Seksyen 2
Cukai perjudian
Menteri Kewangan boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta mengenakan suatu cukai perjudian berkenaan dengan jumlah wang yang dibayar oleh sesiapa jua sebagai suatu pertaruhan atau suatu pelaburan berkenaan dengan apa-apa perjudian yang dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang berhubung dengan perjudian yang sedang berkuat kuasa.
(2)
Sesuatu cukai perjudian yang dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh orang yang membuat pertaruhan atau pelaburan itu dan hendaklah dipungut oleh penganjur perjudian yang dibenarkan itu dan hendaklah dibayar ke dalam hasil Persekutuan.
(3)
Menteri Kewangan boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud menjalankan atau menguatkuasakan peruntukan seksyen ini.
(4)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
sesiapa jua yang membuat apa-apa pembayaran kepada penganjur bagi mendapatkan cip atau barang-barang lain untuk digunakan bagi membuat pertaruhan atau pelaburan berkenaan dengan apa-apa perjudian hendaklah disifatkan telah membuat pertaruhan atau pelaburan dan amaun yang dibayar sedemikian hendaklah disifatkan sebagai amaun yang dibayar sebagai pertaruhan atau pelaburan; dan
(b)
ungkapan "penganjur" itu boleh termasuk seseorang ejen atau pekerja penganjur perjudian itu.
Pindaan kepada undang-undang perjudian