Skip to content

Seksyen 3

Elaun bagi bekas Raja Permaisuri Agong

of Akta Istana Negara (Elaun-Elaun Diraja) 1982

ActIn forceProvision 3 of 8
Seksyen 3

(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Permaisuri seseorang Raja, yang pernah memegang jawatan Raja Permaisuri Agong, bagi seumur hidup, elaun bulanan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual

Pertama.

(2)

Jika Yang di-Pertuan Agong mangkat semasa memegang jawatan, maka hendaklah diberikan kepada Permaisurinya yang memegang jawatan Raja Permaisuri Agong pada masa kemangkatan

Yang di-Pertuan Agong itu elaun dan keistimewaan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua bagi seumur hidupnya sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang kena dibayar di bawah subseksyen (1).

Pembayaran