Skip to content
ActIn force

Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1974
Sections
6
Languages
MS · EN

Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 is Malaysia Act, cited as Act 132 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 132

AKTA CUKAI PENDAPATAN

(CARUMAN DAN PEMBAYARAN

BALIK STOK PENIMBAL

Sebagaimana pada 1 Julai 2020

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … …

5 Jun 1974

Tarikh penyiaran dalam Warta … … … …

13 Jun 1974

3

Akta 132

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk pengiraan caruman dan pembayaran balik di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Timah (Stok Penimbal) 1972 bagi maksud cukai pendapatan. [14 Jun 1974] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Pendapatan

(Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974.

(2)

Akta ini hendaklah disifatkan telah berkuat kuasa dari tahun taksiran 1973.

Tafsiran

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“caruman” berkenaan dengan seseorang pencarum, ertinya sesuatu caruman yang dia dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kawalan

Timah (Stok Penimbal) 1972 [P.U. (A) 64/1972] (dalam Akta ini disebut

Peraturan-Peraturan itu)

supaya membayarnya, dan termasuklah suatu caruman di bawah Peraturan-Peraturan itu yang

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 132

ditanggung olehnya dengan potongan daripada harga yang dibayar kepadanya, dan sebutan mengenai caruman yang dibayar hendaklah ditafsirkan seperti itu juga;

“cukai pendapatan” ertinya cukai pendapatan yang dikenakan oleh

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] (dalam Akta ini disebut Akta

Cukai Pendapatan);

“pembayaran balik” ertinya suatu jumlah wang yang dibayar balik di bawah peraturan 26 Peraturan-Peraturan itu;

“pencarum” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai seorang pencarum di bawah peraturan 7 Peraturan-Peraturan itu dan termasuklah mana-mana orang lain yang membuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia telah membayar atau menanggung caruman di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan;

“perakuan carum” ertinya Perakuan Syer Stok Penimbal yang dikeluarkan di bawah peraturan 24 Peraturan-Peraturan itu.

(2)

Perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan dalam mana-mana peruntukan Akta Cukai Pendapatan itu hendaklah mempunyai erti yang ditakrifkan itu jika digunakan dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.

Pilihan mengenai pengiraan caruman bagi maksud cukai

(1)

Seseorang pencarum boleh dengan notis secara bertulis kepada

Ketua Pengarah memilih supaya caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan sesuatu perniagaannya yang termasuklah mengerjakan sesuatu lombong supaya dibenarkan sebagai suatu potongan bagi menentukan pendapatannya daripada perniagaan itu bagi maksud cukai pendapatan.

(2)

Sesuatu pilihan di bawah seksyen ini tidak sah jika dibuat selepas 31 Disember 1974.

(3)

Sesuatu pilihan di bawah seksyen ini tidak boleh dibatalkan.

Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran 7

Balik Stok Penimbal Timah)

Pengiraan caruman bagi maksud cukai jika ada pilihan

(1)

Jika seorang pencarum (dalam seksyen ini disebut pencarum yang berkenaan) telah membuat suatu pilihan di bawah seksyen 3 yang berhubungan dengan caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan sesuatu perniagaannya (dalam seksyen ini disebut perniagaan yang berkenaan)

yang termasuklah mengerjakan sesuatu lombong, peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa.

(2)

Jika bagi sesuatu tahun taksiran (dalam seksyen ini disebut tahun yang berkenaan) pencarum yang berkenaan mempunyai pendapatan statutori (dalam subseksyen ini disebut pendapatan statutori yang berkenaan) daripada perniagaan yang berkenaan yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan—

(a)

jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu melebihi amaun caruman (kemudian daripada ini dalam seksyen ini disebut amaun caruman yang berkenaan) yang dibayar olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan itu mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;

(b)

jika amaun pendapatan statutori yang berkenaan itu sama banyaknya dengan amaun caruman yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai

Pendapatan;

(c)

jika amaun caruman yang berkenaan melebihi amaun pendapatan statutori yang berkenaan, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 132

dan lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya daripada perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.

(3)

Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan tidak mempunyai pendapatan statutori yang ditentukan di bawah seksyen 42

Akta Cukai Pendapatan, daripada perniagaan yang berkenaan—

(a)

jika ada apa-apa kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, amaun caruman yang berkenaan hendaklah dicampurkan kepada amaun kerugian larasan itu dan amaun agregat itu hendaklah disifatkan sebagai kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan dalam perniagaan yang berkenaan, bagi maksud subseksyen 44(2)Akta Cukai

Pendapatan;

(b)

bagi sesuatu hal lain, amaun caruman yang berkenaan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2) Akta Cukai Pendapatan.

(4)

Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan, yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan, amaun pembayaran balik (dalam seksyen ini disebut pembayaran balik yang berkenaan) yang dibuat kepadanya dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan mengenai apa-apa caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, hendaklah dicampurkan kepada amaun pendapatan statutori itu dan amaun agregatnya hendaklah dikira sebagai amaun pendapatan statutorinya bagi tahun yang berkenaan daripada perniagaan yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai

Pendapatan.

Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran 9

Balik Stok Penimbal Timah)

(5)

Jika bagi tahun yang berkenaan pencarum yang berkenaan tidak mempunyai pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan, yang ditentukan di bawah seksyen 42 Akta Cukai

Pendapatan—

(a)

jika tidak ada kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan, amaun pembayaran balik yang berkenaan hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai

Pendapatan;

(i)

jika amaun pembayaran balik yang berkenaan melebihi amaun kerugian larasan tersebut, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun pendapatan statutorinya daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta

Cukai Pendapatan;

(ii)

jika amaun pembayaran balik yang berkenaan sama banyaknya dengan amaun kerugian larasan tersebut, dia hendaklah disifatkan tidak mempunyai apa-apa pendapatan statutori daripada perniagaan yang berkenaan bagi tahun yang berkenaan, bagi maksud seksyen 42 Akta Cukai Pendapatan;

(iii)

jika amaun kerugian larasan tersebut, melebihi amaun pembayaran balik yang berkenaan, lebihan itu hendaklah disifatkan sebagai amaun kerugian larasan yang ditanggung olehnya dalam perniagaan yang berkenaan dalam tahun sebelum tahun yang berkenaan bagi maksud subseksyen 44(2)

Akta

Cukai

Pendapatan.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 132

(6)

Jika sekiranya sesuatu pembayaran balik (dalam seksyen ini disebut pembayaran balik lewat) mengenai mana-mana caruman yang dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan peniagaan yang berkenaan, dibuat selepas peniagaan yang berkenaan telah tidak lagi dijalankan, pembayaran balik lewat itu hendaklah dikira bagi maksud subseksyen

(4)

dan (5) sebagai telah dibuat dalam tahun sebelum tahun taksiran yang akhir bagi penaksiran pendapatan daripada perniagaan yang berkenaan, dan sebagai suatu amaun yang sama banyaknya dengan amaun pembayaran balik yang sebenar:

Dengan syarat bahawa—

(a)

sementara menanti penetapan amaun pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu, pencarum yang berkenaan bolehlah disifatkan bagi maksud subseksyen ini sebagai telah menerima pembayaran balik lewat yang amaun agregatnya sama banyak dengan amaun agregat semua caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, ditolak amaun semua pembayaran balik yang dibuat kepadanya sebelum peniagaan yang berkenaan itu tidak lagi dijalankan, mengenai apa-apa caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan itu;

(b)

jika pencarum yang berkenaan disifatkan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) proviso ini apabila ditetapkan amaun sebenar pembayaran balik lewat itu atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu—

(i)

jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu kurang daripada amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, suatu penaksiran tambahan hendaklah dibuat dengan sewajarnya;

Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran 11

Balik Stok Penimbal Timah)

(ii)

jika amaun cukai pendapatan yang ditaksirkan mengikut perenggan itu melebihi amaun cukai pendapatan yang sepatutnya telah ditaksirkan jika amaun sebenar pembayaran balik lewat atau amaun agregat pembayaran balik lewat itu telah ditetapkan, penaksiran itu hendaklah dikurangkan sebanyak suatu jumlah wang sama banyak dengan amaun lebihan itu.

(7)

Hak untuk menerima sesuatu pembayaran balik mengenai mana-mana caruman yang dibayar oleh pencarum yang berkenaan mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan perniagaan yang berkenaan, tidak boleh diserahakkan kecuali dengan persetujuan

Ketua Pengarah.

(8)

Pencarum yang berkenaan hendaklah menyerahkan perakuan carumannya kepada Ketua Pengarah untuk dihantar kepada Akauntan

Negara.

Pengiraan pembayaran balik bagi maksud cukai jika tiada pilihan

Jika seseorang pencarum tidak membuat suatu pilihan di bawah seksyen 3 berhubung dengan caruman yang dibayar olehnya mengenai bijih padat timah yang dijual olehnya dalam menjalankan sesuatu perniagaannya yang termasuk mengerjakan suatu lombong, sesuatu pembayaran balik yang dibuat berkenaan dengan caruman itu hendaklah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Peremitan cukai

(1)

Apa-apa bahagian cukai yang dikira di bawah seksyen 4 dan yang kena dibayar oleh pencarum itu boleh diremitkan oleh Ketua

Pengarah atas alasan keadilan dan ekuiti.

(2)

Jika peremitan di bawah subseksyen (1) telah diberikan kepada seseorang pencarum, dan pencarum itu telah membayar mana-mana cukai yang berkenaan dengan peremitan itu dia berhak mendapatkan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 132

amaun yang telah dibayar itu dipulangkan balik kepadanya seolah-olah amaun itu suatu pembayaran terlebih yang baginya seksyen 111 Akta

Cukai Pendapatan terpakai.

13

Akta 132

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

- TIADA -

14

Akta 132

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974?
Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 is Malaysia Act, cited as Act 132 1974, currently marked in force and first recorded in 1974.
Is Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 still in force?
Yes — Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 is currently in force.
When did Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 take effect?
Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 was first recorded in 1974.
How many sections does Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 have?
Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 contains 6 sections.
Where can I read the official version of Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974?
The official text of Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.