Skip to content
ActIn force

Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1972
Sections
16
Languages
MS · EN

Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 is Malaysia Act, cited as Act 74 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 74

AKTA (PEMERBADANAN) ST. JOHN

AMBULANS MALAYSIA 1972

Sebagaimana pada 1 Januari 2019

2

Tarikh Perkenan Diraja

… … … …

23 Mac 1972

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … …

30 Mac 1972

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1994

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … 1999

3

Akta 74

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memperbadankan St. John Ambulans Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dengannya. [31 Ogos 1972, P.U. (A) 247/1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Briged” ertinya Briged St. John Ambulans Semenanjung Malaysia,

Sabah atau Sarawak;

“Majlis” ertinya Majlis St. John Ambulans Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kaedah-kaedahnya;

“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kesihatan;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 74

“Perbadanan” ertinya St. John Ambulans Malaysia; dan

“Persatuan” ertinya Persatuan St. John Ambulans Semenanjung

Malaysia, Sabah atau Sarawak.

Pemerbadanan Persatuan dan Briged St. John bagi Malaya,

Sabah dan Sarawak

(1)

Orang yang menjadi ahli Persatuan atau ahli Briged atau ahli

Persatuan dan Briged kedua-duanya sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa dan semua orang yang menjadi ahli Perbadanan selepas ini menurut peruntukan Akta ini atau mana-mana Kaedah yang dibuat di bawahnya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama St. John Ambulans Malaysia.

(2)

Perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hak milik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula atau dengan cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletak hak pada

Perbadanan mengikut apa-apa terma yang difikirkan patut oleh

Perbadanan.

(3)

Perbadanan boleh mendakwa dan didakwa dalam semua mahkamah dan dengan segala cara tindakan dan dalam segala guaman dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkenaan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan.

Tujuan Perbadanan

Tujuan Perbadanan adalah untuk mengadakan suatu pertubuhan yang terbuka kepada semua orang dalam Malaysia bagi membolehkan mereka melaksanakan tujuan dan maksud Perbadanan yang disebut dalam seksyen 5, dan bagi melakukan segala perkara lain sebagaimana

(Pemerbadanan) St. John Ambulans Malaysia 7

yang disifatkan oleh Perbadanan atau Majlisnya sebagai bersampingan atau berfaedah bagi mencapai tujuan itu.

Tujuan dan maksud Perbadanan

Tujuan dan maksud Perbadanan adalah bagi—

(a)

menggalakkan dan memajukan semua kerja kemanusiaan dan kedermawanan untuk membantu orang yang dalam kesakitan, kesengsaraan, penderitaan dan bahaya tanpa membeza-bezakan bangsa, kelas, warna atau kepercayaan;

(b)

memberikan pertolongan kepada orang yang sakit dan cedera semasa peperangan atau keamanan dan memajukan pertubuhan kekal dalam masa keamanan supaya pertolongan itu dapat diadakan dengan segera dalam masa kecemasan dan pertolongan itu hendaklah termasuk mengadakan simpanan teknikal bagi perkhidmatan perubatan Kerajaan dan angkatan tentera Malaysia;

(c)

memajukan, menggalakkan dan menyelaraskan kerja

Perbadanan dalam semua aspek di Malaysia; dan

(d)

memajukan, menggalakkan dan menyelaraskan perhubungan antara mereka dengan pertubuhan seumpamanya yang bernama St. John di negara lain,

Pertubuhan Palang Merah dan pertubuhan sukarela atau berkanun seumpamanya yang lain.

Majlis

(1)

Hal ehwal Perbadanan hendaklah ditadbirkan oleh suatu

Majlis yang ditubuhkan menurut Kaedah-kaedah Perbadanan pada masa itu.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Majlis St. John

Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan dan

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 74

Kaedah-kaedah Persatuan dan Briged sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah mentadbirkan hal ehwal Perbadanan selama tempoh tidak melebihi satu tahun dari permulaan kuat kuasa Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai Majlis mengikut pengertian Akta ini.

Meterai perbadanan bagi Perbadanan

(1)

Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu mengikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Segala surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang memerlukan meterai Perbadanan hendaklah dimeteraikan dengan meterai Perbadanan menurut suatu ketetapan Majlis bagi maksud itu di hadapan orang yang pada masa itu menjalankan kewajipan

Pengerusi Majlis dan di hadapan seorang lain yang diberi kuasa oleh

Majlis dan mereka hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, suratan atau surat cara lain yang dimeteraikan itu, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Perbadanan yang sah.

Daftar ahli

(1)

Majlis hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu daftar yang dalamnya nama tiap-tiap orang yang telah menjadi ahli

Persatuan atau Briged sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini atau sesiapa yang dibenarkan menjadi ahli Perbadanan kemudiannya akan direkodkan dan yang dalamnya akan direkodkan apa-apa perkara lain yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Majlis.

(2)

Daftar itu boleh disenggarakan mengikut apa-apa cara yang diputuskan oleh Majlis dari semasa ke semasa dan kewajipan menyenggarakan bahagian daftar itu boleh diwakilkan kepada mana-mana ahli atau pegawai Perbadanan.

(Pemerbadanan) St. John Ambulans Malaysia 9

Kaedah-kaedah

Adalah sah bagi Majlis dari semasa ke semasa untuk membuat, mengubah atau membatalkan mana-mana kaedah sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat bagi menguruskan hal ehwal Perbadanan dan bagi mencapai tujuannya, dan sesiapa jua yang pada masa itu menjadi ahli Perbadanan adalah terikat kepada segala kaedah itu.

Pembubaran Persatuan dan Briged

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam

Perlembagaan dan Kaedah-kaedah Persatuan dan Briged, Persatuan dan Briged hendaklah dibubarkan dan terhenti wujud sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini.

Pindah hak milik harta dan tanggungan, dsb.

(1)

Segala harta kepunyaan Persatuan atau Briged sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, sama ada dipegang atas nama

Persatuan atau Briged atau atas nama mana-mana orang sebagai amanah bagi Persatuan atau Briged hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini dan tanpa apa-apa pindah hak, serah hak atau pindah hakmilik, terletak hak pada Perbadanan, dan harta tersebut serta segala harta yang diperoleh kemudiannya sama ada harta alih atau harta tak alih, dan segala yuran, caruman, derma, denda, jumlah pinjaman dan pendahuluan yang diterima atau yang akan diterima hendaklah dipegang oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini dan tertakluk kepada

Kaedah-kaedah Perbadanan pada masa itu.

(2)

Segala hutang dan tanggungan Persatuan atau Briged yang sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar oleh Perbadanan, dan segala hutang dan yuran yang kena dibayar kepada Persatuan atau Briged sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dibayar kepada Perbadanan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 74

Penggunaan pendapatan dan harta

Pendapatan dan harta Perbadanan, walau dari mana jua pun didapati, hendaklah digunakan semata-mata bagi memajukan tujuan

Perbadanan sebagaimana yang disebut dalam Akta ini, dan tiada apa-apa bahagiannya boleh dibayar atau dipindahkan hakmiliknya dengan cara langsung atau tidak langsung sebagai dividen, bonus atau dengan cara apa jua pun sebagai keuntungan kepada ahli Perbadanan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua yang terkandung dalam

Akta ini boleh menghalang pembayaran dengan suci hati saraan kepada mana-mana pegawai atau penjawat Perbadanan atau kepada mana-mana orang sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang sebenarnya diberikan kepada Perbadanan.

Sekatan ke atas penjualan lencana, dsb., Perbadanan

Tiada seorang pun, selain Perbadanan atau seseorang yang diberi kuasa dengan bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menjual atau mempamerkan untuk dijual apa-apa lencana, tanda atau lambang yang diterima secara khusus untuk kegunaan seseorang ahli di bawah Kaedah-kaedah Perbadanan.

Pemilikan dan sekatan ke atas penggunaan lencana

(1)

Tiada seorang pun, yang bukan seorang ahli, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan memberikan tanggapan bahawa orang itu ialah seorang ahli, apa-apa lencana, tanda atau lambang yang diterima secara khusus untuk kegunaan seseorang ahli di bawah Kaedahkaedah Perbadanan.

(2)

Tiada seorang pun boleh memiliki tanpa kuasa atau sebab yang sah—

(a)

apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang diterima secara khusus untuk kegunaan seseorang ahli di bawah

Kaedah-kaedah

Perbadanan sehingga membawa

(Pemerbadanan) St. John Ambulans Malaysia 11

kepercayaan bahawa tanda yang berkenaan itu ialah lencana, tanda atau lambang tersebut;

(b)

apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hampir-hampir sama dengan mana-mana perkataan atau tulisan yang biasanya digunakan bagi memperihalkan mana-mana ahli sehingga boleh memperdayakan atau mengelirukan; atau

(c)

apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan “St. John” atau “St. John Ambulans”.

Sekatan ke atas penggunaan “St. John”, dsb., untuk maksud

Iklan

Tiada seorang pun, selain Perbadanan atau orang yang diberi kuasa dengan bertulis untuk berbuat demikian oleh Perbadanan, boleh menggunakan perkataan “St. John” atau “St. John Ambulans” atau apa-apa lencana, tanda atau lambang Perbadanan untuk maksud iklan.

Penalti

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.

12

Akta 74

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta A230

Akta (Perbadanan) St. John Ambulans-

31-08-1972

Malaysia (Pindaan) 1974

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

29-08-1975

1975

P.U. (A) 312/2018

Perintah Penyemakan Undang-Undang

(Pembetulan Tajuk Ringkas) 2018

13

Akta 74

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

1

P.U. (A) 312/2018

6

Akta A230 31-08-1972

16

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972?
Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 is Malaysia Act, cited as Act 74 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 still in force?
Yes — Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 is currently in force.
When did Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 take effect?
Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 have?
Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 contains 16 sections.
Where can I read the official version of Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972?
The official text of Akta (Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.