Islamic Development Bank Act 1975 · Updated to 1 Jan 2006
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bank” ertinya Bank Pembangunan Islam yang ditubuhkan melalui perjanjian itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi kewangan;
“perjanjian” ertinya perjanjian antarabangsa bagi penubuhan dan pengendalian Bank Pembangunan Islam yang ditandatangani di
Jeddah, Arab Saudi pada 12 Ogos 1974;
“Perkara” ertinya Perkara perjanjian itu.