Skip to content
ActIn force

Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1964
Sections
45
Languages
EN · MS

Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 is Malaysia Act, cited as Act 798 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

Akta 798

(Disemak—2017)

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Local Authorities

(Conditions of Service) Act 1964 [Act 798]. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Disemak setakat

… … … 1 November 2017

Tarikh penyiaran dalam Warta bagi edisi semakan ini

…

… … 15 November 2017

Tarikh yang ditetapkan untuk mula berkuat kuasanya edisi semakan ini menurut perenggan 6(1)(xxiii)

Akta

Penyemakan

Undang-Undang 1968 [Akta 1]

…

…

…

15 November 2017

Pertama kali diperbuat dalam tahun 1968 sebagai

Akta Parlimen No. 9 tahun 1964

3

Akta 798

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk mengawal selia syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan dan untuk mengadakan peruntukan mengenai suatu kumpulan wang simpanan atau kumpulan-kumpulan wang bagi pegawai dan pekhidmat itu. [30 Januari 1964] Tajuk ringkas dan pemakaian

(2)

Akta ini tidak terpakai bagi Sabah dan Sarawak.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“pihak berkuasa tempatan” ertinya mana-mana pihak berkuasa tempatan di suatu Negeri yang diisytiharkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kerajaan tempatan;

“kumpulan wang simpanan” ertinya suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“Perbendaharaan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 798

Pihak berkuasa tempatan tertakluk pada Akta ini

Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan mana-mana pihak berkuasa tempatan di Negeri itu supaya tertakluk pada Akta ini.

Kuasa Menteri untuk mengawal selia syarat perkhidmatan

(1)

Menteri boleh, dengan kelulusan Perbendaharaan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan terma dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan.

(1)

, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan—

(a)

kelayakan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan;

(b)

skala gaji, fi dan elaun yang kena dibayar kepada pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan;

(c)

tempoh perkhidmatan pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan;

(d)

pertukaran pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan;

(e)

penjalanan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan, termasuk kuasa penggantungan kerja, denda, pembuangan kerja dan penurunan pangkat pegawai dan pekhidmat itu; dan

(f)

syarat yang di bawahnya ganjaran atau elaun ihsan boleh dibayar kepada pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan yang tercedera, atau kepada saudara masih hidup mana-mana pegawai atau pekhidmat yang terbunuh, semasa melaksanakan kewajipan mereka.

Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 7

Kuasa Menteri untuk menubuhkan kumpulan wang simpanan

(a)

penubuhan, penyenggaraan, pentadbiran, audit dan penggulungan suatu kumpulan wang simpanan bagi faedah pegawai dan pekhidmat pihak berkuasa tempatan; dan

(b)

perkiraan antara dua atau lebih pihak berkuasa tempatan bagi penubuhan, penyenggaraan, pentadbiran, audit dan penggulungan suatu kumpulan wang bersama bagi faedah pegawai dan pekhidmat itu.

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

boleh, walau apa pun seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 dan 1967

[Akta 388], dibuat untuk berkuat kuasa secara ke belakang pada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Kumpulan wang simpanan tidak boleh diserahhakkan atau dipindahkan, dsb.

Tiada ganjaran, elaun atau bayaran lain kena dibayar daripada apa-apa kumpulan wang simpanan atau tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah kumpulan wang itu boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau bertanggungan untuk ditahan, diasingkan atau dilevikan ke atas atau berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan selain suatu hutang yang kena dibayar kepada suatu pihak berkuasa tempatan.

Pembayaran wang daripada kumpulan wang simpanan kepada orang yang telah mati

(1)

Apabila mati mana-mana orang, apa-apa wang yang dibayar daripada mana-mana kumpulan wang simpanan hendaklah disifatkan teramanah untuk orang yang berhak terhadap wang itu di bawah wasiat atau kematian tidak berwasiat orang yang telah mati itu.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 798

(2)

Apa-apa wang yang dibayar di bawah subseksyen (1) tidak boleh disifatkan menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang telah mati itu atau tertakluk pada hutangnya.

(3)

Mana-mana orang boleh melalui wasiat atau melalui suatu memorandum yang ditandatangani sendiri olehnya melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah bagi wang yang kena dibayar apabila dia mati daripada mana-mana kumpulan wang simpanan dan boleh membuat peruntukan bagi pelantikan seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, dan bagi pelaburan, wang itu.

(4)

Jika pada masa kematian mana-mana orang atau pada bila-bila masa selepasnya tiada pemegang amanah bagi mana-mana wang yang disebut dalam subseksyen (3), atau adalah suai manfaat untuk melantik seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu, maka dan dalam mana-mana hal itu seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah atau seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah baharu boleh dilantik oleh Mahkamah Tinggi atau seorang Hakim Mahkamah

Tinggi.

(a)

seorang pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang dilantik dengan sewajarnya; atau

(b)

jika tiada pemegang amanah telah dilantik dan tiada notis bertulis bagi pelantikan itu telah diberikan kepada pihak berkuasa tempatan, wakil diri yang sah di sisi undang-undang, bagi seseorang yang telah mati hendaklah menjadi suatu pelepasan kepada pihak berkuasa tempatan itu bagi apa-apa wang yang kena dibayar atas kematiannya daripada mana-mana kumpulan wang simpanan.

Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 9

Budi bicara pihak berkuasa tempatan untuk melucut hak caruman kepada kumpulan wang simpanan apabila dibuang kerja

Mana-mana pegawai atau pekhidmat pihak berkuasa tempatan yang menjadi pencarum kepada apa-apa kumpulan wang simpanan hendaklah melucuthakkan mengikut budi bicara pihak berkuasa tempatan itu, semua atau mana-mana bahagian daripada carumannya kepada kumpulan wang itu dan faedah yang terakru pada caruman itu dan pengumpulan caruman dan faedah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh pihak berkuasa tempatan itu jika—

(a)

dia dibuang kerja daripada perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu bagi fraud, kecurangan atau salah laku yang melibatkan kerugian wang kepada pihak berkuasa tempatan itu; atau

(b)

dia bersara daripada atau meletakkan jawatannya dengan niat untuk melepaskan diri daripada pembuangan kerja berbangkit daripada fraud, kecurangan atau salah laku itu.

Kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan di bawah

Akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa dan kewajipan di bawah undang-undang bertulis lain

Segala kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atas suatu pihak berkuasa tempatan oleh atau di bawah Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada dan tidak mengurangkan mana-mana kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan itu oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.

10

Akta 798

(Disemak—2017)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN-TIADA-SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

Undang-undang yang meminda Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

No.

Tajuk

Akta No. 9 tahun 1964

Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan), 1964

11

Akta 798

(Disemak—2017)

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari-TIADA-

12

Akta 798

(Disemak—2017)

SENARAI PINDAAN YANG DIBUAT OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK

UNDANG-UNDANG DI BAWAH SEKSYEN 6 AKTA PENYEMAKAN

UNDANG-UNDANG 1968 [AKTA 1]

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa untuk meminda

Susunan kandungan

Susunan kandungan di bawah tajuk

“ARRANGEMENT OF SECTIONS”

dimasukkan perenggan 6(1)(vii)

Keseluruhan Akta

Seksyen 1

Perkataan “subsection” menggantikan

“sub-section”

perenggan 6(1)(xvi)

Seksyen 2

Nota bahu menggantikan nota birai perenggan 6(1)(xxiv)

Seksyen 3

Noktah pada akhir nota bahu ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)

Tarikh kuat kuasa

Perkataan

“30

January 1964”

menggantikan “30th January, 1964.”

perenggan 6(1)(iii)

Ayat mengundang-undangkan

Ditinggalkan subperenggan 6(1)(i)(f)

subseksyen 1(1)

Koma sebelum perkataan

“1964”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xvi)

subseksyen 1(2)

Seksyen 1

Perkataan

“does not apply”

menggantikan “shall not apply”

perenggan 6(1)(iii)

Seksyen 2

Perkataan “the States of Singapore,”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xviii) dan (xvi)

seksyen 2

Seksyen 1

Perkataan

“, unless the context otherwise requires”

dimasukkan selepas perkataan “Act”

subperenggan 6(1)(iv)(a)

Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 13

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa untuk meminda

Seksyen 2

Dalam tafsiran “Minister”, perkataan

“the” dimasukkan sebelum perkataan

“responsibility”

perenggan 6(1)(xv)

Seksyen 3

Tafsiran “provident fund” dimasukkan selepas tafsiran “Minister”

perenggan 6(1)(xxiv)

Seksyen 4

Dalam tafsiran “the Treasury”—

a. perkataan “the” sebelum perkataan

“Treasury” ditinggalkan subperenggan 6(1)(iv)(a)

b. perkataan “Financial Procedure

Act 1957 [Act 61]” menggantikan

“Financial Procedure Ordinance,

1957 [62 of 1957]”

perenggan 6(1)(xix)

seksyen 3

Seksyen 1

Nota bahu “Local authority to be subject to this Act” dimasukkan perenggan 6(1)(xxiv)

Seksyen 2

Perkataan “Yang di-Pertua Negeri”

menggantikan “Governor of a State”

perenggan 6(1)(xvii)

Seksyen 3

Koma dimasukkan selepas perkataan

“may” dan “Gazette”

perenggan 6(1)(xvi)

Seksyen 4

Perkataan “published” menggantikan

“notified”

perenggan 6(1)(iii)

Seksyen 5

Perkataan

“the provisions of”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)

seksyen 4

Seksyen 1

Dalam nota bahu, perkataan

“conditions of service”

menggantikan

“Conditions of

Service”

perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 4(1)

Seksyen 2

Perkataan “with the approval of the

Treasury”

ditukar tempat dan diletakkan selepas perkataan “may”

dan koma dimasukkan sebelum perkataan “may” dan “Treasury”

perenggan 6(1)(xiii) dan (xvi)

subseksyen 4(2)

Seksyen 1

Perkataan

“the provisions of”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 798

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa untuk meminda

Seksyen 2

Perkataan “and” dimasukkan pada hujung perenggan (e)

perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 5(1)

Perkataan

“and”

dimasukkan pada hujung perenggan (a)

perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 5(2)

Seksyen 1

Dinomborkan semula sebagai seksyen 6

dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xxi) dan

Seksyen 2

Nota bahu “Provident fund not assignable or transferable, etc.”

dimasukkan sebelum seksyen 6 yang baharu perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 5(3)

Seksyen 1

Dibahagikan dan dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(1) dan (2)

dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan

Seksyen 2

Nota bahu “Payment of moneys out of provident fund to deceased persons”

dimasukkan sebelum seksyen 7 yang baharu perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 5(4)

Seksyen 1

Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(3) dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii), (xiii) dan

Seksyen 2

Perkataan “new trustee or trustees”

menggantikan “new trustee or new trustees”

perenggan 6(1)(xxi)

Seksyen 3

Perkataan “for the investment” ditukar tempat dan dimasukkan sebelum perkataan “of such money” dan koma dimasukkan sebelum perkataan

“trustees” dan “investment”

perenggan 6(1)(xiii) dan (xvi)

Seksyen 4

Perkataan

“thereof”

pada hujung subseksyen ini ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)

subseksyen 5(5)

Seksyen 1

Dinomborkan semula sebagai subseksyen 7(4)

perenggan 6(1)(xii)

(3)

”

menggantikan “sub-section (4)”

perenggan 6(1)(xvi) dan (xix)

Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 15

Peruntukan

Butir-butir pindaan

Kuasa untuk meminda

Seksyen 3

Perkataan

“of the

High

Court”

menggantikan “thereof”

perenggan 6(1)(xxi)

subseksyen 5(6)

Dibahagikan dan dinomborkan semula sebagai perenggan 7(5)(a) dan (b)

dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii),

Seksyen 1

Dibahagikan dan dinomborkan semula sebagai perenggan 8(a) dan (b)

dengan pengubahan berbangkit dibuat perenggan 6(1)(xii),

Seksyen 2

Nota bahu “Discretion of local authority to forfeit contribution to the provident fund upon dismissal”

dimasukkan sebelum seksyen 8 yang baharu perenggan 6(1)(xxiv)

subseksyen 5(8)

Seksyen 1

Dinomborkan semula sebagai subseksyen 5(2)

perenggan 6(1)(xii)

Seksyen 2

Perkataan

“the provisions of”

ditinggalkan perenggan 6(1)(xxi)

Seksyen 3

Perkataan

“section 20

of the

Interpretation

Acts 1948

and 1967

[Act 388]”

menggantikan

“sub-section (2) of section 22 of the

Interpretation and General Clauses

Ordinance, 1948 [M.U. 7 of 1948]”

perenggan 6(1)(xix)

seksyen 6

Seksyen 1

Dinomborkan semula sebagai seksyen 9

perenggan 6(1)(xii)

Seksyen 2

Dalam nota bahu, perkataan “Powers and duties conferred or imposed under this Act are in addition to powers and duties under other written law” menggantikan

“Saving.”

perenggan 6(1)(xxiv)

Common questions

What is Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964?
Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 is Malaysia Act, cited as Act 798 1964, currently marked in force and first recorded in 1964.
Is Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 still in force?
Yes — Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 is currently in force.
When did Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 take effect?
Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 was first recorded in 1964.
How many sections does Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 have?
Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 contains 45 sections.
Where can I read the official version of Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964?
The official text of Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.