Skip to content
ActIn force

Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1982
Sections
8
Languages
MS · EN

Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 is Malaysia Act, cited as Act 270 1982, currently marked in force and first recorded in 1982.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA

YANG KEMAS KINI

Akta 270

Sebagaimana pada 1 September 2012

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 30 April 1982

Tarikh penyiaran dalam Warta … … ... 13 Mei 1982

Kali terakhir dipinda melalui

P.U.

(A)

359/2011yang mula berkuat kuasa pada

… … … … 1 November 2011

3

Akta 270

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai pemberian elaun khas dan keistimewaan lain kepada seseorang Raja dan Permaisurinya yang masing-masingnya pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. [1 Julai 1981] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Istana Negara (Elaun-elaun

Diraja) 1982 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1981.

Elaun bagi bekas Yang di-Pertuan Agong

Maka hendaklah dibayar kepada seseorang Raja yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Pertama.

6 Undang-undang Malaysia AKTA 270

Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual

Pertama.

(2)

Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan

Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1).

Pembayaran

Elaun bulanan yang kena dibayar di bawah seksyen 2 dan subseksyen 3(1) hendaklah —

(b)

dibayar secara bulanan pada hari terakhir tiap-tiap bulan atau pada mana-mana hari lain dalam bulan itu sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa.

Tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan

Jumlah wang yang dikehendaki bagi pembayaran di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan ke atas Kumpulan Wang Disatukan.

Elaun tidak boleh diserahhakkan, dsb. dan ketidakpakaian Akta

Cukai Pendapatan 1967

(1)

Elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini tidak

Istana Negara (Elaun –elaun Diraja) 7

boleh diserahhakkan atau dipindah milik, atau ditahan, disita atau dilevi mengenai sesuatu tuntutan.

(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] tidak terpakai bagi elaun dan keistimewaan yang diberi di bawah Akta ini.

Pindaan Jadual

Jemaah Menteri boleh melalui perintah meminda Jadual dari semasa ke semasa.

Pemansuhan

Akta Pencen Khas (Raja Permaisuri Agong) 1979 [Akta 223]

dimansuhkan.

8 Undang-undang Malaysia AKTA 270

JADUAL PERTAMA

BAHAGIAN I

Bekas Yang di-Pertuan Agong:

Elaun Diraja Istana Negara

...

...

... RM20,250.00

BAHAGIAN II

Bekas Raja Permaisuri Agong:

Elaun Diraja Istana Negara ...

... … RM6,750.00 sebulan

______________

JADUAL KEDUA

(a)

suatu jumlah wang pukal sebanyak RM2,590.87 sebulan bagi penyenggaraan kereta dan penggajian drebar dan kakitangan istana;

(b)

sebuah kereta (tidak dikenakan fi pendaftaran dan fi lesen kenderaan motor), atau suatu elaun kereta dalam bentuk jumlah wang pukal sebanyak

RM250,000 dan pengecualian daripada fi lesen kenderaan motor bagi sebuah kereta yang didaftarkan di atas namanya sebagai ganti; dan

(c)

tempat kediaman tanpa sewa di rumah Kerajaan yang disenggara oleh

Kerajaan atau jumlah wang pukal elaun rumah sebanyak RM750,000.00

sebagai ganti.

9

Akta 270

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 267/1995

Perintah Elaun Diraja (Pindaan

Jadual Pertama) 1995 01-01-1994

Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual

Pertama dan Kedua) 2002 01-11-2001

P.U. (A) 282/2003

Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual

Kedua) 2003 01-11-2001

Act A1200

Akta Istana Negara (Elaun-elaun

Diraja) (Pindaan) 2003 01-11-2001

P.U. (A) 306/2003

Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual

Pertama) (No. 2) 2003 01-11-2001

P.U. (A) 359/2011

Perintah Istana Negara (Elaun-elaun Diraja) (Pindaan Jadual

Pertama) 2011 01-11-2011

10

Akta 270

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa

Dari 3

Akta A1200 01-11-2001

Jadual Pertama

P.U. (A) 267/1995

P.U. (A) 306/2003

P.U. (A) 359/2011 01-01-1994 01-11-2001 01-11-2001 01-11-2011

Jadual Kedua

P.U. (A) 282/2003 01-11-2001 01-11-2001

Common questions

What is Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982?
Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 is Malaysia Act, cited as Act 270 1982, currently marked in force and first recorded in 1982.
Is Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 still in force?
Yes — Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 is currently in force.
When did Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 take effect?
Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 was first recorded in 1982.
How many sections does Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 have?
Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 contains 8 sections.
Where can I read the official version of Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982?
The official text of Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.