Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Hasil
(Duti Eksport atas Bijih Besi) 1962.
(2)
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi
Negeri di
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport Atas Bijih Besi) 1962 is Malaysia Act, cited as Act 395 1962, currently marked in force and first recorded in 1962.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 395
AKTA PENYERAHHAKAN HASIL
(DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI)
1962
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi
Assignment of Revenue (Eksport Duty on Iron Ore) Act 1962 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
AKTA PENYERAHHAKAN HASIL
(DUTI EKSPORT ATAS BIJIH BESI) 1962
Pertama kali diperbuat … … … … 1962 (No. Akta 27
tahun 1962)
Disemak … … … … 1989 (Akta 395 m.b.p
16 November 1989)
3
Akta 395
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Hasil
(Duti Eksport atas Bijih Besi) 1962.
Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi
Negeri di
*Semenanjung Malaysia sahaja.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
*CATATAN─ Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada
“Semenanjung Malaysia” –lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 395
“bijih besi” ertinya bijih besi atau bijih padat besi tidak termasuk pirit;
“duti eksport” ertinya duti eksport di bawah Akta Kastam 1952
[Akta 235];
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“tarikh relevan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1).
Penyerahhakan keseluruhan atau sebahagian duti eksport atas bijih besi kepada Negeri
Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport sebelum tarikh relevan Menteri boleh menyerah hak kepada Negeri itu keseluruhan, atau apa-apa kadar sebagaimana yang dianggapnya saksama, duti eksport yang dilevi atas bijih itu.
Menteri boleh melalui perintah mengarahkan bahawa subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dengan penggantian 10
peratus dengan apa-apa peratusan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi mana-mana perintah di bawah subseksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan melalui ketetapan Dewan itu.
Sekatan peruntukan royalti dalam pajakan, dsb.
Tiada peruntukan bagi melevi royalti atas, atau caj yang
Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 7
seumpamanya berkenaan dengan, bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana Enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu telah dibuat atau Enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas seksyen ini mula berkuat kuasa) boleh berkuat kuasa selepas tarikh relevan kecuali—
dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, setakat mana yang diarahkan oleh Menteri (sama ada sebelum atau selepas tarikh relevan) bahawa peruntukan itu hendaklah berkuat kuasa;
dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa, jika Menteri telah menandakan kelulusannya secara bertulis mengenai peruntukan itu.
8
AKTA 395
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
9
AKTA 395
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.