Malaysia legislation

Section 3

of AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN KEDUA KEPADA PERKARA-PERKARA PERJANJIAN) 1977

Seksyen 3

Kebenaran untuk mengesahkan pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui surat cara yang ditandatanganinya memberi kuasa kepada orang yang dinamakannya dalam surat cara itu—

(a)

untuk menerima bagi pihak Malaysia Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang yang dilampirkan kepada Laporan Mac 1976 oleh Pengarah

Eksekutif kepada Lembaga Pengelola Kumpulan Wang;

dan

(b)

untuk mendeposit bagi pihak Malaysia dengan Kumpulan

Wang suatu surat cara yang menyatakan bahawa Kerajaan, mengikut undang-undang Malaysia, menyanggupi semua kewajipan ahli Kumpulan Wang di bawah Pindaan Kedua

Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan

Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian)

7

Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan bahawa

Kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan semua kewajipan itu.

Perluasan P.U. (A) 505/1969 4.

Perintah Perjanjian Bretton Woods 1969 [P.U. (A) 505/1969]

hendaklah disifatkan merujuk kepada segala hak dan kewajipan berkenaan dengan Akaun Sumber Wang Am, Akaun Pembayaran

Khas dan Akaun Pelaburan bagi Jabatan Am Kumpulan Wang di bawah Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang.

Pindaan yang berbangkit kepada Akta 12