Seksyen 3A
Pelantikan Pengarah
of Akta Pendaftaran Negara 1959
ActIn forceProvision 4 of 12
Seksyen 3A
(1)
Menteri boleh melantik seorang Pengarah Bahagian Kad
Pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dan seorang
Pengarah Pendaftaran Negara bagi setiap Negeri bagi maksud Akta ini.
(2)
Tertakluk kepada arahan dan kawalan am Ketua Pengarah,
Pengarah Bahagian Kad Pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan
Pendaftaran Negara dan Pengarah Pendaftaran Negara bagi setiap
Negeri hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan melaksanakan semua tugas Ketua Pengarah.