Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pembangunan Islam 1975.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 153 6
/akn/my/act/act/1975/153
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA BANK PEMBANGUNAN ISLAM 1975 is Malaysia Act, cited as Act 153 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bank Pembangunan Islam 1975.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 153 6
Tafsiran
“Bank” ertinya Bank Pembangunan Islam yang ditubuhkan melalui perjanjian itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi kewangan;
“perjanjian” ertinya perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pembangunan Islam yang ditandatangani di
Jeddah, Arab Saudi pada 12 Ogos 1974;
“Perkara” ertinya Perkara perjanjian itu.
Kesan pengesahan perjanjian
Jika perjanjian itu disahkan oleh dan bagi pihak Kerajaan Malaysia dan perjanjian itu mula berkuat kuasa menurut Perkara 68 perjanjian itu, peruntukan Akta ini hendaklah berkuat kuasa.
Kuasa untuk memohon beli syer saham modal Bank
syer saham modal dibenarkan Bank mengikut perenggan 1 Perkara 5 mengikut apa-apa amaun yang tidak melebihi amaun yang sama nilai dengan dua puluh juta dolar Amerika
Syarikat;
jika saham modal dibenarkan Bank ditambah atas permintaan
Lembaga Gabenor Bank mengikut perenggan 4 Perkara 5, sebanyak suatu kadar daripada pertambahan saham sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan itu;
dan
jika syer Kerajaan telah ditambah atas permintaan Kerajaan di bawah perenggan 5 Perkara 5, sebanyak amaun pertambahan itu.
Bank Pembangunan Islam 7
Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli saham modalnya di bawah dan mengikut kaedah pembayarannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 6;
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank dengan cara permohonan beli tambahan oleh Kerajaan bagi saham modal Bank mengikut perenggan 4 dan 5 Perkara 5;
apa-apa jumlah wang yang hendak dijadikan oleh Kerajaan sebagai deposit dengan Bank di bawah Perkara 8; dan
semua jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank di bawah mana-mana peruntukan lain perjanjian itu.
Segala wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Disatukan bagi Persekutuan di bawah seksyen ini boleh dibayar dengan Dinar Islam, mata wang Malaysia, dolar Amerika Syarikat atau dengan mana-mana mata wang boleh tukar yang lain.
Pemerdapatan wang dan pengeluar nota tidak boleh niaga dan pewujudan obligasi lain
Bagi maksud memperuntukkan apa-apa jumlah wang yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan di bawah seksyen 5, Menteri boleh mewujudkan dan mengeluarkan kepada Bank dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut apa-apa nota yang tidak mengenakan bunga dan yang tidak boleh niaga atau obligasi lain yang diputuskan oleh Bank di bawah
Perkara 24, untuk diterima bagi menggantikan kesemua atau mana-mana bahagian daripada jumlah wang yang akan kena dibayar dengan mata wang Malaysia, sekiranya Bank tidak menerima nota atau obligasi lain itu.
Penerimaan
Bank hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bagi Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 153 8
Perintah untuk menguatkuasakan perjanjian
Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan perjanjian yang ditentukan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Malaysia.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatalkan oleh suatu perintah yang kemudian.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 4
Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord.
tahun 57]*, untuk mengisytiharkan Bank itu sebagai suatu pertubuhan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen itu atau mana-mana kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan itu untuk memberi Bank atau pegawainya atau pekhidmatnya atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengannya apa-apa imuniti atau keistimewaan yang tidak ditentukan dalam peruntukan perjanjian itu.
* NOTA—Akta ini telah dimansuhkan–lihat seksyen 5 Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen
Vienna) (Pindaan) 1999 [Akta A1064].
Bank Pembangunan Islam 9
Akta 153
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
—TIADA—
Undang-Undang Malaysia
AKTA 153 10
Akta 153
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
—TIADA—