Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian)
/akn/my/act/act/1969/12
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1969 is Malaysia Act, cited as Act 12 1969, currently marked in force and first recorded in 1969.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian)
Tafsiran
Dalam Akta ini—
“Akaun Pengeluaran Khas” ertinya akaun yang melaluinya
Kumpulan Wang akan melakukan segala kegiatan dan urusan yang melibatkan Hak Pengeluaran Khas yang akan ditubuhkan di bawah Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda;
Akta 12.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 12
“Kumpulan Wang Antarabangsa” (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa yang Malaysia menjadi anggotanya menurut kuasa seksyen 3 Akta
Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472]*;
“Perkara-Perkara Perjanjian” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian
Kumpulan Wang tersebut.
Kebenaran bagi mengesahkan pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan menyertai Akaun
Pengeluaran Khas
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui surat cara yang ditandatangani olehnya memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakannya dalam surat cara itu—
bagi mempersetujui bagi pihak Malaysia pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang yang dilampirkan kepada Laporan April 1968 oleh
Pengarah Eksekutif Lembaga Pengelola Kumpulan
Wang itu, bagi maksud—
menubuhkan suatu kemudahan baru berdasarkan kepada Hak Pengeluaran Khas dalam
Kumpulan Wang itu; dan
menguatkuasakan perubahan tertentu dalam kaedah-kaedah dan amalan Kumpulan Wang itu; dan
bagi mendeposit bagi pihak Malaysia dengan Kumpulan
Wang suatu surat cara yang menyatakan bahawa
Kerajaan, mengikut undang-undang di Malaysia, menyanggupi segala kewajipan sesuatu peserta dalam
Akaun Pengeluaran Khas yang ditubuhkan oleh
Kumpulan Wang di bawah pindaan tersebut dan bahawa Kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala kewajipan ini.
*CATATAN — Akta 472 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Perjanjian Bretton
Woods 1957 [Ord. No. 75 tahun 1957] dan disemak sebagai Akta 472 m.b.p.
September 1991
Akta 12.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan
Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian) 7
Pembayaran dan penerimaan berhubung dengan Akaun
Pengeluaran Khas
Jika Malaysia menjadi peserta dalam Akaun Pengeluaran
Khas itu, semua subseksyen yang berikut hendaklah berkuat kuasa.
Hak Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada Malaysia di bawah Perkara XXIV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang diperoleh oleh Malaysia selainnya, hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
Segala hasil yang terbit daripada penggunaan Hak
Pengeluaran Khas oleh Malaysia, dan pembayaran bunga kepada
Malaysia di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
Pembayaran dengan mata wang oleh Malaysia sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas, dan pembayaran caj atau taksiran di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan.
Kuasa Kerajaan untuk memberikan hak dan kewajipan di bawah Akaun Pengeluaran Khas kepada Bank Negara
Malaysia
Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya suai manfaat, dengan perintah memberi Bank Negara Malaysia kuasa untuk menjalankan haknya dan menunaikan kewajipannya, iaitu hak dan kewajipan yang terbit daripada suatu surat cara yang didepositkan dengan Kumpulan Wang di bawah perenggan 3(b).
Apabila suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1)—
hak dan kewajipan yang tersebut itu hendaklah, walau apa pun peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958
[Akta 519]*, disifatkan sebagai hak dan kewajipan
Bank Negara Malaysia dan seksyen 4 hendaklah
*CATATAN — Akta 519 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Bank Pusat Malaysia 1958 [Ord. No. 61 tahun 1958] dan disemak sebagai Akta 519 m.b.p. 18 Mei 1994
Akta 12.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 12
terhenti terpakai bagi Kumpulan Wang Yang Disatukan
Persekutuan; dan
tanpa menjejaskan mana-mana kuasa lain Bank Negara
Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Akta Bank Negara Malaysia 1958, Bank Negara
Malaysia mempunyai kuasa yang berikut, iaitu:
menerima bagi akaunnya sendiri,
Hak
Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada
Malaysia di bawah Perkara XV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang diperoleh oleh Malaysia selainnya;
memasukkan Hak Pengeluaran Khas ke dalam rizab aset luar negaranya yang akan dipegang mengikut seksyen 28 Akta Bank Negara
Malaysia 1958;
menerima bagi akaunnya sendiri, segala hasil yang terbit daripada penggunaan Hak
Pengeluaran Khas oleh Malaysia dan pembayaran bunga kepada Malaysia di bawah
Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara
Perjanjian sebagaimana yang dipinda; dan
membuat pembayaran dengan mata wang sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas dan pembayaran caj-caj atau taksiran di bawah
Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara
Perjanjian sebagaimana yang dipinda.
Akta berhubung dengan Akta 472
Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 hendaklah dibaca tertakluk kepada Akta ini.
Akta 12.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
9
Akta 12
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 184
Akta Kumpulan Wang Antarabangsa
(Pengesahan
Pindaan
Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian)
1977 10-06-1977
Akta 12.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
10
Akta 12
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 5
Akta 184 10-06-1977
Akta 12.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 12:49 PM