Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977
dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1975.
/akn/my/act/act/1977/181
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PEMBERIAN PERTAMBAHAN HASIL 1977 is Malaysia Act, cited as Act 181 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.
Opening note
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977
dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1975.
Pemberian kepada Negeri
suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi lima puluh juta ringgit bagi maksud seksyen 4;
suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4A; dan
bahagian selebihnya yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4B.
Walau apa pun subseksyen (1), had dua ratus lima puluh juta ringgit, lima puluh juta ringgit dalam perenggan (a), satu ratus juta ringgit dalam perenggan (b) dan satu ratus juta ringgit dalam perenggan (c) boleh dikaji semula dan diubah oleh Menteri.
(Dipotong oleh Akta A475).
Pembahagian antara Negeri sama banyak dan berdasarkan bilangan penduduk
Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(a) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri seperti yang berikut—
setengah daripada jumlah itu hendaklah dibahagi-bahagikan sama banyak antara tiga belas buah Negeri; dan
setengah yang selebihnya hendaklah dibahagi-bahagikan secara berkadar antara Negeri-Negeri, berdasarkan bilangan penduduk tiap-tiap buah Negeri sebagaimana yang ditentukan dalam banci akhir yang diambil sebelum tahun kewangan yang sebelumnya, mengikut dua bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang pertama, satu bahagian bagi seorang bagi lima ratus ribu orang yang berikutnya dan setengah bahagian bagi seorang bagi bilangan penduduk yang selebihnya bagi tiap-tiap buah Negeri.
Pemberian Pertambahan Hasil 7
Pembahagian antara Negeri yang keluaran kasar dalam Negeri per kapitanya kurang daripada purata negara
Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(b) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri yang keluaran kasar dalam negeri per kapitanya kurang daripada purata negara bagi keluaran kasar dalam negeri per kapita. Keluaran kasar dalam negeri per kapita bagi
Persekutuan dan semua Negeri bagi Persekutuan hendaklah ditetapkan oleh
Persekutuan. Pemberian yang diberikan kepada tiap-tiap Negeri yang layak hendaklah seimbang dengan peratusan yang diperoleh daripada perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita Negeri yang layak itu berbanding dengan jumlah kesemua perbezaan antara purata negara dengan keluaran kasar dalam negeri per kapita tiap-tiap Negeri yang layak itu.
Pembahagian antara Negeri mengikut peratusan keluaran kasar dalam negeri
Jumlah wang yang diperuntukkan di bawah perenggan 2(c) hendaklah dibahagi-bahagikan sebagai pemberian antara Negeri mengikut peratusan keluaran kasar dalam negeri bagi setiap Negeri. Keluaran kasar dalam negeri bagi Persekutuan dan semua Negeri bagi Persekutuan hendaklah ditetapkan oleh Persekutuan.
Peruntukan selepas audit
Jumlah yang ditetapkan dalam perenggan 2(a), (b) dan (c) bagi peruntukan di bawah sesuatu tahun kewangan hendaklah diperuntukkan hanya selepas akaun semua hasil yang diterima oleh Persekutuan bagi tahun kewangan yang sebelumnya ditutup dan diaudit.
Maksud pemberian
Pemberian yang dibuat kepada sesuatu Negeri di bawah seksyen 4 dan 4B hendaklah digunakan untuk menambah secara keseluruhan hasilnya dan pemberian yang dibuat kepada sesuatu Negeri di bawah seksyen 4A
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 181
hendaklah digunakan bagi mana-mana atau kesemua maksud pembangunan tertentu yang berikut—
apa-apa projek pembangunan lain sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Kewangan Negara yang ditubuhkan di bawah Perkara 108 Perlembagaan Persekutuan.
Pemberian dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Persekutuan
Disatukan
Pemberian yang dibuat kepada Negeri di bawah seksyen 4, 4A dan 4B hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan.
___________________________
9
AKTA 181
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk Ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1326
Akta A475
P.U. (B) 430/83
Akta
Pemberian
Pertambahan
Hasil
(Pindaan) 2007
Akta
Pemberian
Pertambahan
Hasil
(Pindaan) 1980
Pemberitahuan
Kaji
Semula dan
Perubahan Had-Had Pemberian-Pemberian di bawah Seksyen 2 29-12-2007
01-01-1978;
kecuali seksyen 2
dan seksyen 7
berhubung dengan perenggan 2(b)
dan Akta ibu;
01-01-1983
01-01-1983
_____________
10
AKTA 181
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
3
4
4A
4B
5
6
7
Akta A1326
P.U. (B) 430/1983
Akta A475
Akta A475
Akta A475
Akta A475
Akta A1326
Akta A1326
Akta A475
Akta A1326
Akta A475
Akta A475
29-12-2007 01-01-1983 01-01-1980
01-01-1978
01-01-1978
01-01-1978
29-12-2007
29-12-2007 01-01-1978
29-12-2007 01-01-1978
01-01-1978
_____________