Skip to content
ActIn force

Akta Pendaftaran Negara 1959

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1959
Sections
12
Languages
EN · MS

Akta Pendaftaran Negara 1959 is Malaysia Act, cited as Act 78 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 78

AKTA PENDAFTARAN NEGARA

1959

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi National Registration

Act 1959. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta

Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), teks ini bukan perundangan.

2006

2

Undang-Undang Malaysia

Pertama kali diperbuat …

…

…

…

1959 (Akta No. 12

tahun 1959)

Disemak …

…

…

…

…

…

…

1972 (Akta 78 m.b.p.

1 Jun 1972)

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1966

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … 1994

Cetakan Semula Yang Ketiga

… … … … 1999

Pendaftaran Negara 3

Akta 78

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran orang di Malaysia, bagi pengeluaran kad pengenalan dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [Semenanjung Malaysia—1 Ogos 1960, L.N. 150/1960; *Sarawak—30 Mac 1966, P.U. 103/1966; *Sabah—1 Jun 1972, P.U. (B) 2/1972; Wilayah Persekutuan Labuan—16 April 1984, P.U. (A) 200/1985] Tajuk ringkas

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendaftaran Negara yang dilantik di bawah seksyen 3;

“pegawai pendaftaran” ertinya—

(a)

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Timbalan Pengarah

Pendaftaran Negara yang dilantik di bawah seksyen 3;

(b)

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan yang dilantik di bawah seksyen 3A;

(c)

Pengarah Pendaftaran Negara bagi tiap-tiap Negeri yang dilantik di bawah seksyen 3A;

Akta 78

*CATATAN—Lihat P.U. 61/1966 untuk peluasan dan ubah suaian Akta ini ke Sabah dan Sarawak.

6

Undang-Undang Malaysia

(d)

mana-mana pegawai pendaftaran yang dilantik di bawah perenggan 3B(1)(a);

(e)

mana-mana ejen pendaftaran yang dilantik di bawah perenggan 3B(1)(b).

Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Ketua

Pengarah dan seorang Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bagi maksud Akta ini.

(2)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, Ketua

Pengarah boleh menjalankan kuasa yang diberi, dan hendaklah melaksanakan tugas yang dipertanggungkan, ke atasnya di bawah

Akta ini.

(3)

Bagi maksud Akta ini, dan tertakluk kepada arahan dan kawalan am Menteri, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara boleh menjalankan semua kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah dan hendaklah melaksanakan semua tugas Ketua Pengarah dan, semasa ketiadaan Ketua Pengarah, boleh bertindak sebagai wakilnya.

Pelantikan Pengarah

(1)

Menteri boleh melantik seorang Pengarah Bahagian Kad

Pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dan seorang

Pengarah Pendaftaran Negara bagi setiap Negeri bagi maksud Akta ini.

(2)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Ketua Pengarah,

Pengarah Bahagian Kad Pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan

Pendaftaran Negara dan Pengarah Pendaftaran Negara bagi setiap

Negeri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan melaksanakan semua tugas Ketua Pengarah.

Pelantikan pegawai pendaftaran dan ejen pendaftaran

(1)

Ketua Pengarah boleh melantik—

(b)

beberapa orang ejen pendaftaran, dari mana-mana orang yang bukan pekhidmat awam, sebagaimana difikirkannya wajar dan perlu.

Pendaftaran Negara 7

(2)

Ketua Pengarah boleh, dalam hal yang berkaitan dengan mana-mana perkara atau kelas perkara, melantik mana-mana pegawai pengangkutan jalan atau, pegawai imigresen atau mana-mana pegawai dari mana-mana jabatan Kerajaan menjadi pegawai pendaftaran bagi maksud Akta ini, dan seseorang yang telah dilantik itu hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan tugasnya tertakluk kepada arahan dan kawalan dari Ketua Pengarah.

(3)

Seseorang yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Sabah atau Kerajaan Negeri Sarawak tidak boleh dilantik sebagai pegawai pendaftaran tanpa keizinan bertulis terdahulu daripada Kerajaan

Negeri.

Pekhidmat awam

Semua pegawai pendaftaran hendaklah dianggap sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan [Akta 574].

Pewujudan daftar

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan suatu daftar mengenai semua orang di Malaysia yang dikehendaki supaya mendaftar di bawah Akta ini.

(2)

Daftar itu hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 6.

Pendaftaran

Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang boleh diberikan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 6, tiap-tiap orang dalam Malaysia hendaklah didaftarkan di bawah dan mengikut Akta ini.

Peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud

Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan berkenaan dengan—

(a)

cara bagaimana dan tempat di mana permohonan untuk pendaftaran orang hendaklah dibuat;

8

Undang-Undang Malaysia

(c)

maklumat dan dokumen yang diberikan bagi maksud pendaftaran;

(d)

mengambil dan merekod fotograf dan cap jari dan ibu jari orang yang dikehendaki didaftarkan;

(e)

pengeluaran dan bentuk kad pengenalan dan butir-butir yang hendaklah dicatatkan dalamnya;

(f)

pemeriksaan kad pengenalan oleh orang yang menjaga hotel dan rumah penginapan dan golongan atau perihal lain-lain orang;

(h)

menghendaki orang yang telah mendapat kad pengenalan

(atau gantiannya) sebelum mencapai umur lapan belas tahun supaya mendaftar semula dalam tempoh tiga puluh enam bulan selepas luput enam tahun dari tarikh kad itu dikeluarkan;

(i)

menghendaki orang yang telah mendapat kad pengenalan atau gantiannya supaya mendaftar semula dalam tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dari tarikh pendaftaran mereka yang terakhir sebelumnya;

(j)

caj maksimum yang boleh dibuat bagi, dan syarat yang boleh dikenakan ke atas, pengambilan fotograf oleh mana-mana orang;

(m)

masa dan tempat untuk pemohon dan pemegang kad pengenalan hadir di hadapan seseorang pegawai pendaftaran;

(o)

pembuatan pembetulan pada dan pindaan dalam daftar dan kad pengenalan;

(p)

penyediaan, jagaan dan pemeriksaan indeks bagi daftar dan pengeluaran cabutan dari daftar;

(q)

fi yang dikenakan dan syarat yang di bawahnya fi itu boleh tidak dipungut;

Pendaftaran Negara 9

(r)

anggapan yang berhubungan dengan pembuktian dokumen yang disimpan di bawah Akta ini dan yang dikeluarkan di bawah tandatangan seseorang pegawai pendaftaran selain ejen pendaftaran;

(s)

pemberian dan penjalanan kuasa untuk menangkap dan menggeledah;

(t)

pengecualian mutlak atau bersyarat bagi mana-mana orang atau kategori orang daripada Akta ini;

(u)

pengenaan penalti kerana apa-apa pelanggaran mana-mana peraturan dan *penalti tersebut tidak boleh melebihi denda sebanyak lima puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya; dan

(v)

penyerahan dan penggantian kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang telah dimansuhkan yang berhubungan dengan pendaftaran orang dalam apa-apa tempoh dan dalam mana-mana kawasan sebagaimana yang diperuntukkan dari semasa ke semasa dalam peraturan-peraturan itu.

Bidang kuasa Mahkamah Majistret Kelas Satu

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang berlawanan, seorang Majistret Kelas Satu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan mengaward hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.

Obligasi supaya memiliki dokumen perjalanan

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa obligasi di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain supaya memiliki pasport atau apa-apa jua pun dokumen perjalanan yang lain.

*CATATAN—Dahulunya dengan syarat bahawa tiada sesuatu penalti itu boleh melebihi denda sebanyak tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya–lihat Akta A1114

10

Undang-Undang Malaysia

Akta 78

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. 61/1966

Perintah Ubah Suaian 30-03-1966

Undang-Undang (Pendaftaran bagi Sarawak

Negara) (Borneo) (Pemerluasan

(lihat Sarawak dan Ubah Suaian) 1966

L.N.

(F)

31/1966)

01-06-1972 bagi

Sabah (lihat

Sabah

G.N.S. 2/1972)

P.U. (B) 324/1970

Pemberitahuan di bawah seksyen 3 01-01-1971

Ordinan Nama Jawatan 1949

P.U. (A) 120/1972

Pemberitahuan di bawah seksyen 3 05-05-1972

Ordinan Nama Jawatan 1949

Akta A156

Akta Pendaftaran Negara 27-04-1967

(Pindaan) 1972

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

Akta A327

Akta Kanun Keseksaan 31-03-1976

(Pindaan dan Peluasan) 1976

Akta A1114

Akta Pendaftaran Negara

s. 2, 3, 4:

(Pindaan) Akta 2001 01-11-2000

peruntukan selebihnya 06-07-2001

Pendaftaran Negara 11

Akta 78

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

P.U. (B) 324/1970 01-01-1971

P.U. (A) 120/1972 05-05-1972

Akta A1114 01-11-2000 3

P.U. (B) 324/1970 01-01-1971

P.U. (A) 120/1972 05-05-1972

Akta A1114 01-11-2000 3A

Akta A1114 01-11-2000 3B

Akta A1114 01-11-2000 3C

Akta A1114 01-11-2000 6

Akta A156 27-04-1967

Akta 160 29-08-1975

Akta A1114 06-07-2001 7

Akta A1114 06-07-2001 7A

Akta A1114 06-07-2001

Common questions

What is Akta Pendaftaran Negara 1959?
Akta Pendaftaran Negara 1959 is Malaysia Act, cited as Act 78 1959, currently marked in force and first recorded in 1959.
Is Akta Pendaftaran Negara 1959 still in force?
Yes — Akta Pendaftaran Negara 1959 is currently in force.
When did Akta Pendaftaran Negara 1959 take effect?
Akta Pendaftaran Negara 1959 was first recorded in 1959.
How many sections does Akta Pendaftaran Negara 1959 have?
Akta Pendaftaran Negara 1959 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Pendaftaran Negara 1959?
The official text of Akta Pendaftaran Negara 1959 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.