Seksyen 2006
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... 26 Februari 1972
Tarikh penyiaran dalam Warta... ... 29 Februari 1972
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... 1993
Cetakan Semula Yang Kedua ... ... 1999
Akta 65
/akn/my/act/act/1972/65
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA CUKAI PERJUDIAN 1972 is Malaysia Act, cited as Act 65 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... 26 Februari 1972
Tarikh penyiaran dalam Warta... ... 29 Februari 1972
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... 1993
Cetakan Semula Yang Kedua ... ... 1999
Akta 65
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Perjudian 1972 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Cukai perjudian
Sesuatu cukai perjudian yang dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh orang yang membuat pertaruhan atau pelaburan itu dan hendaklah dipungut oleh penganjur perjudian yang dibenarkan itu dan hendaklah dibayar ke dalam hasil Persekutuan.
Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan seksyen ini.
Bagi maksud Akta ini—
sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran kepada penganjur bagi mendapatkan cip atau barang-barang lain untuk digunakan bagi membuat pertaruhan atau pelaburan berkenaan dengan apa-apa perjudian hendaklah disifatkan telah membuat pertaruhan atau pelaburan dan amaun yang dibayar sedemikian hendaklah disifatkan sebagai amaun yang dibayar sebagai pertaruhan atau pelaburan; dan
ungkapan "penganjur" itu boleh termasuk seseorang ejen atau pekerja penganjur perjudian itu.
Pindaan kepada undang-undang perjudian
Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948 [Akta 201],
Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan 1950-62 [Akta 252], Akta Loteri 1952 [Akta 288], Akta Perlumbaan (Lembaga Totalisator) 1961 [Akta 494], Akta Pertaruhan Pool 1967 [Akta 384], Ordinan Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan Sabah [Bab 13] dan Ordinan Perjudian Sarawak [Bab 138] dengan ini masing-masing dipinda sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual bersama ini.
JADUAL
[Seksyen 3]
I. AKTA DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN 1948
Pindaan seksyen 2
1. Seksyen 2 dalam Akta di atas dengan ini dipinda—
dengan memotong perkataan "such duty, being not more than twenty" yang terdapat dalam subseksyen (1) dan menggantikannya dengan perkataan "a duty which shall be such"; dan
dengan memotong perkataan "such duty, being not more than thirty" yang terdapat dalam subseksyen (2) dan menggantikannya dengan perkataan "a duty which shall be such".
II. AKTA LEMBAGA LOTERI PERKHIDMATAN MASYARAKAT DAN KEBAJIKAN 1950-62
"Duty.
Pemansuhan dan penggantian seksyen 20
20. There shall be charged upon the total amount raised by each lottery promoted by the Board under the provisions of section 8 a duty of such per centum of the said total amount as the Minister of Finance may from time to time fix by order published in the Gazette; the said duty shall be payable by the Board into the Consolidated Fund of the Federation.".
1. Seksyen 20 dalam Akta di atas dengan ini dimansuhkan dan digantikan dengan seksyen baharu yang berikut—
III. AKTA LOTERI 1952
Pindaan seksyen 8
1. Subseksyen 8(1) dalam Akta di atas dengan ini dipinda—
dengan memotong perkataan "of twenty per centum" yang terdapat dalamnya; dan
dengan memasukkan koma dan perkataan, "which duty shall be such per centum of the said total amount as the Minister of Finance may from time to time fix by order published in the Gazette" selepas sahaja angka "7" yang terdapat dalamnya.
IV. AKTA PERLUMBAAN (LEMBAGA TOTALISATOR) 1961
Pindaan subseksyen 17(1)
1. Syarat kepada subseksyen 17(1) dalam Akta di atas dengan ini dipinda—
dengan menggantikan koma bernoktah yang terdapat di hujung perenggan (ii) dalam syarat tersebut dengan noktah; dan
dengan memansuhkan perenggan (iii) dalam syarat tersebut.
V. AKTA PERTARUHAN POOL 1967
Pindaan seksyen 4
1. Seksyen 4 dalam Akta di atas dengan ini dipinda dengan memotong perkataan "Yang di-Pertuan Agong" yang terdapat dalam subseksyen (2) dan menggantikannya dengan perkataan "Menteri".
Pindaan seksyen 28
2. Seksyen 28 dalam Akta di atas dengan ini dipinda dengan memotong perkataan "Yang di-Pertuan Agong" yang terdapat dalamnya dan menggantikannya dengan perkataan "Menteri".
VI. ORDINAN DUTI PERTARUHAN DAN AMBIL TAGAN SABAH
Pindaan seksyen 3
1. Seksyen 3 dalam Ordinan di atas dengan ini dipinda—
dengan memotong perkataan "two and a half per centum of the amount of the bet" yang terdapat dalam subseksyen (1) dan menggantikannya dengan perkataan "such per centum of the amount of the bet as the Minister may from time to time fix by order published in the Gazette"; dan
dengan memotong perkataan "seven and a half per centum of the amount contributed towards such sweepstake" yang terdapat dalam subseksyen (2) dan menggantikannya dengan perkataan "such per centum of the amount contributed towards such sweepstake as the Minister may from time to time fix by order published in the Gazette".
Pemansuhan seksyen 8A
2. Seksyen 8A dalam Ordinan di atas dengan ini dimansuhkan.
VII. ORDINAN PERJUDIAN SARAWAK
Pindaan seksyen 27
1. Seksyen 27 dalam Ordinan di atas dengan ini dipinda—
dengan memotong perkataan "Governor in Council" yang terdapat dalam baris satu dalam subseksyen (1) dan menggantikannya dengan perkataan "Minister of Finance";
dengan menggantikan perkataan "may" yang terdapat dalam baris satu dalam subseksyen (2) dengan perkataan "shall";
dengan memotong koma dan perkataan ",not exceeding twenty per cent of" yang terdapat dalam subseksyen (2) dan menggantikannya dengan perkataan "on";
dengan memasukkan yang berikut selepas sahaja perkataan "Government" yang terdapat dalam subseksyen (2)—
"of Malaysia, and that the said tax shall be such per centum of the amount of the said gross receipts as the Minister of Finance may from time to time fix by order published in the Gazette;";
dengan menggantikan noktah bertindih yang terdapat selepas sahaja perkataan "evasion of the payment thereof" dalam subseksyen (2) dengan noktah;
dengan memansuhkan syarat kepada subseksyen (2); dan
dengan memansuhkan subseksyen (5).
Akta 65
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Akta A272
Berkuat kuasa dari
Akta Cukai Perjudian (Pindaan) 1975
01-02-1975
---
Akta 65
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A272
01-02-1975