setiausaha Jemaah

Menteri atau mana-mana pegawai lain sebagaimana yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud itu, sama ada secara am atau khas, oleh Yang di-Pertuan Agong.

Penandaan perintah, dsb., bagi, Raja dalam Majlis Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kuasa diberikan kepada Raja dalam Majlis Mesyuarat atau Yang di-Pertua

Negeri dalam Majlis Mesyuarat bagi mana-mana Negeri untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan itu ditandakan di bawah tandatangan Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta bagi maksud itu sama ada secara am atau khas oleh

Raja dalam

Majlis

Mesyuarat atau

Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Mesyuarat bagi Negeri itu.

Perwakilan Kuasa 11

Penandaan perintah, dsb., bagi, dan penandatanganan dokumen oleh, Raja atau Yang di-Pertua Negeri

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis apa-apa kuasa diberikan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi mana-mana

Negeri untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan atau jika apa-apa dokumen dikehendaki oleh mana-mana undang-undang itu di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi mana-mana Negeri, ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Ketua Menteri bagi Negeri itu.

Penandaan perintah, dsb., bagi, dan penandatanganan dokumen oleh, Menteri atau Ketua Menteri

(1)

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kuasa diberikan kepada seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi suatu

Negeri untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan, atau jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Menteri atau Ketua

Menteri itu, ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan Menteri atau Ketua

Menteri itu mengikut mana-mana yang berkenaan dan secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya mengikut nama atau jawatan bagi maksud itu atau dalam hal seorang Menteri di bawah tandatangan atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh seorang Timbalan

Menteri.

(2)

Suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai di bawah tandatangan Menteri atau Ketua Menteri sendiri bahawa mana-mana orang pada tarikh material merupakan seorang pegawai di bawah kawalan pentadbirannya atau bahawa mana-mana pegawai itu telah

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya untuk menanda, menandatangan atau menandatangan balas suatu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(3)

Jika mana-mana peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu telah ditandakan, ditandatangani atau ditandatangan balas oleh mana-mana pegawai yang tidak diberi kuasa bagi maksud itu Menteri atau Ketua Menteri yang berkaitan mengikut mana-mana yang berkenaan boleh meratifikasi penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu dan sesudah itu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pada tarikh penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu telah dibuat atau dicapkan oleh pegawai itu dia telah diberi kuasa dengan sewajarnya.

Penandaan perintah, dsb., dan penandatanganan dokumen oleh orang lain

(1)

Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 17, jika, menurut mana-mana undang-undang bertulis, kuasa diberikan kepada mana-mana orang yang disebut dalam ruang pertama Jadual untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan, atau jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah tandatangan, atau ditandatangani oleh orang itu ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, orang yang disebut dalam ruang kedua Jadual tersebut atau mana-mana pegawai sebagaimana yang ditetapkan bagi maksud itu, sama ada secara am atau khas, oleh orang yang disebut dalam ruang pertama Jadual tersebut melalui pemberitahuan dalam Warta.

Perwakilan Kuasa 13

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas rujukan kepada Raja dalam Majlis Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis

Mesyuarat bagi mana-mana Negeri yang berkaitan, melalui perintah, memotong daripada, mengubah, atau menambah kepada Jadual tersebut.

Proklamasi dan waran hendaklah di bawah tandatangan

Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh membenarkan pengeluaran apa-apa proklamasi atau waran kecuali di bawah tandatangan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua

Negeri bagi mana-mana Negeri itu sendiri.

Perwakilan sedia ada

Apa-apa perwakilan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi atau

Ketua Setiausaha di bawah Akta ini, termasuk apa-apa perwakilan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi atau Ketua Setiausaha dan diteruskan kuat kuasanya oleh Akta ini, hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perwakilan itu telah dibuat pada 31 Ogos 1957 kepada orang yang diperihalkan dalamnya dengan nama atau jawatan:

Dengan syarat bahawa apa-apa perwakilan yang dibuat sedemikian kepada Ketua Setiausaha hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perwakilan itu telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang dimaksudkan oleh kuasa yang diwakilkan itu.

Bahagian IV

PEMANSUHAN DAN PENGESAHAN

(1)

Ordinan Perwakilan Kuasa 1952 [Ord. 75 tahun 1952]

dimansuhkan:

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

Dengan syarat bahawa apa-apa perwakilan yang dibuat atau diteruskan kuat kuasanya di bawah Ordinan Perwakilan Kuasa 1952, hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan melalui pemberitahuan di bawah Akta ini.

(2)

Apa-apa peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen yang dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi dalam

Majlis Mesyuarat atau Raja dalam Majlis Mesyuarat bagi mana-mana

Negeri sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, orang yang pada masa itu melaksanakan kewajipan sebagai setiausaha

Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan, Majlis Mesyuarat Kerajaan

Negeri atau Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selat bagi sesuatu

Negeri Selat, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah ditandakan, ditandatangani atau ditandatangan balas dengan sah.

JADUAL

[Seksyen 18]

(1)

(2)

Ketua Setiausaha

Timbalan Ketua Setiausaha

Menteri

Setiausaha Menteri

Menteri Besar

Timbalan Menteri Besar

Setiausaha Kerajaan Negeri

Pesuruhjaya Residen

Setiausaha Negeri Selat

15

Akta 358

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (S.B.) 1/1957

Perintah Perlembagaan Persekutuan

(Pengubahsuaian Undang-Undang) 1957

31-08-1957

P.U. (S.B.) 56/1957

Pembetulan kepada P.U. (S.B.) 1/1957 31-10-1957

Akta 5/1960

Akta Pembantu Menteri 1960 13-10-1959

Akta A31

Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2)

1971

24-03-1971

Akta A354

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 27-08-1976

Akta 237

Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 01-07-1980

P.U. (A) 253/1989

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Perwakilan Kuasa) 1989

01-12-1988

16

Akta 358

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

Tarikh kuat kuasa

P.U. (A) 253/1989 01-12-1988 2

Akta 5/1960 13-10-1959

Akta A31 24-03-1971

Akta 237 01-07-1980 6

Akta A31 24-03-1971 8

Akta A354 27-08-1976 9

Akta A354 27-08-1976 12

Akta A354 27-08-1976 15

Akta A354 27-08-1976 16

Akta A354 27-08-1976 17

Akta A31 24-03-1971 18

Akta A354 27-08-1976 19

Akta A354 27-08-1976

Keseluruhan Akta

P.U. (S.B.) 1/1957

P.U. (S.B.) 56/1957 31-08-1957 31-10-1957

Common questions

What is Akta Perwakilan Kuasa 1956?
Akta Perwakilan Kuasa 1956 is Malaysia Act, cited as Act 358 1956, currently marked in force and first recorded in 1956.
Is Akta Perwakilan Kuasa 1956 still in force?
Yes — Akta Perwakilan Kuasa 1956 is currently in force.
When did Akta Perwakilan Kuasa 1956 take effect?
Akta Perwakilan Kuasa 1956 was first recorded in 1956.
How many sections does Akta Perwakilan Kuasa 1956 have?
Akta Perwakilan Kuasa 1956 contains 21 sections.
Where can I read the official version of Akta Perwakilan Kuasa 1956?
The official text of Akta Perwakilan Kuasa 1956 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.