Skip to content
ActIn force

Akta Tanah Tentera 1963

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1963
Sections
3
Languages
EN · MS

Akta Tanah Tentera 1963 is Malaysia Act, cited as Act 413 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 413

Sebagaimana pada 1 Februari 2014

Teks ini HANYA TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Service

Lands Act 1963. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat

... ... ... ... 1963 (Akta No. 35 tahun 1963)

Disemak

... ... ... ... 1989 (Akta 413 m.b.p.

28 Disember 1989)

3

Akta 413

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi mengusir orang yang menduduki secara menyalahi undang-undang mana-mana tanah yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan Persekutuan dan untuk memperbadankan Lembaga Tanah Tentera United Kingdom. [1 November 1963] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian

Seksyen 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tanah Tentera 1963.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di *Semenanjung Malaysia sahaja.

Mengeluarkan penduduk yang menyalahi undang-undang di tanah yang digunakan bagi maksud angkatan Persekutuan

Seksyen 2

(1)

Seksyen ini terpakai bagi tanah-tanah yang digunakan atau akan digunakan bagi maksud mana-mana angkatan tentera, laut atau udara Persekutuan.

*CATATAN─Lihat segala sebutan tentang “Malaysia Barat” hendaklah disifatkan sebagai sebutan tentang “Semenanjung Malaysia” – lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 413

(2)

Mahkamah Majistret, atas maklumat Pengarah Tanah dan

Galian atau orang yang diberi kuasa olehnya bahawa terdapat mana-mana orang yang menduduki secara menyalahi undang-undang mana-mana tanah yang kepadanya seksyen ini terpakai, boleh mengeluarkan saman terhadap orang yang terhadapnya maklumat itu diberi untuk hadir di Mahkamah; dan dengan kehadirannya kerana saman itu atau (dengan ketidakhadirannya) dengan adanya bukti penyampaian saman itu, Mahkamah boleh secara terus mendengar dan menentukan maklumat itu.

(3)

Jika atas pendengaran maklumat itu, mahkamah berpuas hati mengenai kebenaran maklumat itu, mahkamah hendaklah melalui waran menghendaki mana-mana pegawai polis yang dinyatakan dalam waran itu menyingkir dan mengeluarkan dengan serta-merta orang tersebut dahulu daripada tanah itu, dan bagi pihak Pesuruhjaya Tanah

Persekutuan mengambil milikan tanah itu serta semua tanaman yang tumbuh di atasnya dan semua bangunan dan harta tak alih lain di atas dan terlekap pada tanah itu; dan waran itu bolehlah dilaksanakan oleh mana-mana pegawai polis yang kepadanya waran itu disampaikan, sama ada waran itu dialamatkan kepadanya atau tidak.

Seksyen 3

Pemerbadanan Lembaga Tanah Tentera United Kingdom

(1)

Bagi maksud memegang tanah di Malaysia bagi pihak kerajaan United Kingdom menurut apa-apa perjanjian berhubungan dengan pertahanan, dan maka hendaklah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Lembaga Tanah Tentera United

Kingdom yang kekal turun temurun dan mempunyai meterai biasa dan terdiri daripada orang yang boleh dari semasa ke semasa dinamakan bagi pihak kerajaan itu.

(2)

Lembaga Tanah Tentera United Kingdom hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosidingnya sendiri

(termasuk kuorum), dan apa-apa dokumen yang berupa dokumen yang telah dilaksanakan di bawah meterai Lembaga itu hendaklah dianggap telah dilaksanakan dengan sempurnanya melainkan jika yang sebaliknya ditunjukkan.

7

Akta 413

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

P.U. (B) 324/1970 Pemberitahuan Di Bawah Seksyen 01-01-1970

3 Ordinan Nama Jawatan 1949

Akta A996 Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 24-07-1997

_______________

8

Akta 413

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

P.U. (B) 324/1970 01-01-1970

___________________

Common questions

What is Service Lands Act 1963?
Akta Tanah Tentera 1963 is Malaysia Act, cited as Act 413 1963, currently marked in force and first recorded in 1963.
Is Service Lands Act 1963 still in force?
Yes — Service Lands Act 1963 is currently in force.
When did Service Lands Act 1963 take effect?
Service Lands Act 1963 was first recorded in 1963.
How many sections does Service Lands Act 1963 have?
Service Lands Act 1963 contains 3 sections.
Where can I read the official version of Service Lands Act 1963?
The official text of Service Lands Act 1963 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Tanah Tentera 1963 (No. 413) | mylaw.my