Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara
Perjanjian) 1977.
/akn/my/act/act/1977/184
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN KEDUA KEPADA PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1977 is Malaysia Act, cited as Act 184 1977, currently marked in force and first recorded in 1977.
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang
Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara
Perjanjian) 1977.
Tafsiran
“Akaun Pelaburan” ertinya Akaun Jabatan Am yang ditubuhkan di bawah subperenggan 6(f)(i) Perkara XII Perkara-Perkara Perjanjian, yang dalamnya sumber wang Kumpulan Wang yang digunakan untuk dan terhasil daripada pelaburan akan disimpan.
“Akaun Pembayaran Khas” ertinya Akaun Jabatan Am yang dalamnya keuntungan daripada jualan emas Kumpulan Wang hendaklah disimpan untuk digunakan mengikut peruntukan yang mengawal Akaun itu dalam seksyen 12 Perkara V dan Jadual B kepada Perkara-Perkara Perjanjian;
Undang-Undang Malaysia 6
“Akaun Sumber Wang Am” ertinya Akaun Jabatan Am yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusannya dengan menggunakan sumber wang am Kumpulan
Wang;
“Jabatan Am” ertinya Akaun yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusan lain yang dibenarkan oleh Perkara-Perkara Perjanjian;
“Jabatan Hak-Hak Pengeluaran Khas” ertinya Akaun yang melaluinya Kumpulan Wang akan menjalankan semua penjalanan dan urusan yang melibatkan Hak-Hak Pengeluaran Khas yang diperuntukkan di bawah Perkara XV Perkara-Perkara Perjanjian, kecuali penjalanan dan urusan menurut seksyen 2 Perkara XVII
Perkara-Perkara Perjanjian;
“Kumpulan Wang Antarabangsa” (kemudian daripada ini disebut
“Kumpulan Wang”) ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa yang
Malaysia adalah menjadi ahli menurut kuasa seksyen 3 Akta
Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472];
“Perkara-Perkara Perjanjian” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian
Kumpulan Wang tersebut sebagaimana dipinda menurut Ketetapan
No. 31-4 yang diterima pakai oleh Lembaga Pengelola Kumpulan
Wang pada 30 April 1976.
Kebenaran untuk mengesahkan pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui surat cara yang ditandatanganinya memberi kuasa kepada orang yang dinamakannya dalam surat cara itu—
untuk menerima bagi pihak Malaysia Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang yang dilampirkan kepada Laporan Mac 1976 oleh Pengarah
Eksekutif kepada Lembaga Pengelola Kumpulan Wang;
dan
untuk mendeposit bagi pihak Malaysia dengan Kumpulan
Wang suatu surat cara yang menyatakan bahawa Kerajaan, mengikut undang-undang Malaysia, menyanggupi semua kewajipan ahli Kumpulan Wang di bawah Pindaan Kedua
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan
Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian)
7
Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan bahawa
Kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan semua kewajipan itu.
Perluasan P.U. (A) 505/1969 4.
Perintah Perjanjian Bretton Woods 1969 [P.U. (A) 505/1969]
hendaklah disifatkan merujuk kepada segala hak dan kewajipan berkenaan dengan Akaun Sumber Wang Am, Akaun Pembayaran
Khas dan Akaun Pelaburan bagi Jabatan Am Kumpulan Wang di bawah Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang.
Pindaan yang berbangkit kepada Akta 12
Subseksyen 5(2) Akta Kumpulan Wang Antarabangsa
(Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian) 1969 [Akta 12]
adalah dipinda dengan—
menggantikan perkataan “Perkara XXIV” yang terdapat dalam subperenggan (b)(i) dengan perkataan “Perkara
XV”; dan
menggantikan perkataan “Perkara XXVI, Perkara XXX dan Perkara XXXI” yang terdapat dalam subperenggan
dan (iv) dengan perkataan “Perkara XX, Perkara
XXIV dan Perkara XXV”.
Pindaan yang berbangkit kepada Akta 519
Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] dipinda dengan—
menggantikan subseksyen 19(1) dengan subseksyen baru yang berikut—
“(1) The parity of the ringgit shall be determined by the Minister on the recommendation of the Bank in terms either of the currency or currencies of other members of the International Monetary Fund, the Special
Drawing Right, the common denominator prescribed by the International Monetary Fund under paragraph 1 of Schedule C to the Articles of Agreement of the
International Monetary Fund, or any other denominator
Undang-Undang Malaysia 8
consistent with the obligations of Malaysia under Article
IV and Schedule C to the Articles of Agreement of the
International Monetary Fund:
Provided that if and when the Bank notifies the
International Monetary Fund of the parity of the ringgit upon the International Monetary Fund deciding under the Articles of Agreement to introduce a widespread system of exchange arrangements based on stable but adjustable par values, such parity shall be published in the Gazette and shall take effect accordingly.”;
menggantikan perkataan “Notwithstanding subsection (1), the” yang terdapat dalam subseksyen 19(2) dengan perkataan “The”;
menggantikan perkataan “mentioned in” yang terdapat dalam subseksyen 19(3) dengan perkataan “gazetted under”;
menambahkan sebaik selepas subseksyen 19(3) subseksyen baru yang berikut—
“(4) Notwithstanding subsection (1), the Minister may decide on the recommendation of the Bank that it is necessary and expedient for Malaysia not to determine a parity for the ringgit, but instead to apply any exchange arrangement for the ringgit that is not inconsistent with the Articles of Agreement of the
International Monetary Fund, including, but not limited to, the severing of the parity of the ringgit to any currency or currencies or any denominator.”;
menggantikan proviso yang terdapat dalam seksyen 21
dengan proviso baru yang berikut—
“Provided that the rate of exchange quoted for any such transaction shall be consistent with the Articles of Agreement of the International Monetary Fund.”;
menggantikan perkataan “section 5” yang terdapat dalam subperenggan 30(1)(oo)(iii) dengan perkataan “section 4”; dan
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan
Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian)
menambahkan sebaik selepas subperenggan 30(1)(oo)(v)
subperenggan baru yang berikut—
“(vi) exchange, if requested by other members of the International Monetary Fund at the time of purchase, balances of Malaysian currency purchased by other members from the International Monetary Fund, or obtained by other members in exchange for currency purchased from the International Monetary Fund, for a freely usable currency (defined in Article XXX (f)
of the Articles of Agreement of the International
Monetary Fund) selected by the Bank at an exchange rate between the ringgit and that currency as may be consistent with paragraph 7(a) of Article XIX of the
Articles of Agreement of the International Monetary
Fund;”.
Akta berhubung dengan Akta 472 dan Akta 12
Peruntukan Akta Perjanjian Bretton Woods 1957, dan Akta
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara
Perjanjian) 1969, hendaklah dibaca tertakluk kepada peruntukan
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 184
(PENGESAHAN PINDAAN KEDUA KEPADA PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1977
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
- TIADA -
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan
Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian)
11
Akta 184
(PENGESAHAN PINDAAN KEDUA KEPADA PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1977
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari-TIADA-