Skip to content
ActIn force

Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1960
Sections
5
Languages
EN · MS

Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 is Malaysia Act, cited as Act 459 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.

Front matterCover and publication detailsOpen

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Loans (Central Bank of Malaysia) Act 1960 [Act 459]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan saih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

Pertama kali diperbuat ... ... ... 1960 (Ord. No. 16 tahun 1960)

Disemak ... ... ... ... ... 1991 (Akta 459 m.b.p. 13 April 1991)

Akta 459

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengeluaran dan pengurusan oleh Bank Negara Malaysia bagi pinjaman yang diperdapatkan di bawah undang-undang tertentu. [27 Jun 1960, P.U. 128/1960] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Bank hendaklah menjalankan pengurusan pinjaman

Pada dan selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, Bank Negara Malaysia hendaklah menjalankan pengeluaran dan pengurusan pinjaman yang diperdapatkan di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual; dan Menteri Kewangan boleh, melalui perintah, membuat apa-apa ubah suaian dan pindaan dalam mana-mana undang-undang itu yang didapati olehnya perlu atau suai manfaat bagi maksud menguatkuasakan seksyen ini.

Kuasa Menteri untuk menetapkan fi

Menteri Kewangan boleh menetapkan apa-apa fi yang difikirkannya munasabah bagi pelaksanaan kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan di bawah Akta ini oleh Bank Negara Malaysia, dan apa-apa fi itu hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.

Kecualian

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh mengambil atau mengganggu apa-apa hak mana-mana pemegang sah apa-apa saham yang diterbitkan di bawah mana-mana undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual.

Undang-Undang Malaysia

JADUAL

[Seksyen 3]

Enakmen Pinjaman Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1936 (N.M.B. 12 tahun 1936).

Ordinan Pinjaman 1946 (M.U.10 tahun 1946).

Ordinan Pinjaman 1949 (P.T.M.16 tahun 1949).

Ordinan Pinjaman 1951 (P.T.M.59 tahun 1951).

Ordinan Pinjaman Sekuriti Persekutuan Tanah Melayu 1952 (P.T.M. 65 tahun 1952).

Ordinan Pinjaman 1955 (P.T.M.12 tahun 1955).

Ordinan Pinjaman (Tempatan) 1957 (P.T.M.68 tahun 1957).

Akta 459

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

---

Akta 459

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Berkuat kuasa dari

Kuasa meminda

- TIADA-

Common questions

What is Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960?
Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 is Malaysia Act, cited as Act 459 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
Is Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 still in force?
Yes — Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 is currently in force.
When did Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 take effect?
Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 was first recorded in 1960.
How many sections does Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 have?
Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960?
The official text of Akta Pinjaman (Bank Negara Malaysia) 1960 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.