PERMULAAN
Tajuk ringkas
/akn/my/act/act/1990/448
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA BEKALAN ELEKRIK (SYARIKAT PENGGANTI) 1990 is Malaysia Act, cited as Act 448 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik (Syarikat
Pengganti) 1990.
Tafsiran
“Lembaga” ertinya Lembaga Letrik Negara Tanah Melayu yang ditubuhkan di bawah *Akta Elektrik 1949 [Akta 116];
“Menteri” ertinya Menteri yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan elektrik;
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 448
“Perbadanan” ertinya Menteri Kewangan yang di perbadankan oleh
Akta Menteri Kewangan (Pemerbadanan) 1957 [Akta 375];
“syarikat pengganti” ertinya syarikat yang kepadanya dipindahkan di bawah seksyen 3 segala harta, hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepadanya;
“tarikh pemindahan” ertinya tarikh yang padanya , segala harta, hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepada dipindahkan kepada syarikat pengganti.
Bahagian II
SYARIKAT PENGGANTI
Peletakhakan harta, dsb., Lembaga pada syarikat pengganti
Bagi mengelakkan keraguan―
apa-apa sebutan mengenai harta yang Lembaga berhak kepada, ialah suatu sebutan mengenai tanah dan hak dalam tindakan Lembaga sama ada terletak di Malaysia atau di tempat lain; dan
apa-apa sebutan mengenai hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepada, adalah suatu sebutan mengenai hak yang Lembaga berhak kepada atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, liabiliti yang
Lembaga tertakluk kepada, sama ada di bawah undang-undang Malaysia atau mana-mana negara di luar Malaysia dan termasuklah hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah pinjaman yang diperdapatkan.
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang dipindahkan melalui subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, selepas tarikh pemindahan, di bawa guaman ke atasnya, didapatkan kembali atau
Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 7
dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu tentang pemindahan yang dibuat oleh subseksyen itu.
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang dipindahkan melalui subseksyen (1) kepada syarikat pengganti boleh, pada dan selepas tarikh pemindahan, di bawa guaman ke atasnya, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidak perlu bagi syarikat itu atau Lembaga memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya dipindahkan oleh seksyen ini tentang pemindahan sedemikian.
Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada syarikat pada tarikh pemindahan, syarikat itu boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti
kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti syarikat itu berikutan dengan untukan permulaan sekuriti kepada Perbadanan.
Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada masa bila syarikat pengganti telah terhenti dipunyai secara keseluruhannya oleh Kerajaan Malaysia.
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, mengenai untukan, sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri Kewangan.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 448
________________________________________________________
*CATATAN— Akta Elektrik 1949 [Akta 116] telah dimansuhkan oleh Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] -Lihat subseksyen 56(1) Akta 447.
Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini―
hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan
hendaklah diterbitkan sebagai syer dibayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ia telah dibayar disebabkan oleh pembayaran kepada syarikat pengganti akan nilai nominalnya.
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak pada sekuriti yang diuntukkan kepada
Perbadanan menurut seksyen ini.
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Syer yang dipegang di bawah subseksyen 17(1) *Akta Elektrik 1949
Jika sebelum sahaja tarikh pemindahan, mana-mana orang memegang apa-apa syer Lembaga di bawah subseksyen 17(1) Akta
Elektrik 1949, semua syer itu hendaklah mulai dari tarikh pemindahan dipegang oleh orang itu dalam syarikat pengganti dan syarikat pengganti hendaklah menerbitkan syer kepada orang itu daripada suatu nilai yang tidak kurang daripada nilai syer yang dipegang oleh orang itu dalam Lembaga sebelum sahaja tarikh pemindahan.
Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti
sekuriti syarikat pengganti atau mana-mana subsidiari syarikat pengganti; atau
hak untuk memohon beli apa-apa sekuriti sedemikian.
Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 9
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini.
Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh
Menteri
Kewangan berbangkit daripada peruntukan seksyen ini hendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkan di bawah subseksyen 8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61].
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak pada, atau atas pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Duti setem hendaklah tidak dikenakan berkenaan dengan apa-apa pertambahan modal syarikat pengganti yang―
diakibatkan oleh penerbitan syer yang diuntukkan pada masa bila syarikat pengganti dipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan; dan
diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telah diakibatkan oleh penerbitan syer yang dilanggan oleh Menteri
Kewangan di bawah subseksyen (1)(a).
Penjalanan fungsi Menteri Kewangan menerusi penama
Kewangan boleh, pada bila-bila masa, memperoleh―
sekuriti syarikat pengganti boleh diserah hak di bawah seksyen 4 kepada mana-mana penama Menteri Kewangan yang dilantik bagi maksud seksyen itu atau kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki penerbitan sekuriti itu berikutan dengan untukan permulaannya kepada mana-mana penama sedemikian; dan
mana-mana penama yang dilantik bagi maksud seksyen 6
boleh memperoleh sekuriti atau hak mengikut seksyen itu.
Mana-mana orang yang memegang apa-apa sekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewangan menurut kuasa subseksyen (1)
hendaklah memegang dan memperlakukannya atas apa-apa terma dan
10
Undang-Undang Malaysia
AKTA 448
Opening note
Rizab statutori hanya boleh digunakan oleh syarikat pengganti untuk membayar syer tidak terbit syarikat itu yang hendak diuntukkan kepada anggota syarikat sebagai syer bonus berbayar penuh.
Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti―
peletakhakan yang dikuatkuasakan menurut kuasa seksyen 3 hendaklah dikira sebagai suatu peletakhakan segala harta, hak dan liabiliti yang Lembaga berhak atau tertakluk kepada sebelum sahaja penghujung tahun perakaunan genap terakhir Lembaga, yang berakhir sebelum tarikh pemindahan dan sebagai telah dikuatkuasakan selepas sahaja penghujung tahun itu; dan
nilai apa-apa aset dan amaun apa-apa liabiliti Lembaga, yang dikira sebagai telah terletak hak pada syarikat pengganti menurut kuasa perenggan (a) hendaklah dikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, amaun yang diberikan pada aset atau liabiliti itu bagi maksud penyata akaun bersamaan yang disediakan oleh
Lembaga, berkenaan dengan tahun itu.
Bagi maksud apa-apa akaun statutori syarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkan berkenaan dengan apa-apa butiran hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan oleh
Lembaga, sama ada dengan cara memperoleh, menilai semula atau melupuskan apa-apa aset atau melakukan, menilai semula atau menyelesaikan apa-apa liabiliti, atau dengan membawa apa-apa amaun pada apa-apa peruntukan rizab, atau selainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.
Bekalan Elektrik (Syarikat Pengganti) 11
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (4) amaun yang hendak dimasukkan dari semasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikat pengganti sebagai merupakan untung direalisasikan yang terkumpul hendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa untung yang direalisasikan dan dipegang simpan oleh
Lembaga telah direalisasikan dan dipegang simpan oleh syarikat pengganti.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutori syarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaun yang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud apa-apa peruntukan Akta
Syarikat 1965.
Bagi maksud seksyen ini, “tahun perakaunan genap” ertinya tahun perakaunan yang berakhir pada 31 Ogos atau suatu tempoh yang hendaklah ditentukan oleh Menteri Kewangan.
Bahagian III
DENGAN KAKITANGAN
Kakitangan
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah digajikan oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia adalah berhak sebelum sahaja tarikh pemindahan itu.
________________________________
12
Akta 448
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
13
Akta 448
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA