Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

4. Kuasa untuk memohon beli syer saham modal Bank

Menteri dengan ini diberi kuasa untuk memohon beli bagi pihak Kerajaan—

(a)

syer saham modal dibenarkan Bank mengikut perenggan 1 Perkara 5 mengikut apa-apa amaun yang tidak melebihi amaun yang sama nilai dengan dua puluh juta dolar Amerika

Syarikat;

(b)

jika saham modal dibenarkan Bank ditambah atas permintaan

Lembaga Gabenor Bank mengikut perenggan 4 Perkara 5, sebanyak suatu kadar daripada pertambahan saham sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan itu;

dan

(c)

jika syer Kerajaan telah ditambah atas permintaan Kerajaan di bawah perenggan 5 Perkara 5, sebanyak amaun pertambahan itu.

Bank Pembangunan Islam 7

Report