Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

8. Perintah untuk menguatkuasakan perjanjian

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya semunasabahnya perlu untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan perjanjian itu yang berhubungan dengan taraf, imuniti dan keistimewaan Bank dan taraf, imuniti dan keistimewaan gabenornya, pengarah eksekutifnya, anggota silih gantinya, pegawainya dan pekerjanya masing-masing.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan perjanjian yang ditentukan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di dalam Malaysia.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh diubah atau dibatalkan oleh suatu perintah yang kemudian.

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 4

Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord.

tahun 57]*, untuk mengisytiharkan Bank itu sebagai suatu pertubuhan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) seksyen itu atau mana-mana kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Ordinan itu untuk memberi Bank atau pegawainya atau pekhidmatnya atau mana-mana orang lain yang berkaitan dengannya apa-apa imuniti atau keistimewaan yang tidak ditentukan dalam peruntukan perjanjian itu.

* NOTA—Akta ini telah dimansuhkan–lihat seksyen 5 Akta Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen

Vienna) (Pindaan) 1999 [Akta A1064].

Bank Pembangunan Islam 9

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

TIADA—

Undang-Undang Malaysia

AKTA 153 10

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA—

Report