Skip to content
ActIn force

Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1962
Sections
4
Languages
EN · MS

Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 is Malaysia Act, cited as Act 395 1962, currently marked in force and first recorded in 1962.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 395

AKTA PENYERAHHAKAN HASIL

(DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI)

1962

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi

Assignment of Revenue (Eksport Duty on Iron Ore) Act 1962 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

AKTA PENYERAHHAKAN HASIL

(DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962

Pertama kali diperbuat … … … … 1962 (No. Akta 27

tahun 1962)

Disemak … … … … 1989 (Akta 395 m.b.p

16 November 1989)

3

Akta 395

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai penyerahhakan duti eksport atas bijih besi kepada Negeri dan untuk menyekat pelevian royalti dan bayaran yang seumpamanya berkenaan dengan bijih besi. [26 Julai 1962] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Hasil

(Duti Eksport atas Bijih Besi) 1962.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi

Negeri di

*Semenanjung Malaysia sahaja.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

*CATATAN─ Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada

“Semenanjung Malaysia” –lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 395

“bijih besi” ertinya bijih besi atau bijih padat besi tidak termasuk pirit;

“duti eksport” ertinya duti eksport di bawah Akta Kastam 1952

[Akta 235];

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“tarikh relevan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1).

Penyerahhakan keseluruhan atau sebahagian duti eksport atas bijih besi kepada Negeri

(2)

Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport sebelum tarikh relevan Menteri boleh menyerah hak kepada Negeri itu keseluruhan, atau apa-apa kadar sebagaimana yang dianggapnya saksama, duti eksport yang dilevi atas bijih itu.

(3)

Menteri boleh melalui perintah mengarahkan bahawa subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dengan penggantian 10

peratus dengan apa-apa peratusan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi mana-mana perintah di bawah subseksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan melalui ketetapan Dewan itu.

Sekatan peruntukan royalti dalam pajakan, dsb.

Tiada peruntukan bagi melevi royalti atas, atau caj yang

Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 7

seumpamanya berkenaan dengan, bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana Enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu telah dibuat atau Enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas seksyen ini mula berkuat kuasa) boleh berkuat kuasa selepas tarikh relevan kecuali—

(a)

dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, setakat mana yang diarahkan oleh Menteri (sama ada sebelum atau selepas tarikh relevan) bahawa peruntukan itu hendaklah berkuat kuasa;

(b)

dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa, jika Menteri telah menandakan kelulusannya secara bertulis mengenai peruntukan itu.

8

AKTA 395

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

9

AKTA 395

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Common questions

What is Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962?
Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 is Malaysia Act, cited as Act 395 1962, currently marked in force and first recorded in 1962.
Is Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 still in force?
Yes — Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 is currently in force.
When did Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 take effect?
Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 was first recorded in 1962.
How many sections does Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 have?
Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962?
The official text of Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.