Seksyen 6
of Akta Pihak Berkuasa Tempatan (Syarat Perkhidmatan) 1964
ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6
Tiada ganjaran, elaun atau bayaran lain kena dibayar daripada apa-apa kumpulan wang simpanan atau tiada apa-apa hak atau kepentingan yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah kumpulan wang itu boleh diserahhakkan atau dipindahkan atau bertanggungan untuk ditahan, diasingkan atau dilevikan ke atas atau berkenaan dengan apa-apa hutang atau tuntutan selain suatu hutang yang kena dibayar kepada suatu pihak berkuasa tempatan.