Seksyen 9
of Akta Bekalan Elekrik (Syarikat Pengganti) 1990
Seksyen 9
(1)
Syarikat pengganti hendaklah menyetuju terima ke dalam penggajiannya pada tarikh pemindahan tiap-tiap orang yang sebelum sahaja tarikh pemindahan adalah anggota kakitangan Lembaga dan yang telah diberi suatu pilihan oleh Lembaga dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat itu.
(2)
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja syarikat pengganti hendaklah digajikan oleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia adalah berhak sebelum sahaja tarikh pemindahan itu.
________________________________
12
Akta 448
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
13
Akta 448
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA