/akn/my/act/act/1988/339

*AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 1988

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1988
Last amended
2021
Sections
7
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 1988 is Malaysia Act, cited as Act 339 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan bagi membuat peruntukan mengenai pengurusan Kumpulan Wang itu dan perkara lain yang bersampingan dengannya. [19 Februari 1988] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“OECD” ertinya Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan

Ekonomi;

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

“Panel” ertinya Panel Kumpulan Wang Amanah Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“sekuriti” termasuklah saham, wang, syer dan bon, dan debentur dan surat cara lain yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau lien pada aset.

Seksyen 3

Kumpulan Wang Amanah Negara

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah ditadbirkan oleh Panel yang ditubuhkan di bawah seksyen 4.

Suggest a correction

(3)

Bank Negara Malaysia hendaklah bertanggungjawab atas pentadbiran dan pengurusan hari ke hari hal ehwal Kumpulan

Wang.

Panel Kumpulan Wang Amanah Negara

Suggest a correction

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang amanah hendaklah dilantik oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada—

(b)

seorang Timbalan Pengerusi yang hendaklah merupakan seorang pegawai Kementerian Kewangan;

Suggest a correction

(c)

seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri; dan

Suggest a correction

(d)

dua orang anggota yang mempunyai pengalaman dalam perniagaan atau kewangan.

Kumpulan Wang Amanah Negara 7

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Panel hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan sebagaimana yang diberikan dan dipertanggungkan oleh Akta ini atau sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Menteri dan boleh melalui surat cara bertulis mewakilkan kepada mana-mana orang segala atau mana-mana kuasa dan kewajipan itu.

Suggest a correction

(4)

Maka boleh dibayar kepada setiap anggota Panel daripada

Kumpulan Wang itu apa-apa elaun, termasuk elaun perjalanan dan elaun sara hidup, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(5)

Tertakluk kepada Akta ini, Panel hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat kaedah-kaedah dan mengawal selia prosidingnya.

Suggest a correction

(6)

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Panel hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Wang yang dikehendaki dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan daripada

Kumpulan Wang Disatukan kepada dan bagi maksud

Kumpulan wang;

Suggest a correction

(b)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh

Petroliam Nasional Berhad kepada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(c)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana Negeri di Malaysia yang mendapat apa-apa bentuk royalti daripada pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut lain;

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

Suggest a correction

(d)

segala wang daripada apa-apa pelaburan Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(e)

segala pemberian, derma, derma kekal, alang, sumbangan dan bekues sebagaimana yang dibuat kepada atau untuk faedah Kumpulan Wang; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya termasuklah penyelidikan atau pembangunan sesuatu sumber menyusut.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa sumbangan di bawah perenggan (1)(b) dan (f) boleh dibuat dalam setiap tahun kewangan daripada keuntungan Petroliam Nasional

Berhad, mana-mana orang atau pihak berkuasa yang sedemikian itu.

Penggunaan wang Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 6

Kewangan 1957, hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang—

Open as pageSuggest a correction

Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang boleh, selepas tamatnya tempoh sepuluh tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini, dan dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada

Menteri, digunakan bagi maksud yang berikut:

(a)

mana-mana daripada maksud

Kumpulan

Wang

Pembangunan sebagaimana yang dinyatakan dalam

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual

Pertama kepada

Akta

Kumpulan

Wang

Pembangunan 1966 [Akta 70 tahun 66]; dan

(b)

pemberian pinjaman atau pendahuluan mengikut terma konsesi kepada Kerajaan Persekutuan atau kepada

Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia.

Kumpulan Wang Amanah Negara 9

Pelaburan wang Kumpulan Wang

7. (1)

Panel boleh melaburkan wang yang ada dalam kredit

Kumpulan Wang—

(a)

sebagai deposit di mana-mana bank, di dalam atau di luar Malaysia, dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit;

(b)

dalam mana-mana daripada pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau

*Akta Pelaburan Pemegang Amanah 1965 [Akta 36

tahun 1965];

(c)

dalam sekuriti dengan kadar bunga tetap atau boleh berubah dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit yang dikeluarkan atau akan dikeluarkan oleh Malaysia, mana-mana negara asing yang menjadi anggota OECD, mana-mana institusi di mana sekuriti itu dijamin penuh oleh mana-mana negara yang menjadi anggota OECD, atau mana-mana institusi kewangan antarabangsa:

Dengan syarat bahawa tempoh kematangan mana-mana sekuriti sedemikian yang didenominasikan dalam mata wang asing tidak boleh melebihi sepuluh tahun;

(d)

dalam surat cara pasaran wang, termasuk bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dengan tempoh kematangan tidak melebihi satu tahun;

(e)

dalam pinjaman, mengikut terma yang menguntungkan

Kumpulan Wang, kepada Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

(f)

dalam pinjaman, mengikut terma yang menguntungkan

Kumpulan Wang, kepada mana-mana pihak berkuasa atau perbadanan awam yang Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan di dalamnya;

*CATATAN ─ Akta Pelaburan Pemegang Amanah 1965 [Akta 36 tahun 1965] telah disatukan dengan

Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

(g)

dalam pendahuluan bagi maksud membantu pencarigalian dan pembangunan mineral dan penanaman, pemprosesan atau pemasaran apa-apa keluaran utama kepada—

(i)

mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di

Persekutuan; dan

(ii)

mana-mana koperasi yang terlibat dalam kerja perlombongan, perladangan, pertanian, perkebunan atau perikanan;

(h)

dalam logam berharga termasuk emas, perak, platinum dan paladium; dan

(i)

sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Menteri.

(2)

Dalam memberikan apa-apa kebenaran di bawah seksyen ini

Menteri boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(3)

Jumlah pelaburan yang disebut dalam perenggan (1)(f) dan

(g)

tidak boleh pada bila-bila masa melebihi dua puluh peratus daripada aset boleh lupus Kumpulan Wang.

(4)

Pelaburan yang disebut dalam perenggan (1)(e) tidak boleh pada bila-bila masa melebihi lima peratus daripada asset boleh lupus Kumpulan Wang.

Fi pentadbiran

8. Apa-apa kos, perbelanjaan atau pembayaran lain yang secara langsung boleh dikaitkan dengan pentadbiran Kumpulan Wang hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang.

Kumpulan Wang Amanah Negara 11

Kuasa Menteri berhubungan dengan Panel

9. (1)

Menteri boleh memberi kepada Panel apa-apa arahan bersifat am yang tidak bercanggah dengan peruntukan Akta ini yang ada hubungan dengan penjalanan dan pelaksanaan fungsinya dan

Panel hendaklah melaksanakan segala arahan itu.

(2)

Panel hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan aset dan aktiviti

Kumpulan Wang sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.

Tahun kewangan

10. Bagi maksud Akta ini, tahun kewangan Kumpulan Wang hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember bagi setiap tahun.

Akaun dan audit

11. (1)

Panel hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan akaun dan rekod lain yang sempurna berkenaan dengan penjalanan

Kumpulan Wang dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Panel hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhirnya tahun kewangannya, menyebabkan akaun Kumpulan

Wang diauditkan oleh Ketua Audit Negara.

(3)

Pada akhir setiap tahun kewangan dan sebaik sahaja akaun

Kumpulan Wang telah diauditkan, Panel hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun itu dikemukakan kepada Menteri, berserta dengan satu salinan pemerhatian yang dibuat oleh Ketua

Audit Negara atas mana-mana penyata akaun atau atas akaun amnya.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 339

Laporan tahunan

12. Panel hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari bulan

April dalam setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dikemukakan kepada Menteri suatu laporan mengenai pelaburan Kumpulan Wang di sepanjang tahun kewangan yang terdahulu dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan polisi

Panel sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Akaun teraudit dan laporan tahunan hendaklah dibentangkan dalam Parlimen

13. Menteri hendaklah menyebabkan satu salinan akaun teraudit tahunan di bawah seksyen 11 dan laporan tahunan di bawah seksyen 12 yang diterima olehnya untuk dibentangkan dalam setiap

Majlis Parlimen.

Kuasa membuat peraturan-peraturan

14. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957 hendaklah terpakai

15. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam

Akta ini, peruntukan Akta Tatacara Kewangan 1957 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan arahan yang dikeluarkan di bawahnya hendaklah terpakai bagi Kumpulan Wang.

13

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

14

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

Common questions

What is NATIONAL TRUST FUND ACT 1988?
*AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 1988 is Malaysia Act, cited as Act 339 1988, currently marked in force and first recorded in 1988.
Is NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 still in force?
Yes — NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 is currently in force.
When did NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 take effect?
NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 was first recorded in 1988.
How many sections does NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 have?
NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 contains 6 sections.
What amends NATIONAL TRUST FUND ACT 1988?
NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 has been amended by AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA (PINDAAN) 2021.
Where can I read the official version of NATIONAL TRUST FUND ACT 1988?
The official text of NATIONAL TRUST FUND ACT 1988 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KUMPULAN WANG AMANAH NEGARA 1988 (No. 339) | mylaw.my