Skip to content

Seksyen 17

of Akta Perwakilan Kuasa 1956

ActIn forceProvision 17 of 21

Seksyen 17

(1)

Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kuasa diberikan kepada seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi suatu

Negeri untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan, atau jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Menteri atau Ketua

Menteri itu, ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan Menteri atau Ketua

Menteri itu mengikut mana-mana yang berkenaan dan secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya mengikut nama atau jawatan bagi maksud itu atau dalam hal seorang Menteri di bawah tandatangan atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh seorang Timbalan

Menteri.

(2)

Suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai di bawah tandatangan Menteri atau Ketua Menteri sendiri bahawa mana-mana orang pada tarikh material merupakan seorang pegawai di bawah kawalan pentadbirannya atau bahawa mana-mana pegawai itu telah

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 358

secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya untuk menanda, menandatangan atau menandatangan balas suatu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(3)

Jika mana-mana peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu telah ditandakan, ditandatangani atau ditandatangan balas oleh mana-mana pegawai yang tidak diberi kuasa bagi maksud itu Menteri atau Ketua Menteri yang berkaitan mengikut mana-mana yang berkenaan boleh meratifikasi penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu dan sesudah itu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pada tarikh penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu telah dibuat atau dicapkan oleh pegawai itu dia telah diberi kuasa dengan sewajarnya.