Skip to content

Seksyen 4

Penalti bagi mengimport atau mengeksport syiling larangan

of Akta Syiling (Import dan Eksport) 1957

ActIn forceProvision 4 of 10
Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang, dengan melanggar mana-mana perintah yang dibuat di bawah Akta ini, mengimport atau mengeksport atau cuba mengimport atau mengeksport mana-mana syiling yang dinyatakan dalam perintah sedemikian apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit jika nilai nominal agregat syiling itu adalah lima ringgit atau lebih dalam hal syiling tembaga atau gangsa atau dua puluh lima ringgit atau lebih dalam hal syiling perak, dan apa-apa syiling yang diimport atau dieksport sedemikian atau cuba diimport atau dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian hendaklah dirampas.

(2)

Dalam mana-mana kes yang telah dibuktikan dengan memuaskan hati mahkamah bahawa syiling telah dieksport dengan melanggar mana-mana perintah sedemikian, mahkamah tersebut boleh mengenakan sebagai tambahan kepada denda yang dibenarkan oleh seksyen ini suatu penalti tambahan yang tidak melebihi amaun atau nilai syiling yang didapati telah dieksport itu.

Syiling (Import dan Eksport) 7

(3)

Seksyen ini tidaklah terpakai bagi mana-mana syiling yang telah diimport atau dieksport menurut sesuatu lesen bertulis yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan atau mana-mana pegawai yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan. Tiap-tiap lesen tersebut hendaklah menyatakan terma-terma yang menurutnya syiling itu boleh diimport atau dieksport, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport syiling menurut mana-mana lesen itu adalah terikat untuk mematuhi terma yang dinyatakan dalam lesen itu, dan mana-mana orang yang mengimport atau mengeksport syiling dengan melanggar terma lesen itu boleh apabila disabitkan di hadapan Mahkamah Majistret boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit, dan apa-apa syiling yang telah diimport dan dieksport dengan melanggar terma lesen itu hendaklah dirampas. Subseksyen (2) hendaklah terpakai dalam hal apa-apa syiling yang telah dieksport dengan melanggar terma mana-mana lesen itu.

(5)

Jika mana-mana orang dengan melanggar apa-apa perintah itu mengedar atau cuba mengedar apa-apa syiling yang dinyatakan dalam perintah sedemikian, maka dia boleh didenda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan syiling itu hendaklah dirampas.

(6)

Bagi maksud seksyen ini seseorang tidaklah dianggap mengedarkan syiling jika dia memberi syiling itu kepada jurubank atau penukar wang sebagai pertukaran bagi syiling lain atau bagi wang kertas.