14. Pemilikan dan sekatan ke atas penggunaan lencana
Feedback & supportTiada seorang pun, yang bukan seorang ahli, boleh memakai, membawa atau menunjukkan di tempat awam dengan cara yang akan memberikan tanggapan bahawa orang itu ialah seorang ahli, apa-apa lencana, tanda atau lambang yang diterima secara khusus untuk kegunaan seseorang ahli di bawah Kaedahkaedah Perbadanan.
Tiada seorang pun boleh memiliki tanpa kuasa atau sebab yang sah—
apa-apa tanda yang hampir-hampir serupa dengan mana-mana lencana, tanda atau lambang yang diterima secara khusus untuk kegunaan seseorang ahli di bawah
Kaedah-kaedah
Perbadanan sehingga membawa
(Pemerbadanan) St. John Ambulans Malaysia 11
kepercayaan bahawa tanda yang berkenaan itu ialah lencana, tanda atau lambang tersebut;
apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi apa-apa perkataan atau tulisan yang hampir-hampir sama dengan mana-mana perkataan atau tulisan yang biasanya digunakan bagi memperihalkan mana-mana ahli sehingga boleh memperdayakan atau mengelirukan; atau
apa-apa lencana, tanda atau lambang yang mengandungi perkataan “St. John” atau “St. John Ambulans”.