Skip to content

Seksyen 4

Kuasa untuk menetapkan fi

of Akta Pegawai-Pegawai Diplomat dan Konsul (Sumpah dan Fee) 1959

ActIn forceProvision 4 of 9
Seksyen 4

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang diberitahu dalam Warta menetapkan fi yang akan diambil mengenai apa-apa hal atau perkara yang dilakukan oleh seorang pegawai konsul atau oleh seorang pegawai diplomat yang diamanahkan dengan tugas konsul dalam pelaksanaan jawatannya.

(2)

Semua fi tersebut hendaklah dilevi, dijelaskan dan digunakan, dan bolehlah diremitkan, menurut peraturan yang dikeluarkan oleh

Yang di-Pertuan Agong.