PERMULAAN
Sekshen
/akn/my/act/act/1971/24
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA ZON PERDAGANGAN BEBAS 1971 is Malaysia Act, cited as Act 24 1971, currently marked in force and first recorded in 1971.
Bahagian I
Sekshen
Bahagian II
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Sekshen
Bahagian VI
Bahagian VII
JADUAL PERTAMA.
JADUAL KEDUA.
Please refer to Reprint 2006
Akta 24
Suatu Akta bagi membuat peruntokan $ ^{2} $ bagi menubohkan $ zon^{2} $ perdagangan bebas dalam Persekutuan bagi memajukan kehidupan ekonomi negara dan bagi maksud $ ^{2} $ yang bersangkutan.
[30hb April, 1971.]
MAKA INI-LAH DI-PERBUAT UNDANG $ ^{2} $ oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Ra'ayat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripada-nya, saperti berikut :
BAHAGIAN I
PERMULAAN
1. (1) Akta ini boleh-lah di-namakan Akta Zon Perdagangan Bebas, 1971.
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlain-lain bagi mula berkuatkuasa-nya peruntokan yang berlain-lain dalam Akta ini.
2. Dalam Akta ini, melainkan jika kandongan ayat-nya menghendaki makna yang lain—
"Pehak-berkuasa" erti-nya sa-suatu badan berkanun atau sharikat atau jabatan Kerajaan bagi Persekutuan atau bagi mana $ ^{2} $ Negeri dalam Persekutuan yang di-lantek di-bawah peruntokan sekshen-kechil (2) sekshen 3 bagi mentadbir, menyenggara dan mengendali mana $ ^{2} $ zon perdagangan bebas yang telah di-ishtiharkan sa-demikian di-bawah peruntokan sekshen-kechil (1) sekshen 3;
"Jawatan-kuasa" erti-nya Jawatan-kuasa Penasihat Zon Perdagangan Bebas yang di-lantek di-bawah peruntokan sekshen 4;
"wilayah kastam" erti-nya Persekutuan termasok Pulau Pinang dan Labuan dan perayeran wilayah-nya tetapi tidak termasok sa-suatu zon perdagangan bebas;
"duti eksais" erti-nya sa-suatu duti yang di-kenakan oleh atau di-bawah Akta Eksais, 1961 Negeri $ ^{2} $ Tanah Melayu dan Ordinan Eksais Sabah dan Ordinan Eksais Sarawak;
"zon perdagangan bebas" erti-nya sa-suatu kawasan yang di-ishtiharkan sa-bagai zon perdagangan bebas di-bawah peruntokan sekshen-kechil (1) sekshen 3;
"barang $ ^{2} $ " ada-lah termasok binatang, burong, ikan, pokok dan segala jenis harta aleh;
"Labuan" erti-nya Pulau Labuan dan pulau $ ^{2} $ taklok-nya ia-itu Rusukan Besar, Rusukan Kechil, Keraman, Burong, Papan dan Daat;
"pengilangan" dengan perubahan² tasrif dan perkataan² terbitan-nya, erti-nya proses mengubah bahan² hingga menjadi suatu keluaran atau barang yang baharu, sama ada dengan jentera kendalian kuasa letrik atau tidak dan dengan demikian, suatu perubahan tentang pengelasan tarif telah di-lakukan :
Dengan sharat bahawa Ketua Pengarah boleh, menurut budibichara mutlak-nya, memutuskan bahawa hasil dari sa-suatu pengilangan bukan-lah suatu keluaran atau barang yang baharu dan tiada perubahan tentang pengelasan tarif telah di-lakukan;
"Menteri" erti-nya Menteri Persekutuan yang bertanggongjawab atas kewangan;
"Pulau Pinang" erti-nya Pulau Pulau Pinang dan semua pulau yang bersampingan yang terletak lebeh dekat ka-Pulau Pulau Pinang daripada tanah-besar;
"nilai", berhubong dengan barang $ ^{2} $ yang di-impot, erti-nya harga yang akan di-beri oleh pengimpot bagi barang $ ^{2} $ itu apabila di-beli dalam pasaran terbuka jika barang $ ^{2} $ itu di-serahkan kapada-nya di-tempat bayaran duti kastam dan jika tambang-barang, insuran, kamsen dan segala kos, chaj dan belanja lain (kechuali apa $ ^{2} $ duti kastam dan chaj bagi mengendali, menyimpan, memindah barang $ ^{2} $ itu, chaj bagi kelengkapan pesawatan dan lain $ ^{2} $ chaj sa-umpama-nya yang di-lakukan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas) yang bersampingan dengan pembelian dan penyerahan barang $ ^{2} $ di-tempat itu telah di-bayar.
Perbahasaan "Ketua Pengarah", "duti kastam", barang $ ^{2} $ kena-duti", "pegawai kastam", "pegawai kastam yang hak", "Pengarah Wilayah" dan "pegawai kanan kastam" ada-lah
ZON PERDAGANGAN BEBAS mempunyai erti yang di-beri kapada-nya masing $ ^{2} $ dalam Akta Kastam, 1967.
3. (1) Menteri boleh, sa-lepas berunding dengan Kerajaan Negeri yang berkenaan, melalui pemberitahu dalam Warta, mengishtiharkan mana $ ^{2} $ kawasan sa-bagai suatu zon perdagangan bebas dan tiap $ ^{2} $ pemberitahu itu hendak-lah menentukan kawasan zon perdagangan bebas itu.
Menteri boleh melantek mana $ ^{2} $ badan berkanun yang di-tubohkan atau di-bentok oleh atau di-bawah sa-suatu undang $ ^{2} $ persekutuan atau mana $ ^{2} $ sharikat atau mana $ ^{2} $ jabatan Kerajaan Persekutuan atau, dengan persetujuan Negeri yang berkenaan, mana $ ^{2} $ badan berkanun yang di-tubohkan atau di-bentok oleh atau di-bawah suatu undang $ ^{2} $ Negeri atau mana $ ^{2} $ jabatan Kerajaan sa-suatu Negeri, sa-bagai Pehak-berkuasa bagi mentadbir, menyenggara dan mengendalikan mana $ ^{2} $ zon perdagangan bebas yang telah di-ishtiharkan sa-demikian di-bawah peruntokan sekshenkechil (1).
4. (1) Maka hendak-lah ada suatu Jawatan-kuasa Penasihat Zon Perdagangan Bebas yang terdiri daripada tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebeh daripada tujoh orang yang akan di-lantek oleh Menteri bagi menasihatkannya atas segala perkara berhubong dengan zon $ ^{2} $ perdagangan bebas.
Sa-kurang $ ^{2} $ -nya tiga daripada orang $ ^{2} $ yang di-lantek di-bawah sekshen-kechil (1) hendak-lah orang $ ^{2} $ yang berpengalaman luas dalam perniagaan dan perdagangan.
$ \mathrm{Ti a p}^{2} $ perlantekan yang di-buat di-bawah sekshen ini hendak-lah di-siarkan dalam Warta.
BAHAGIAN II
KENDALIAN $ ^{2} $ YANG DI-BENARKAN DALAM ZON PERDAGANGAN BEBAS
5. Barang $ ^{2} $ dari apa $ ^{2} $ jenis, kechuali barang $ ^{2} $ yang di-larang dengan tertentu dan mutlak oleh mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis, boleh di-bawa masok ka-dalam sa-suatu zon perdagangan bebas dengan tiada bayaran apa $ ^{2} $ duti kastam, atau duti eksais.
h dutti eksais atau chukai jualan
( ACDA.146 )
6. (1) Tiada sa-saorang pun boleh membuat apa $ ^{2} $ urusan atau sa-bagai-nya mengenai apa $ ^{2} $ barang yang di-bawa masok ka-dalam sa-suatu zon perdagangan bebas kechuali mengikut chara yang di-peruntokkan kemudian daripada ini.
Barang $ ^{2} $ dalam sa-suatu zon perdagangan bebas boleh—
di-pindahkan dari zon perdagangan bebas itu untok eksepot atau di-hantar ka-dalam suatu zon perdagangan bebas lain sama ada dalam bungkusan asalnya atau sa-lain-nya;
melainkan jika sa-lain-nya di-arah oleh Pehakberkuasa—
di-simpan, di-jual, di-pamerkan, di-pechah $ ^{2} $ kan, di-bungkus sa-mula, di-pasang, di-edarkan, di-iseh, di-peringkat, di-bersehkan, di-champor, atau sa-lain-nya di-kendelat atau di-kilang mengikut peruntokan $ ^{2} $ Akta ini, atau
di-binasakan;
dengan persetujuan Pehak-berkuasa, dan tertaklok kapada apa $ ^{2} $ sharat yang di-kenakan oleh-nya, dihantar ka-dalam mana $ ^{2} $ bahagian wilayah kastam dalam bungkusan asal-nya dengan sharat bahawa Pehak-berkuasa itu hendak-lah berunding dengan Pengarah Wilayah sa-belum barang $ ^{2} $ itu di-benar di-pindahkan.
Barang $ ^{2} $ , kechuali sa-bagaimana yang di-tetapkan dibawah peruntokan sekshen-kechil (4) sekshen ini, yang telah di-bawa masok ka-dalam sa-suatu zon perdagangan bebas dari mana $ ^{2} $ bahagian wilayah kastam hendak-lah di-sifatkan sa-bagai di-eksepot bagi maksud drawback di-bawah peruntokan Akta Kastam, 1967.
Peruntokan sekshen ini tidak-lah di-pakai bagi apa $ ^{2} $ barang yang di-ishtiharkan dari sa-masa ka-samasa oleh Menteri melalui pemberitahu dalam Warta.
7. (1) Tiada apa $ ^{2} $ perdagangan jual-runchit boleh di-jalankan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas melainkan jika di-benarkan oleh Pehak-berkuasa; dan berhubong dengan kebenaran itu, Pehak-berkuasa boleh mengenakan apa $ ^{2} $ sharat yang di-fikirkan-nya patut.
Pehak-berkuasa hendak-lah berunding dengan Pengarah Wilayah sa-belum membenarkan apa $ ^{2} $ perdagangan jual-runchit di-jalankan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas.
8. Tertaklok kapada peruntokan sekshen 6 dan 7 tiada apa $ ^{2} $ barang kena-duti boleh, dengan tiada kebenaran bertulis sa-saorang pegawai kastam yang hak yang berpangkat tidak rendah daripada Penguasa Kanan Kastam dan Eksais, di-pakai atau di-gunakan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas.
9. Sa-saorang yang melanggar peruntokan sekshen 6, 7 dan 8 ada-lah melakukan suatu kesalahan dan, apabila di-thabitkan, boleh, bagi kesalahan kali pertama, di-kenakan denda sa-banyak tidak kurang daripada sa-puloh kali ganda jumlah duti atau chukai kastam atau eksais atau lima ribu ringgit, mengikut mana jumlah yang lebeh kurang, dan sa-banyak tidak lebeh daripada dua puloh kali ganda jumlah duti atau chukai kastam atau eksais atau lima ribu ringgit mengikut mana jumlah yang lebeh besar, dan bagi kesalahan kali kedua atau kesalahan kali kemudian denda sa-banyak tidak kurang daripada sa-puloh kali ganda duti kastam atau eksais atau lima ribu ringgit, mengikut mana jumlah yang lebeh kurang, dan sa-banyak tidak lebeh daripada empat puloh kali ganda duti kastam atau eksais atau sa-puloh ribu ringgit mengikut mana jumlah yang lebeh besar, atau penjara sa-lama tempoh tidak lebeh daripada dua tahun atau denda dan penjara itu kedua²-nya:
Dengan sharat bahawa apabila jumlah duti kastam atau eksais tidak dapat di-tentukan penalti itu boleh terjumlah kapada suatu denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit.
10. (1) Dengan persetujuan Menteri maka boleh-lah dijalankan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas pengilangan $ ^{2} $ yang di-nyatakan dalam Jadual Pertama.
Menteri boleh dari sa-masa ka-samasa, melaluii pemberitahu dalam Warta, membuat apa $ ^{2} $ tambahan kapada Jadual Pertama, mengubah atau meminda-nya.
Menteri boleh membuat peratoran $ ^{2} $ berkenaan dengan pengilangan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas.
BAHAGIAN III
TUGAS $ ^{2} $ TERTENTU PEHAK-BERKUASA
11. (1) Menteri boleh menghendaki Pehak-berkuasa mengadakan dan menyenggara dalam zon perdagangan bebas apa $ ^{2} $ kemudahan yang di-fikirkan-nya perlu bagi membolehkan zon perdagangan bebas berjalan dengan sa-patut-nya dan dengan chekap.
Menteri boleh memberi kapada Pehak-berkuasa apa $ ^{2} $ arahan yang di-fikirkan-nya perlu bagi membolehkan sa-suatu zon perdagangan bebas berjalan dengan sa-patutnya atau bagi maksud memperlindongi hasil; dan Pehakberkuasa hendak-lah mematohi mana $ ^{2} $ arahan itu.
Pehak-berkuasa hendak-lah mengadakan kemudahan $ ^{2} $ yang chukup bagi pegawai $ ^{2} $ kastam yang, mengikut kewajipan $ ^{2} $ mereka di-kehendaki hadhir dalam atau di-perimeter zon perdagangan bebas; dan Pehak-berkuasa hendak-lah membenarkan pejabat $ ^{2} $ kastam di-tubohkan dalam sa-suatu zon perdagangan bebas—
untok membolehkan Pengarah Wilayah membuat apa $ ^{2} $ perkiraan yang di-fikirkan-nya perlu bagi menentukan supaya barang $ ^{2} $ yang di-bawa keluar dari zon perdagangan bebas dapat di-awasi dengan sa-patut-nya; dan
bagi apa² maksud yang di-fikirkan perlu oleh Menteri bagi mentadbirkan peruntokan Akta ini dengan chara yang lebeh baik.
Pehak-berkuasa hendak-lah mengadakan litupan $ ^{2} $ yang memadai bagi mengasingkan zon perdagangan bebas dari wilayah kastam untok memperlindongi hasil serta kemudahan $ ^{2} $ yang sesuai untok orang, kenderaan, perahuan dan barang $ ^{2} $ masok dan keluar dari zon perdagangan bebas itu.
12. (1) Pehak-berkuasa boleh membenarkan sa-siapa mendirikan apa $ ^{2} $ bangunan dan lain $ ^{2} $ binaan dalam zon perdagangan bebas mengikut sa-bagaimana yang dikehendaki.
Pehak-berkuasa boleh, sa-lepas berunding dengan Pengarah Wilayah, memajakkan kapada atau membenarkan sa-siapa mengambil, memegang atau menikmati apa $ ^{2} $ jenis harta aleh dan harta tak aleh dalam sa-suatu zon perdagangan bebas atas apa $ ^{2} $ sharat dan sa-lama apa $ ^{2} $ tempoh yang di-tentukan oleh Pehak-berkuasa.
13. (1) Pehak-berkuasa boleh, menurut budibichara-nya, memerentahkan di-tahan masok atau di-pindahkan dari zon perdagangan bebas apa $ ^{2} $ barang, atau di-berhentikan apa $ ^{2} $ kendalian, yang pada pendapat-nya merbahaya atau mudharat kapada kepentingan, kesihatan atau keselamatan awam.
Sa-siapa yang tidak berpuashati dengan sa-suatu perentah itu boleh merayu kapada Menteri dalam tempoh empat belas hari sa-lepas perentah itu di-sampaikan; dan keputusan Menteri itu ada-lah muktamad dan tidak boleh di-soal dalam mana $ ^{2} $ Mahkamah.
Sa-suatu perentah oleh Pehak-berkuasa mengenai perpindahan apa $ ^{2} $ barang yang, pada pendapat Pehak-berkuasa merbahaya atau mudharat kapada keselamatan awam, hendak-lah, walau pun rayuan boleh di-buat kapada Menteri, di-patohi dengan segera; dan sa-suatu perentah mengenai pemberhentian kendalian, jika sa-suatu rayuan telah di-buat kapada Menteri, tidak boleh berkuatkuasa sa-hingga rayuan itu di-putuskan dengan menyebelahi Pehak-berkuasa.
14. (1) Pehak-berkuasa hendak-lah menetapkan bentok dan chara menyimpan akaun $ ^{2} $ zon perdagangan bebas.
Pehak-berkuasa hendak-lah mengemukakan kapada Menteri tiap $ ^{2} $ tahun dan pada bila $ ^{2} $ masa lain sa-bagaimana di-tetapkan oleh Menteri laporan $ ^{2} $ mengandongi pernyataan penoh mengenai segala kendalian, pendapatan dan perbelanjaan dan apa $ ^{2} $ maklumat lain sa-bagaimana di-kehendaki oleh Menteri.
Akaun $ ^{2} $ Pehak-berkuasa, bersama dengan Laporan Tahunan-nya, hendak-lah di-bentangkan dalam tiap $ ^{2} $ satu Majlis Parlimen.
BAHAGIAN IV
KESALAHAN $ ^{2} $ , PENALTI $ ^{2} $ , GELEDAH, AMBILAN, TANGKAPAN DAN PERUNTOKAN $ ^{2} $ MENGENAI PEMBICHARAAN $ ^{2} $
15. Tertaklok kapada peruntokan Akta ini, tiada sa-siapa boleh memasoki atau tinggal dalam sa-suatu zon perdagangan bebas dengan tiada kebenaran Pehak-berkuasa.
16. Tiap $ ^{2} $ orang yang di-kehendaki oleh pegawai kastam yang hak memberi maklumat atau mengemukakan suratan $ ^{2} $ mengenai apa $ ^{2} $ perkara yang pegawai itu berkewajipan menyiasat dan yang orang itu berkuasa memberi atau mengemukakan ada-lah terikat memberi maklumat itu atau mengemukakan suratan² itu.
17. Tiap $ ^{2} $ ketinggalan atau kechuaian mematohi, dan tiap $ ^{2} $ perbuatan yang di-lakukan atau di-chuba hendak di-lakukan berlawanan dengan peruntokan Akta ini atau dengan mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya ada-lah menjadi suatu kesalahan dan mengenai sa-suatu kesalahan yang tidak ada apa $ ^{2} $ penalti di-peruntokkan dengan nyata bagi-nya, pesalah itu, apabila di-thabitkan, boleh di-kenakan denda tidak lebeh daripada lima ribu ringgit.
18. Barang siapa chuba melakukan sa-suatu kesalahan yang boleh di-hukum di-bawah Akta ini atau di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya atau barang siapa bersubahat melakukan kesalahan itu hendak-lah di-hukum dengan hukuman yang di-peruntokkan bagi kesalahan itu.
19. Apabila di-dapati oleh mana $ ^{2} $ Mejisteret dari maklumat dan sa-lepas apa $ ^{2} $ siasatan yang di-fikirkan-nya perlu bahawa ada sebab yang berpatutan bagi memperchayai bahawa dalam sa-suatu kedai, gudang atau lain $ ^{2} $ bangunan atau tempat dalam sa-suatu zon perdagangan bebas ada di-sembunyikan atau di-letakkan apa $ ^{2} $ barang yang mengenai-nya suatu kesalahan telah di-lakukan di-bawah Akta Kastam, 1967, atau di-bawah Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya, Mejisteret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberikuasa kapada mana $ ^{2} $ pegawai kastam yang di-namakan dalam waran itu, sama ada pada waktu malam atau waktu siang dan sama ada dengan bantuan atau tidak:
memasoki kedai, gudang atau lain $ ^{2} $ bangunan atau tempat itu dan di-situ menchari dan mengambil apa $ ^{2} $ barang yang mengenai-nya ada sebab bagi memperchayai bahawa kesalahan yang tersebut di-atas itu telah di-lakukan, dan juga apa $ ^{2} $ buku atau suratan yang menasabah di-perchayai ada kena mengena dengan kes itu;
menangkap sa-siapa yang ada dalam kedai, gudang, bangunan atau tempat itu yang di-dapati ada memileki mana $ ^{2} $ barang yang tersebut, atau yang menasabah di-shaki sa-bagai orang yang telah menyembunyikan atau meletakkan barang $ ^{2} $ itu;
memechahkan, jika perlu, mana $ ^{2} $ pintu kedai, gudang, bangunan atau tempat itu dan masok ka-dalam-nya;
memasoki dengan kekerasan, jika perlu, tempat itu dan tiap $ ^{2} $ bahagian-nya;
membuang dengan kekerasan apa $ ^{2} $ halangan masok ka-mana $ ^{2} $ tempat itu atau mana $ ^{2} $ bahagian-nya apa $ ^{2} $ halangan menggeledah, mengambil dan memindah yang mana ia berkuasa melakukan; dan
menahan sa-siapa yang di-jumpai di-tempat itu sahingga tempat itu telah selesai di-geledah.
20. Apabila di-dapati oleh mana $ ^{2} $ pegawai kanan kastam bahawa ada sebab yang berpatutan bagi memperchayai bahawa dalam mana $ ^{2} $ kedai, gudang atau mana $ ^{2} $ bangunan atau tempat lain dalam sa-suatu zon perdagangan bebas ada di-sembunyikan atau di-letakkan apa $ ^{2} $ barang yang mengenai-nya suatu kesalahan telah di-lakukan di-bawah Akta Kastam, 1967 atau di-bawah Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya dan jika ia ada alasan $ ^{2} $ yang berpatutan bagi memperchayai bahawa kelewatan mendapatkan suatu waran geledah di-bawah sekshen 19 mungkin menyebabkan barang $ ^{2} $ itu di-pindah, pegawai itu boleh menjalankan dalam, atas dan mengenai kedai, gudang atau lain $ ^{2} $ bangunan atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam sekshen 19 itu dengan chara sa-penoh dan sa-chukup-nya sa-olah $ ^{2} $ ia telah di-berikuasa berbuat demikian oleh waran yang di-keluarkan di-bawah sekshen itu.
21. (1) Mana $ ^{2} $ pegawai kastam boleh menahan dan memereksa mana $ ^{2} $ kereta dalam sa-suatu zon perdagangan bebas bagi maksud menentukan sama ada apa $ ^{2} $ barang yang menjadi hal perkara sa-suatu kesalahan di-bawah Akta Kastam, 1967 atau Akta ini atau di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya ada terkandong di-dalam-nya, dan orang yang mengawal atau menjaga kereta itu hendak-lah, jika di-kehendaki oleh pegawai itu, memberhentikan kereta itu dan membenarkan pegawai itu memereksa-nya atau membawa-nya ka-suatu tempat lain untok di-pereksa, dan tidak boleh meneruskan perjalanan-nya sa-hingga kebenaran bagi berbuat demikian itu telah di-beri oleh pegawai itu.
Orang yang mengawal atau menjaga mana $ ^{2} $ kereta yang di-tahan untok di-pereksa di-bawah peruntokan sekshen-kechil (1) hendak-lah jika di-minta oleh pegawai kastam, membuka semua bahagian kereta itu untok dipereksa oleh pegawai itu dan hendak-lah mengambil segala langkah yang perlu untok membolehkan pegawai itu menjalankan apa $ ^{2} $ pemereksaan yang di-fikirkan-nya perlu.
22. Mana $ ^{2} $ pegawai kastam yang hak boleh dalam sa-suatu zon perdagangan bebas memereksa apa $ ^{2} $ barang yang dibawa masok ka-dalam atau di-pindahkan dari sa-suatu zon perdagangan bebas atau yang di-chadang hendak di-bawa masok atau keluar dari sa-suatu zon perdagangan bebas dan bagi maksud pemereksaan itu ia boleh mengarahkan barang $ ^{2} $ itu di-bawa ka-suatu pejabat kastam atau balai kastam dan ia boleh membuka mana $ ^{2} $ bungkusan atau bekas.
23. Mana $ ^{2} $ orang yang mendarat atau yang hampir hendak mendarat atau yang baharu sahaja mendarat dari sa-suatu perahuan atau kapaludara atau berlepas dalam sa-suatu perahuan atau kapaludara dalam sa-suatu zon perdagangan bebas sama ada bagi maksud mendarat atau sa-lain-nya atau yang memasoki atau yang baharu sahaja memasoki sa-suatu zon perdagangan bebas dengan kereta atau keretapi hendak-lah, jika di-minta oleh mana $ ^{2} $ pegawai kastam yang hak sama ada membenarkan diri-nya, barang $ ^{2} $ dan begasi-nya di-pereksa oleh pegawai itu atau hendak-lah bersama $ ^{2} $ dengan barang $ ^{2} $ dan begasi itu pergi bersama pegawai itu ka-suatu pejabat kastam atau balai kastam atau balai polis dan di-situ membenarkan diri-nya, barang $ ^{2} $ dan begasi-nya di-pereksa oleh sa-saorang pegawai kastam:
Dengan sharat bahawa—
sa-saorang yang meminta diri-nya di-pereksa dihadapan sa-orang pegawai kanan kastam tidak boleh di-pereksa kechuali di-hadapan dan di-bawah penyeliaan pegawai itu, tetapi orang itu boleh ditahan sa-hingga pegawai itu tiba atau di-bawa masok ka-mana $ ^{2} $ pejabat kastam atau balai kastam atau balai polis di-mana pegawai itu boleh di-dapati;
barang $ ^{2} $ dan begasi sa-saorang yang meminta hendak hadhir apabila barang $ ^{2} $ dan begasi itu dipereksa dan ia-nya hadhir sa-demikian dalam tempoh yang berpatutan tidak boleh di-pereksa kechuali di-hadapan-nya; dan
tiada sa-saorang perempuan boleh di-pereksa me-lainkan oleh sa-orang perempuan.
24. (1) Semua barang yang mengenai-nya telah di-lakukan, atau yang mengenai-nya ada sebab yang berpatutan bagi memperchayai telah di-lakukan apa² kesalahan, atau perlanggaran terhadap Akta Kastam, 1967 atau Akta ini atau mana² peratoran yang di-buat di-bawah-nya atau apa² perlanggaran terhadap apa² sekatan atau sharat yang tertaklok kapada-nya apa² lesen, permit atau kebenaran telah di-beri di-bawah mana² undang² itu, bersama dengan apa² bekas, begasi, kereta, perahuan (tidak lebeh daripada tujoh puloh lima tan berdaftar berseh), atau kapaludara dalam mana barang² itu di-jumpai atau yang di-gunakan berhubong dengan kesalahan atau perlanggaran itu, dan mana² buku atau suratan yang menasabah diperchayai ada kena mengena dengan kes itu, boleh di-ambil oleh mana² pegawai kastam dalam sa-suatu zon perdagangan bebas.
Semua barang itu dan semua bekas, begasi, kereta, perahuan atau kapaludara itu hendak-lah dengan sa-berapa segera yang praktik di-serahkan ka-dalam jagaan sa-saorang pegawai kastam yang hak dan yang berkewajipan menerimanya.
Apabila mana $ ^{2} $ barang, bekas, begasi, kereta, perahuan atau kapaludara di-ambil di-bawah Akta ini, pegawai yang mengambil-nya itu hendak-lah segera memberi kapada pemunya-nya, jika di-ketahui, suatu pemberitahu dengan bertulis mengenai pengambilan itu dan sebab-nya, sama ada dengan menyerahkan pemberitahu itu kapada pemunya itu sendiri atau dengan pos di-tempat tinggal-nya, jika diketahui:
Dengan sharat bahawa pemberitahu itu tidak-lah dikehendaki di-beri jika pengambilan itu di-lakukan pada tuboh badan, atau di-hadapan, pesalah atau pemunya itu atau ejen²-nya, dan mengenai sa-suatu perahuan atau kapaludara jika pengambilan itu di-lakukan di-hadapan nakhoda atau jurulayar-nya, mengikut mana yang berkenaan.
Peruntokan sekshen ini berhubong dengan pengambilan barang $ ^{2} $ hendak-lah di-pakai terhadap segala kandongan sa-suatu bungkusan atau bekas dalam mana barang $ ^{2} $ itu di-dapati dan juga terhadap apa $ ^{2} $ benda yang di-gunakan bagi menyembunyikan kandongan itu.
Peruntokan sekshen ini berhubong dengan pengambilan sa-suatu perahuan atau kapaludara hendak-lah dipakai juga terhadap takal, kelengkapan dan perabot perahuan atau kapaludara itu.
Peruntokan sekshen ini berhubong dengan pengambilan kenderaan hendak-lah di-pakai terhadap segala kelengkapan-nya dan terhadap apa $ ^{2} $ binatang yang menarek kenderaan itu.
Apa $ ^{2} $ barang dari jenis mudah binasa yang di-ambil di-bawah peruntokan sekshen ini boleh di-jual dengan segera dan hasil jualan itu di-simpan sementara menanti keputusan apa $ ^{2} $ pendakwaan atau tuntutan.
Apa $ ^{2} $ barang dari jenis berbahaya yang tidak boleh di-pindahkan dengan tidak melakukan belanja yang berlebehan boleh di-binasakan mengikut arahan sa-saorang pegawai kanan kastam.
25. Apabila sa-suatu kereta, perahuan atau kapaludara telah di-ambil di-bawah Akta ini sa-saorang pegawai kanan kastam boleh, menurut budibichara-nya, memulangkan bagi sementara kereta, perahuan atau kapaludara itu kapada pemunya-nya apabila jaminan di-beri dengan memuaskan hati pegawai itu bahawa kereta, perahuan atau kapaludara itu akan di-serahkan balek kapada pegawai itu apabila di-minta.
26. Mana $ ^{2} $ pegawai kastam boleh menangkap tanpa waran dalam sa-suatu zon perdagangan bebas—
sa-saorang yang di-dapati melakukan atau chuba hendak melakukan atau menggunakan atau membantu mana $ ^{2} $ orang bagi melakukan atau bersubahat melakukan sa-suatu kesalahan di-bawah Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat dibawah-nya;
sa-saorang yang menasabah di-shaki-nya memileki apa $ ^{2} $ barang yang boleh kena di-ambil di-bawah Akta Kastam, 1967, Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya; atau
sa-saorang yang di-shaki dengan menasabah telah melakukan sa-suatu kesalahan terhadap Akta Kastam, 1967, Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya, dan boleh memereksa atau mengarahkan di-pereksa mana $ ^{2} $ orang yang di-tangkap sa-demikian:
Dengan sharat bahawa tiada sa-saorang perempuan boleh di-pereksa melainkan oleh sa-orang perempuan.
27. (1) Sa-saorang pegawai kastam yang menangkap tanpa waran hendak-lah, dengan tidak lengah dan tertaklok kapada peruntokan Akta ini, tentang jaminan atau pelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantar orang yang di-tangkap itu ka-hadapan Mahkamah Mejisteret.
Tiada sa-saorang pegawai kastam boleh menahan dalam jagaan sa-saorang yang di-tangkap tanpa waran bagi sa-suatu tempoh yang lebeh lama daripada yang berpatutan memandang kapada hal keadaan kes itu; dan tempoh itu tidak boleh lebeh daripada dua puloh empat jam tidak termasok masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat tangkapan itu ka-Mahkamah Mejisteret.
Tiada sa-saorang yang telah di-tangkap oleh sa-saorang pegawai kastam boleh di-lepaskan kechuali atas bon-nya sendiri atau atas jaminan atau di-bawah suatu perentah khas bertulis oleh sa-orang Mejisteret atau pegawai kanan kastam.
28. Pendakwaan berkenaan dengan kesalahan $ ^{2} $ yang dilakukan di-bawah—
sekshen 6 boleh di-jalankan oleh sa-saorang pegawai kanan kastam atau mana $ ^{2} $ pegawai kastam yang di-berikuasa dengan bertulis sa-chara khas bagi maksud itu oleh Pengarah Wilayah; dan
$ mana^{2} $ peruntokan Akta ini yang lain atau $ mana^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya boleh dijalankan oleh sa-saorang pegawai Pehak-berkuasa, yang di-berikuasa dengan bertulis sa-chara khas atau am bagi maksud itu oleh Menteri.
29. (1) Jika sa-suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya telah dilakukan oleh sa-suatu sharikat, firma, pertubohan atau lain $ ^{2} $ kumpulan orang, mana $ ^{2} $ orang yang pada masa kesalahan itu di-lakukan ada-lah sa-orang pengarah, pengurus, setiausaha atau lain $ ^{2} $ pegawai sa-umpama-nya atau sa-orang kongsi sharikat, firma, pertubohan atau lain $ ^{2} $ kumpulan orang itu atau yang berupa sa-bagai bertindak atas jawatan itu hendak-lah di-sifatkan sa-bagai telah melakukan kesalahan itu, melainkan jika ia membuktikan bahawa kesalahan itu telah di-lakukan dengan tiada persetujuan-nya atau dengan tiada di-biarkan oleh-nya dan bahawa ia telah menjalankan segala usaha yang patut dilakukan oleh-nya bagi mengelakkan berlaku-nya kesalahan itu memandang kapada jenis tugas $ ^{2} $ jawatan-nya itu dan kapada segala hal keadaan.
Jika sa-saorang boleh di-kenakan sa-suatu hukuman, penalti atau rampasan di-bawah Akta ini kerana sa-suatu perbuatan, ketinggalan, kechuaian atau keingkaran maka boleh-lah ia-nya di-kenakan hukuman, penalti atau rampasan itu juga kerana tiap $ ^{2} $ perbuatan, ketinggalan, kechuaian atau keingkaran itu oleh sa-saorang kerani, penjawat atau ejen, atau oleh kerani atau penjawat ejen itu dengan sharat bahawa perbuatan, ketinggalan, kechuaian atau keingkaran itu telah di-lakukan oleh kerani atau penjawat itu dalam masa ia bekerja atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pehak orang itu atau oleh kerani atau penjawat ejen itu apabila bertindak dalam masa ia bekerja dalam sa-suatu hal keadaan bahawa jika sa-kira-nya perbuatan, ketinggalan, kechuaian atau keingkaran itu telah di-lakukan oleh ejen itu maka prinsipal-nya tetap boleh kena di-dakwa di-bawah sekshen ini.
30. (1) Mana $ ^{2} $ pegawai kanan kastam boleh mengkompaun apa $ ^{2} $ kesalahan di-bawah Akta ini yang di-tetapkan sa-bagai suatu kesalahan boleh di-kompaun dengan menerima dari orang yang menasabah di-shaki telah melakukan sa-suatu kesalahan itu sa-jumlah wang tidak lebeh daripada enam ratus ringgit.
Apabila wang itu di-bayar, orang yang menasabah di-shaki melakukan kesalahan itu, jika dalam jagaan, hendak-lah di-lepaskan, dan apa $ ^{2} $ harta yang telah di-ambil hendak-lah di-lepaskan dan tiada apa $ ^{2} $ tindakan sa-lanjutnya boleh di-ambil terhadap orang atau harta itu, melainkan harta itu terdiri daripada barang $ ^{2} $ yang pengimpotan-nya ka-dalam Persekutuan di-larang dengan mutlak atau dengan bersharat di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis dan jika demikian hal-nya barang $ ^{2} $ itu hendak-lah di-rampas.
31. Tiada apa $ ^{2} $ jua yang di-lakukan dengan suchi hati oleh sa-saorang pegawai kastam atau sa-saorang anggota atau pekerja Pehak-berkuasa dalam masa menjalankan kewajipan $ ^{2} $ -nya boleh di-sifatkan sa-bagai suatu kesalahan di-bawah Akta ini.
32. Tiada apa $ ^{2} $ jua dalam Akta ini boleh menghalang sasaorang daripada di-dakwa di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis kerana apa $ ^{2} $ perbuatan, ketinggalan, kechuaian atau keingkaran yang menjadi suatu kesalahan di-bawah Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya, atau daripada boleh di-kenakan di-bawah undang $ ^{2} $ bertulis yang lain itu apa $ ^{2} $ hukuman atau penalti yang lebeh berat, daripada atau lain daripada yang di-peruntokkan oleh Akta ini atau mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya.
33. Semua barang yang boleh kena di-ambil di-bawah peruntokan Akta ini, lain daripada kapaludara yang mengambil bahagian dalam pengangkutan antarabangsa, boleh kena di-rampas.
34. (1) Sa-suatu perentah untok merampas atau untok melepaskan apa $ ^{2} $ benda yang boleh kena di-rampas di-bawah peruntokan $ ^{2} $ Akta ini hendak-lah di-buat oleh Mahkamah di-mana pendakwaan mengenai benda itu telah di-adakan, dan suatu perentah untok merampas barang $ ^{2} $ hendak-lah di-buat jika di-buktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan telah di-lakukan di-bawah Akta ini atau di-bawah mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya dan bahawa barang $ ^{2} $ itu telah menjadi hal perkara kesalahan itu atau telah di-gunakan dalam melakukan kesalahan itu walau pun tiada sa-saorang telah di-thabitkan atas kesalahan itu.
Segala benda yang di-rampas hendak-lah di-serahkan kapada sa-orang pegawai kastam yang hak dan hendak-lah di-lepaskan mengikut arahan $ ^{2} $ Pengarah Wilayah.
35. (1) Jika sa-kira-nya tiada apa $ ^{2} $ pendakwaan di-jalankan berkenaan dengan apa $ ^{2} $ barang yang di-ambil di-bawah Akta ini, barang $ ^{2} $ itu hendak-lah di-ambil dan di-sifatkan sa-bagai di-rampas sa-lepas habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh barang $ ^{2} $ itu di-rampas melainkan sa-suatu tuntutan di-buat terhadap-nya sa-belum tarikh itu mengikut chara yang di-peruntokkan kemudian daripada ini.
Sa-saorang yang menyatakan bahawa ia ada-lah pemunya barang² itu dan bahawa barang² itu tidak boleh kena di-rampas boleh dengan sendiri-nya atau melaluü ejennya yang di-berikuasa oleh-nya dengan bertulis memberi notis dengan bertulis kapada sa-orang pegawai kanan kastam menyatakan bahawa ia ada-lah menuntut barang² itu.
Apabila di-terima notis itu pegawai kanan kastam itu hendak-lah merujokkan tuntutan itu kapada Pengarah Wilayah dan Pengarah Wilayah boleh mengarahkan barang $ ^{2} $ itu di-lepaskan atau boleh mengarahkan pegawai kanan kastam itu, melalui maklumat dalam borang yang ditetapkan, merujokkan perkara itu kapada Yang di-Pertua Mahkamah Seshen untok keputusan-nya.
Yang di-Pertua Mahkamah itu hendak-lah mengeluarkan suatu saman menghendaki orang yang menyatakan bahawa ia ada-lah pemunya barang $ ^{2} $ itu dan juga orang yang daripada-nya barang $ ^{2} $ itu telah di-ambil supaya hadhir di-hadapan-nya, dan apabila mereka itu hadhir atau ingkar hadhir, manakala penyampaian yang sempurna mengenai saman itu di-buktikan, Yang di-Pertua itu hendak-lah menjalankan pemereksaan perkara itu dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini telah di-lakukan dan bahawa barang $ ^{2} $ itu telah menjadi hal perkara kesalahan itu, atau telah di-gunakan dalam melakukan kesalahan itu, Yang di-Pertua itu hendak-lah memerentahkan barang $ ^{2} $ itu di-rampas, atau jika sa-kira-nya tiada apa $ ^{2} $ bukti yang tersebut, Yang di-Pertua itu boleh memerentahkan barang $ ^{2} $ itu di-lepaskan.
36. Menteri boleh, atas permohonan yang di-buat kapada-nya dengan bertulis melalui Ketua Pengarah, memerentahkan mana $ ^{2} $ barang yang di-ambil di-bawah Akta ini, sama ada di-rampas, atau di-ambil dan di-sifatkan sa-bagai dirampas, di-serahkan kapada pemunya-nya atau orang lain yang berhak kapada-nya, mengikut apa $ ^{2} $ sharat yang difikirkan-nya patut:
Dengan sharat bahawa sa-suatu permohonan itu hendak-lah di-buat sa-belum habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh barang $ ^{2} $ itu di-rampas atau dari tarikh barang $ ^{2} $ itu di-ambil dan di-sifatkan di-rampas, mengikut mana yang berkenaan.
BAHAGIAN V
PERUNTOKAN PELBAGAI
37. Sa-suatu perahuan yang di-tambang di-sisi dermaga sa-suatu zon perdagangan bebas hendak-lah di-sifatkan sa-bagai berada dalam zon perdagangan bebas itu.
38. (1) Pegawai kastam yang hak boleh pada bila $ ^{2} $ masa mengambil chontoh mana $ ^{2} $ barang bagi menentukan sama ada barang $ ^{2} $ itu ada-lah dari jenis yang boleh di-kenakan apa $ ^{2} $ duti kastam atau bagi menentukan duti kastam yang kena di-bayar atas barang $ ^{2} $ itu apabila masok ka-dalam wilayah kastam atau bagi apa $ ^{2} $ maksud lain yang di-fikirkan perlu oleh pegawai kastam yang hak itu, dan chontoh $ ^{2} $ itu boleh di-lepaskan mengikut apa $ ^{2} $ chara yang di-arahkan oleh Pengarah Wilayah.
Tiada apa $ ^{2} $ pembayaran di-kehendaki di-buat bagi apa $ ^{2} $ chontoh yang di-ambil tetapi pegawai kastam yang hak itu hendak-lah memberi suatu resit bagi apa $ ^{2} $ chontoh yang di-ambil.
39. Anggota $ ^{2} $ Pehak-berkuasa dan pekerja $ ^{2} $ -nya dari apa $ ^{2} $ jawatan hendak-lah di-sifatkan sa-bagai penjawat awam dalam erti Kanun $ ^{2} $ Keseksaan bagi Negeri $ ^{2} $ Tanah Melayu, Sabah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan.
40. Jika ada di-peruntokkan di-bawah Akta ini atau dibawah mana $ ^{2} $ peratoran yang di-buat di-bawah-nya bahawa keputusan mengenai apa $ ^{2} $ perkara ada-lah terletak pada Pehak-berkuasa atau Ketua Pengarah maka melainkan jika ada di-peruntokkan dengan khusus-nya bahawa keputusan itu ada-lah menurut budibichara mutlak Pehak-berkuasa atau Ketua Pengarah itu, sa-saorang yang tidak puashati dengan keputusan itu boleh merayu kapada Menteri.
41. Menteri boleh membuat peratoran $ ^{2} $ bagi atau berkenaan dengan tiap $ ^{2} $ maksud yang di-fikirkan-nya perlu bagi melaksanakan Akta ini.
42. Menteri boleh, berhubong dengan sa-suatu zon perdagangan bebas, mewakilkan kapada mana $ ^{2} $ orang semua atau mana $ ^{2} $ daripada kuasa-nya di-bawah peruntokan Akta ini, kechuali sekshen 10 (3) dan sekshen 41.
BAHAGIAN VI
LAIN YANG TERTENTU
PINDAAN UNDANG² KASTAM
43. Pindaan $ ^{2} $ yang di-buat kapada undang $ ^{2} $ bertulis yang di-nyatakan dalam ruang pertama dalam Jadual Kedua (sa-bagaimana tersebut dalam ruang kedua dalam Jadual itu) hendak-lah berkuatkuasa.
24
BAHAGIAN VII PEMANSOKHAN
Pemansokhan.
44. Ordinan No. 26 (Kuasa $ ^{2} $ Perlu) Dharurat, 1970 ada-lah dengan ini di-mansokhkan.
JADUAL PERTAMA (Sekshen 10)
Nama Zon Perdagangan Bebas
$ \mathrm{P u (A)} \mathrm{+} 5 \mathrm{H}{2} \rightarrow 1. \dots $
$ \mathrm{P u (A)} \mathrm{+} 0. 1 \mathrm{H}{3} \rightarrow 2. \dots $
Jenis Pengilangan
$ \mathrm {P u (A) 3} \rightarrow 3. $
PUG+D 40974 $\rightarrow$ 4-...
$PU(A) 43/75 \rightarrow 5 \dots$
$PU(A) 290/79 \rightarrow 6$
$PU(A) 291/78 \rightarrow 7 \dots 8$ (1)
$PU(A) 243/54 \rightarrow 9$ $Undang^2$ bertulis
62 tahun 1967. Akta Kastam, 1967
JADUAL KEDUA (Sekshen 43)
Pindaan $ ^{2} $
Maka hendak-lah di-masokkan sekshen-kechil baharu (1A) yang berikut sa-lepas sahaja sekshen-kechil (1) sekshen 2—
"(1A) For the purposes of this Act (other than section 31), a free trade zone shall be deemed to be a place outside the Federation.
In this sub-section, the expression 'free trade zone' means any area declared to be a free trade zone under the provisions of section 3 of the Free Trade Zones Act. 1971.".
41. Menentukan bolde membantu q untuk menyediakan qsiq makan yang dibakar diblikih-menyaya melakukanakan Akku ini.
45. Menteri doload, donnirimong dongan jalur-berita. menwakikikan dongan adod menang kemerah