Skip to content

Seksyen 2

Pemberian kepada Negeri

of Akta Pemberian Pertambahan Hasil 1977

ActIn forceProvision 2 of 9
Seksyen 2

(1)

Apabila terdapat pertambahan dalam hasil Persekutuan dalam mana-mana tahun kewangan berbanding dengan tahun kewangan yang sebelumnya, Menteri hendaklah bagi tahun kewangan yang berikutnya

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 181

memperuntukkan bagi maksud membuat pemberian di bawah seksyen 4, 4A dan 4B suatu amaun yang tidak melebihi dua ratus lima puluh juta ringgit yang hendaklah dibahagikan seperti yang berikut:

(a)

suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi lima puluh juta ringgit bagi maksud seksyen 4;

(b)

suatu bahagian daripada amaun itu yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4A; dan

(c)

bahagian selebihnya yang tidak melebihi satu ratus juta ringgit bagi maksud seksyen 4B.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), had dua ratus lima puluh juta ringgit, lima puluh juta ringgit dalam perenggan (a), satu ratus juta ringgit dalam perenggan (b) dan satu ratus juta ringgit dalam perenggan (c) boleh dikaji semula dan diubah oleh Menteri.