PERMULAAN
Seksyen 1.
Tajuk ringkas 2.
Tafsiran
/akn/my/act/act/1958/99
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN BERSALING 1958 is Malaysia Act, cited as Act 99 1958, currently marked in force and first recorded in 1958.
Bahagian I
Seksyen 1.
Tajuk ringkas 2.
Tafsiran
Bahagian II
Bahagian II diperluas ke negara salingan 4.
Permohonan dan kesan pendaftaran penghakiman 5.
Kes yang penghakiman berdaftar mesti, atau boleh, diketepikan 6.
Kuasa mahkamah yang mendaftar untuk mengetepikan pendaftaran atas permohonan 7.
Penghakiman yang boleh didaftarkan tidak boleh dikuatkuasakan selainnya
Bahagian III
Kesan am penghakiman tertentu 9.
Kuasa untuk membuat penghakiman yang tidak boleh dikuatkuasakan di
Malaysia jika tiada kesalingan 10.
Pengeluaran perakuan penghakiman yang diperoleh di Malaysia
Akta 99
Opening note
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penguatkuasaan Penghakiman
Bersaling 1958.
Tafsiran
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah mahkamah;
“mahkamah asal” berhubung dengan apa-apa penghakiman ertinya mahkamah yang melaluinya penghakiman itu diberikan;
“mahkamah atasan” ertinya mahkamah negara salingan yang diperihalkan sedemikian dalam Jadual Pertama;
“mahkamah yang mendaftar” berhubung dengan apa-apa penghakiman ertinya mahkamah yang kepadanya suatu permohonan untuk mendaftarkan penghakiman itu dibuat;
“negara mahkamah asal” ertinya negara salingan yang mahkamah asal terletak;
6
Undang-Undang Malaysia
“negara salingan” ertinya mana-mana negara atau wilayah termasuk
United Kingdom yang baginya Akta ini terpakai pada masa ini dan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“pemiutang penghakiman” ertinya orang yang penghakiman diberikan memihak kepadanya, dan termasuklah mana-mana orang yang padanya hak di bawah penghakiman itu terletak hak oleh sebab pewarisan atau penyerahhakan atau selainnya;
“pendaftaran” ertinya pendaftaran di bawah Bahagian II, dan ungkapan “daftar” dan “didaftarkan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
“penghakiman” ertinya suatu penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh sesuatu mahkamah dalam apa-apa prosiding sivil, atau suatu penghakiman atau perintah yang diberikan atau dibuat oleh sesuatu mahkamah dalam apa-apa prosiding jenayah bagi pembayaran sejumlah wang berkenaan dengan pampasan atau ganti rugi kepada pihak tercedera, dan, kecuali berhubung dengan suatu negara atau wilayah di luar Komanwel, termasuklah suatu award dalam prosiding timbang tara jika award itu, menurut undang-undang yang berkuat kuasa di tempat award itu dibuat, boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti penghakiman yang diberikan oleh mahkamah di tempat itu; dan penghakiman yang diberikan dalam mana-mana mahkamah atas rayuan daripada suatu penghakiman yang diberikan di Mahkamah Tinggi hendaklah disifatkan sebagai penghakiman yang diberikan di Mahkamah
Tinggi;
“penghutang penghakiman” ertinya orang yang terhadapnya penghakiman diberikan, dan termasuklah mana-mana orang yang terhadapnya penghakiman itu boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang mahkamah asal;
“rayuan” termasuklah apa-apa prosiding dengan cara meyelesaikan atau mengetepikan sesuatu penghakiman atau permohonan bagi suatu perbicaraan baru atau suatu penggantungan pelaksanaan;
“tindakan in personam” tidak boleh disifatkan sebagai termasuk apa-apa kausa hal ehwal suami isteri atau apa-apa prosiding yang berkaitan dengan apa-apa perkara hal ehwal suami isteri, pentadbiran harta pusaka orang yang mati, kebankrapan, penggulungan syarikat, gila atau penjagaan budak.
Bahagian II diperluas ke negara salingan
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 7
Yang di-Pertuan Agong boleh, jika dia berpuas hati bahawa sekiranya faedah yang diberikan oleh Bahagian ini diperluas kepada penghakiman yang diberikan dalam mahkamah atasan mana-mana negara atau wilayah di luar Malaysia, layanan kesalingan yang substansial akan dijamin berkenaan dengan penguatkuasaan dalam negara atau wilayah itu penghakiman yang diberikan dalam Mahkamah Tinggi, melalui perintah memperluas Bahagian ini ke negara atau wilayah itu dan boleh, melalui perintah yang sama atau berlainan, meminda Jadual
Pertama untuk menambah negara atau wilayah itu kepadanya dan menyatakan mahkamah mana dalam negara atau wilayah itu yang hendaklah disifatkan sebagai mahkamah atasan bagi maksud Bahagian ini.
Apa-apa penghakiman mahkamah atasan, selain penghakiman mahkamah sedemikian itu yang diberikan atas rayuan daripada suatu mahkamah yang bukan mahkamah atasan, adalah suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai, jika—
ada sejumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman yang bukannya jumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan cukai atau caj lain daripada jenis yang serupa atau berkenaan dengan denda atau penalti lain; dan
Jadual
Pertama menurut subseksyen (2), penghakiman itu diberikan selepas negara atau wilayah itu ditambahkan kepada Jadual itu.
Bagi maksud seksyen ini, suatu penghakiman hendaklah disifatkan sebagai muktamad dan konklusif walaupun rayuan terhadapnya belum selesai, atau bahawa ia masih tertakluk kepada rayuan, dalam mahkamah negara mahkamah asal.
8
Undang-Undang Malaysia
Permohonan dan kesan pendaftaran penghakiman
4. (1) Seseorang, yang pemiutang penghakiman di bawah suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi pada bila-bila masa dalam tempoh enam tahun selepas tarikh penghakiman itu, atau, jika telah ada prosiding secara rayuan terhadap penghakiman itu, selepas tarikh penghakiman terakhir diberikan dalam prosiding itu, untuk mendapatkan penghakiman itu didaftarkan dalam Mahkamah Tinggi, dan atas apa-apa permohonan sedemikian, mahkamah hendaklah, tertakluk kepada pembuktian perkara yang ditetapkan dan kepada peruntukan lain Akta ini, memerintahkan penghakiman itu didaftarkan:
Dengan syarat bahawa sesuatu penghakiman tidak boleh didaftarkan jika pada tarikh permohonan itu—
ia telah ditunaikan keseluruhannya; atau
ia tidak boleh dikuatkuasakan secara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini berkenaan dengan pengetepian pendaftaran—
suatu penghakiman berdaftar hendaklah, bagi maksud pelaksanaan, mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama;
prosiding boleh diambil atas penghakiman berdaftar;
jumlah wang yang baginya sesuatu penghakiman didaftarkan hendaklah diberikan bunga; dan
mahkamah yang mendaftar hendaklah mempunyai kawalan yang sama ke atas pelaksanaan penghakiman yang didaftarkan, seolah-olah penghakiman itu suatu penghakiman yang pada asalnya diberikan dalam mahkamah yang mendaftar itu dan dicatatkan pada tarikh pendaftaran itu:
Dengan syarat bahawa pelaksanaan tidak boleh dibuat atas penghakiman itu selagi, di bawah Bahagian ini dan kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat bagi maksudnya, berwibawa bagi mana-mana pihak untuk membuat permohonan bagi mengetepikan pendaftaran penghakiman itu, atau, jika permohonan sedemikian dibuat, sehingga selepas permohonan itu diputuskan dengan muktamad.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 9
Jika jumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu penghakiman yang hendak didaftarkan dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia, penghakiman itu hendaklah didaftarkan seolah-olah ia suatu penghakiman bagi jumlah wang itu dalam mata wang Malaysia yang, berasaskan kadar pertukaran wang yang terpakai pada tarikh penghakiman mahkamah asal itu, yang sama nilainya dengan jumlah wang yang kena dibayar itu.
Jika pada tarikh permohonan bagi pendaftaran, penghakiman mahkamah asal telah ditunaikan sebahagiannya, penghakiman itu tidak boleh didaftarkan berkenaan dengan seluruh jumlah wang kena dibayar di bawah penghakiman mahkamah asal, tetapi hanya berkenaan dengan baki yang tinggal yang kena dibayar pada tarikh itu.
Jika, atas suatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu penghakiman, ternyata pada mahkamah yang mendaftar bahawa penghakiman itu berkenaan dengan perkara yang berlainan dan bahawa beberapa, tetapi tidak semua, peruntukan penghakiman itu sedemikian yang jika peruntukan itu terkandung dalam penghakiman yang berasingan penghakiman itu boleh didaftarkan dengan sewajarnya, penghakiman itu boleh didaftarkan berkenaan dengan peruntukan yang disebut terdahulu tetapi tidak berkenaan dengan apa-apa peruntukan lain yang terkandung dalamnya.
Sebagai tambahan kepada jumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman mahkamah asal, termasuk apa-apa bunga yang menurut undang-undang negara mahkamah asal menjadi kena dibayar di bawah penghakiman itu sehingga masa pendaftaran, penghakiman itu hendaklah didaftarkan bagi kos yang munasabah dan yang bersampingan dengan pendaftaran, termasuk kos mendapatkan suatu salinan terperaku penghakiman itu dari mahkamah asal.
Kes yang penghakiman berdaftar mesti, atau boleh, diketepikan
5. (1) Apabila permohonan yang bermaksud demikian dibuat dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak yang terhadapnya penghakiman berdaftar boleh dikuatkuasakan, pendaftaran penghakiman itu—
hendaklah diketepikan jika mahkamah yang mendaftar berpuas hati—
bahawa penghakiman itu bukan suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai atau telah didaftarkan berlanggaran dengan Akta ini;
10
Undang-Undang Malaysia
bahawa mahkamah negara mahkamah asal tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal keadaan kes itu;
bahawa penghutang penghakiman, sebagai defendan dalam prosiding di mahkamah asal, tidak (walaupun proses itu mungkin telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya mengikut undang-undang negara mahkamah asal) menerima notis prosiding itu dalam masa yang mencukupi untuk membolehkannya membela prosiding itu dan telah tidak hadir;
bahawa penghakiman itu telah diperoleh secara fraud;
bahawa penguatkuasaan penghakiman itu akan bertentangan dengan polisi awam di Malaysia; atau
bahawa hak di bawah penghakiman itu tidak terletak hak pada orang yang olehnya permohonan bagi pendaftaran itu dibuat; dan
boleh diketepikan jika mahkamah yang mendaftar berpuas hati bahawa perkara yang dipertikaikan dalam prosiding di mahkamah asal, sebelum dari tarikh penghakiman di mahkamah asal, telah diputuskan sebagai penghakiman muktamad dan konklusif oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu.
Bagi maksud seksyen ini, mahkamah negara mahkamah asal hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), disifatkan mempunyai bidang kuasa—
dalam hal penghakiman yang diberikan dalam suatu tindakan in personam—
jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu dengan secara sengaja hadir dalam prosiding itu bagi apa-apa maksud melainkan bagi maksud melindungi, atau mendapat pelepasan, harta yang disita, atau diancam dengan penyitaan, dalam prosiding itu atau bagi mempertikaikan bidang kuasa mahkamah itu;
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 11
jika penghutang penghakiman ialah plaintif dalam, atau membuat tuntutan balas dalam, prosiding dalam mahkamah asal;
jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, sebelum prosiding dimulakan telah bersetuju, berkenaan dengan hal perkara prosiding itu, untuk patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu atau mahkamah negara mahkamah itu;
jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, pada masa prosiding itu dimulakan bermastautin, atau sebagai suatu pertubuhan perbadanan, mempunyai tempat utama perniagaannya, dalam negara mahkamah itu; atau
jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, mempunyai pejabat atau tempat perniagaan dalam negara mahkamah itu dan prosiding dalam mahkamah itu berkenaan dengan transaksi yang dibuat melalui atau di pejabat atau tempat itu;
dalam hal suatu penghakiman yang diberikan dalam suatu tindakan yang hal perkaranya ialah harta tak alih atau dalam suatu tindakan in rem yang hal perkaranya ialah harta alih, jika harta yang berkenaan pada masa prosiding dalam mahkamah asal itu terletak dalam negara mahkamah itu; dan
dalam hal suatu penghakiman yang diberikan dalam tindakan, selain mana-mana tindakan yang disebut dalam perenggan (a) atau (b), jika bidang kuasa mahkamah asal itu diiktiraf oleh undang-undang Malaysia.
Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2) mahkamah negara mahkamah asal tidak disifatkan mempunyai bidang kuasa—
jika hal perkara prosiding itu ialah harta tak alih yang berada di luar negara mahkamah asal;
12
Undang-Undang Malaysia
kecuali dalam hal yang disebut dalam subperenggan
(a)(i), (ii) dan (iii) dan perenggan (c), jika pembawaan prosiding dalam mahkamah asal berlawanan dengan perjanjian yang di bawahnya pertikaian berkenaan kena diselesaikan selain melalui prosiding dalam mahkamah negara mahkamah itu; atau
jika penghutang penghakiman, sebagai defendan dalam prosiding asal, ialah seorang yang di bawah kaedah-kaedah undang-undang antarabangsa awam berhak mendapat kekebalan daripada bidang kuasa mahkamah negara mahkamah asal dan dia tidak patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu.
Kuasa mahkamah yang mendaftar untuk mengetepikan pendaftaran atas permohonan
6. (1) Jika, atas suatu permohonan untuk mengetepikan pendaftaran penghakiman, pemohon memuaskan hati mahkamah yang mendaftar sama ada rayuan terhadap hukuman itu masih belum selesai, atau dia berhak bercadang untuk merayu, terhadap penghakiman itu, mahkamah itu, jika difikirkannya patut, boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya adil, sama ada mengetepikan pendaftaran itu atau menangguhkan permohonan untuk mengetepikan pendaftaran itu sehingga selepas habis apa-apa tempoh sebagaimana yang didapati oleh mahkamah semunasabahnya mencukupi bagi membolehkan pemohon itu mengambil langkah yang perlu supaya rayuan itu diselesikan oleh tribunal yang berwibawa.
Jika pendaftaran suatu penghakiman diketepikan di bawah subseksyen (1), atau semata-mata disebabkan penghakiman itu pada tarikh permohonan bagi pendaftaran itu tidak boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal itu, pengenepian pendaftaran itu tidak menjejaskan permohonan selanjutnya untuk mendaftarkan penghakiman itu apabila rayuan itu telah diselesaikan atau jika dan apabila penghakiman itu menjadi boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika pendaftaran suatu penghakiman diketepikan semata-mata disebabkan penghakiman itu, walaupun penghakiman itu pada tarikh permohonan bagi pendaftaran itu telah sebahagiannya
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 13
ditunaikan, telah didaftarkan untuk keseluruhan jumlah wang yang kena dibayar di bawahnya, mahkamah yang mendaftar hendaklah, atas permohonan pemiutang penghakiman, memerintahkan penghakiman itu didaftarkan bagi bakinya yang tinggal yang kena dibayar pada tarikh itu.
Penghakiman yang boleh didaftarkan tidak boleh dikuatkuasakan selainnya 7.
Tiada prosiding untuk mendapatkan sejumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu penghakiman suatu mahkamah atasan, sebagai suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai, selain prosiding dengan cara pendaftaran penghakiman itu, boleh dilayan oleh mana-mana mahkamah di Malaysia.
BAHAGIAN III
PELBAGAI DAN AM
Kesan am penghakiman tertentu
8. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, sesuatu penghakiman yang baginya Bahagian II terpakai atau akan terpakai jika sejumlah wang kena dibayar di bawahnya, sama ada penghakiman itu boleh didaftarkan atau tidak, dan sama ada, jika ia boleh didaftarkan, ia didaftarkan atau tidak, hendaklah diiktirafkan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia sebagai muktamad antara pihak kepadanya dalam semua prosiding yang berasaskan kausa tindakan yang sama dan boleh digunakan sebagai pembelaan atau tuntutan balas dalam mana-mana prosiding sedemikian.
Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana penghakiman—
jika penghakiman itu telah didaftarkan dan pendaftaran penghakiman itu telah diketepikan atas sesuatu alasan selain—
bahawa tiada suatu jumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman itu;
14
Undang-Undang Malaysia
bahawa penghakiman itu telah ditunaikan keseluruhannya atau sebahagiannya; atau
bahawa pada tarikh permohonan itu, penghakiman itu tidak boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal; atau
jika penghakiman itu belum didaftarkan, menunjukkan
(sama ada ia boleh didaftarkan atau tidak) bahawa jika ia telah didaftarkan, pendaftaran penghakiman itu akan diketepikan atas permohonan bagi maksud itu atas suatu alasan selain salah satu alasan yang dinyatakan dalam perenggan (a).
Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh dikira sebagai menghalang mana-mana mahkamah di Malaysia daripada mengiktiraf mana-mana penghakiman sebagai muktamad mengenai apa-apa perkara undang-undang atau fakta yang diputuskan dalamnya jika penghakiman itu akan diiktiraf sedemikian sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.
Kuasa untuk membuat penghakiman yang tidak boleh dikuatkuasakan di Malaysia jika tiada kesalingan
9. (1) Jika ternyata pada Yang di-Pertuan Agong bahawa layanan berkenaan dengan pengiktirafan dan penguatkuasaan yang diberikan oleh mahkamah mana-mana negara salingan kepada penghakiman yang diberikan dalam Mahkamah Tinggi pada matannya kurang baik daripada yang diberikan oleh mahkamah di Malaysia terhadap penghakiman mahkamah atasan negara itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah memakai seksyen ini bagi negara salingan itu dan meminda Jadual Pertama dengan apa-apa cara yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan perintah itu dan mengeluarkan apa-apa ketidakselarasan dengannya dalam Jadual itu.
Kecuali setakat mana Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah di bawah seksyen ini mengarahkan selainnya, tiada prosiding boleh dilayan dalam mama-mana mahkamah di Malaysia untuk mendapatkan apa-apa jumlah wang yang dikatakan kena dibayar di bawah suatu penghakiman yang diberikan dalam mahkamah negara salingan yang baginya seksyen ini terpakai.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 15
Pengeluaran perakuan penghakiman yang diperoleh di Malaysia 10.
Jika suatu penghakiman yang di bawahnya sejumlah wang kena dibayar, yang bukannya sejumlah wang yang kena dibayar berkenaan dengan cukai atau caj lain daripada jenis yang serupa atau berkenaan dengan denda atau penalti lain, telah dicatatkan di
Mahkamah Tinggi terhadap mana-mana orang dan pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu dalam suatu negara salingan yang baginya Bahagian II terpakai, mahkamah itu hendaklah, atas permohonan yang dibuat oleh pemiutang penghakiman itu dan dengan membayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemiutang penghakiman itu suatu salinan terperaku penghakiman itu, bersama dengan suatu perakuan yang mengandungi butir-butir berkenaan dengan tindakan itu, termasuklah kausa tindakan, dan kadar bunga, jika ada, yang kena dibayar atas jumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman itu, sebagaimana yang ditetapkan:
Dengan syarat bahawa, jika pelaksanaan suatu penghakiman digantung bagi apa-apa tempoh sementara menanti keputusan rayuan atau kerana apa-apa sebab lain, suatu permohonan tidak boleh dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan penghakiman itu sehingga habis tempoh itu.
Kaedah-kaedah mahkamah
11. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) kaedah-kaedah mahkamah boleh dibuat bagi—
mengadakan peruntukan berkenaan dengan pemberian jaminan bagi kos oleh orang yang memohon bagi pendaftaran penghakiman;
menetapkan perkara yang kena dibuktikan atas suatu permohonan bagi pendaftaran penghakiman dan bagi mengawal selia cara pembuktian perkara itu;
mengadakan peruntukan bagi menyampaikan kepada penghutang penghakiman notis pendaftaran suatu penghakiman;
16
Undang-Undang Malaysia
mengadakan peruntukan berkenaan dengan penetapan tempoh yang dalamnya suatu permohonan boleh dibuat untuk mendapatkan pendaftaran penghakiman itu diketepikan dan berkenaan dengan pelanjutan tempoh yang ditetapkan itu;
menetapkan kaedah yang melaluinya apa-apa soalan yang berbangkit di bawah Akta ini sama ada sesuatu penghakiman boleh dikuatkuasakan dengan pelaksanaan dalam negara mahkamah asal, atau berapa bunga yang kena dibayar di bawah sesuatu penghakiman di bawah undang-undang mahkamah asal, hendak ditentukan; dan
menetapkan apa-apa perkara yang hendaklah ditetapkan.
Kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat bagi maksud Bahagian
II hendaklah dinyatakan mempunyai, dan hendaklah mempunyai, kuat kuasa tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang terkandung dalam perintah yang dibuat di bawah seksyen 3 sebagaimana yang diisytiharkan oleh perintah tersebut sebagai perlu bagi menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara Yang di-Pertuan
Agong dengan negara salingan berhubung dengan perkara yang berkenaan dengannya ada kuasa untuk membuat kaedah-kaedah mahkamah bagi maksud Bahagian II.
Pemansuhan dan kecualian
12. (1) Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua dimansuhkan.
Apa-apa penghakiman mahkamah atasan dalam negara salingan yang didaftarkan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Malaysia sebelum satu haribulan Disember 1972, hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya, dan apa-apa jua yang dilakukan berhubung dengan mana-mana penghakiman itu di bawah mana-mana undang-undang itu atau di bawah mana-mana kaedah mahkamah atau peruntukan lain yang terpakai bagi penghakiman itu hendaklah sama sah dan berkesan seolah-olah ia telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah kaedah mahkamah yang bersamaan atau di bawah peruntukan lain yang terpakai bagi
Akta ini.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 17
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 2, 3 dan 10]
Negara salingan
Mahkamah atasan
United Kingdom
...
...
...
1. Mahkamah Tinggi di England;
2. Mahkamah Sesyen di Scotland;
3. Mahkamah Tinggi di Ireland Utara;
4. Mahkamah Chancery of the
County Palatine of Lancaster;
5. Mahkamah Chancery of the
County Palatine of Durham.
Hong Kong
...
...
...
Mahkamah Tinggi.
Special Administrative
Region, Republik
Rakyat China
Singapura
...
...
...
Mahkamah Tinggi.
New Zealand
...
...
...
Mahkamah Tinggi.
Republik Sri Lanka
...
...
...
1. Mahkamah Tinggi.
(Ceylon)
2. Mahkamah Daerah.
India (tidak termasuk
...
...
...
Mahkamah Tinggi.
Negeri Jammu dan
Kashmir, Negeri
Manipur, Kawasan-Kaum Negeri Assam, kawasan Berjadual
Negeri Madras dan
Andhra)
Brunei Darussalam
… …
…
Mahkamah Tinggi
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 12(1)]
PEMANSUHAN
Enakmen N.M.B No. 19 tahun
Enakmen Hukuman (Penguatkuasaan 1935
Salingan) 1935
Enakmen Johor No. 11 tahun
Enakmen Hukuman (Penguatkuasaan 1936
Salingan) 1936
18
Undang-Undang Malaysia
Enakmen Kedah No. 7 tahun
Enakmen Hukuman (Penguatkuasaan 1355
Salingan) 1355
P.T.M. No. 53 tahun 1949
Ordinan Penguatkuasaan Salingan
Hukuman 1949
Ordinan Sarawak No. 2 tahun
Ordinan Penguatkuasaan Salingan 1961
Hukuman (Mahkamah-mahkamah
Atasan) Sarawak 1961
Ordinan Sabah No. 8 tahun
Ordinan Hukuman Negara Asing 1959
(Penguatkuasaan Salingan) 1959
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 19
Akta 99
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (A) 297/1972
Perintah Penguatkuasaan Salingan 01-12-1972
Hukuman (Peluasan) 1972
P.U. (A) 73/1994
Perintah Penguatkuasaan Salingan 27-06-1993
Penghakiman (Pemakaian Seksyen 9)
1994
P.U. (A) 122/2000
Perintah Penguatkuasaan 31-03-2000
Penghakiman Bersaling
(Peluasan Bahagian II) 2000
P.U. (A) 34/2004
Perintah Penguatkuasaan 23-01-2004
Penghakiman Bersaling
(Peluasan Bahagian II) 2003
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 99
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 1
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 2
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 3
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 4
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 5
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 7
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 8
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 9
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 10
P.U. (A) 297/1972 01-12-1972 12
Jadual Pertama
P.U. (A) 73/1994 27-06-1993
P.U. (A) 122/2000 31-03-2000
P.U. (A) 34/2004 23-01-2004
Jadual Kedua