Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta Cukai Pendapatan (Caruman dan Pembayaran Balik Stok Penimbal Timah) 1974

ActIn forceProvision 2 of 6
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“caruman” berkenaan dengan seseorang pencarum, ertinya sesuatu caruman yang dia dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan Kawalan

Timah (Stok Penimbal) 1972 [P.U. (A) 64/1972] (dalam Akta ini disebut

Peraturan-Peraturan itu)

supaya membayarnya, dan termasuklah suatu caruman di bawah Peraturan-Peraturan itu yang

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 132

ditanggung olehnya dengan potongan daripada harga yang dibayar kepadanya, dan sebutan mengenai caruman yang dibayar hendaklah ditafsirkan seperti itu juga;

“cukai pendapatan” ertinya cukai pendapatan yang dikenakan oleh

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] (dalam Akta ini disebut Akta

Cukai Pendapatan);

“pembayaran balik” ertinya suatu jumlah wang yang dibayar balik di bawah peraturan 26 Peraturan-Peraturan itu;

“pencarum” ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai seorang pencarum di bawah peraturan 7 Peraturan-Peraturan itu dan termasuklah mana-mana orang lain yang membuktikan dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia telah membayar atau menanggung caruman di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan;

“perakuan carum” ertinya Perakuan Syer Stok Penimbal yang dikeluarkan di bawah peraturan 24 Peraturan-Peraturan itu.

(2)

Perkataan dan ungkapan yang ditakrifkan dalam mana-mana peruntukan Akta Cukai Pendapatan itu hendaklah mempunyai erti yang ditakrifkan itu jika digunakan dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain.