LAMPIRAN I
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa, fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Perkara V (selain perenggan (c) seksyen 13) dan seksyen 25, perenggan 1
dan 2(I) perkara VII hendaklah diperluas kepada anggota majikan dan anggota pekerja dan timbalan anggota kepada Badan Pentadbir Pertubuhan Buruh
Antarabangsa dan pengganti mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana orang anggota di bawah seksyen 16 hendaklah oleh
Badan Pentadbir itu.
2. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut dalam seksyen 21 tentang fasal am hendaklah diberikan juga kepada Timbalan
Ketua Pengarah Pejabat Buruh Antarabangsa dan mana-mana Penolong Ketua
Pengarah Pejabat Buruh Antarabangsa.
3. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen mereka yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu.
(ii) Berkaitan dengan (d) 3 (i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 53
Kekebalan)
mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada Pengerusi Majlis Pertubuhan itu, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan Pengerusi itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh
Majlis Pertubuhan itu
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut;
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen mereka yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu.
(ii) Berkaitan dengan (d) 2 (i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar itu untuk faedah
Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan
Pertubuhan itu.
3. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut dalam seksyen 21 fasal am hendaklah diberikan juga kepada Timbalan Ketua
Pengarah Pertubuhan itu.
(Teks disemak)
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada Pengerusi Majlis Pertubuhan itu dan kepada wakil Anggota
Bersekutu, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan Pengerusi itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Majlis Pertubuhan itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi,
Pertubuhan itu;
(c) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) ketidakbolehcabulan bagi kertas dan dokumen mereka yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu dan; bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas atau surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 55
Kekebalan)
(ii) Berkaitan dengan (d) 2 (i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar itu untuk faedah
Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan
Pertubuhan itu.
3. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut dalam seksyen 21 fasal am hendaklah diberikan juga kepada Timbalan Ketua
Pengarah Pertubuhan itu.
(Teks disemak kedua)
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Makanan Dan Pertanian Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I), perkara VII hendaklah diperluas kepada Pengerusi Majlis Pertubuhan itu dan kepada wakil Anggota
Bersekutu, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan Pengerusi itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Majlis Pertubuhan itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi,
Pertubuhan itu;
(c) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) ketidakbolehcabulan bagi kertas dan dokumen mereka yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu dan; bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas atau surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
(ii) Berkaitan dengan (d) 2 (i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar itu untuk faedah
Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan
Pertubuhan itu.
3. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut dalam seksyen 21 fasal am hendaklah diberikan juga kepada Timbalan Ketua
Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan itu.
LAMPIRAN III
PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA
Fasal am hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Pertubuhan Penerbangan
Awam Antarabangsa (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut dalam seksyen 21 fasal am hendaklah diberikan juga kepada Presiden Majlis
Pertubuhan itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi,
Pertubuhan itu;
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 57
Kekebalan)
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen mereka yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu.
(ii) Berkaitan dengan (d) 2 (i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
LAMPIRAN IV
PERTUBUHAN PELAJARAN, SAINS DAN KEBUDAYAAN BANGSA-BANGSA BERSATU
Fasal am hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Pertubuhan Pelajaran, Sains
Dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (kemudian daripada ini disebut
“Pertubuhan itu”), tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada Presiden bagi Persidangan dan anggota Lembaga Eksekutif
Pertubuhan itu, pengganti dan penasihat mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana anggota Lembaga Eksekutif di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Lembaga Eksekutif itu.
2. Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan itu, suami atau isterinya dan anaknya yang di bawah umur hendaklah juga mendapat keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang diberikan kepada utusan diplomatik mengikut undang-undang antarabangsa, yang mana dijamin oleh perkara VI, seksyen 21 Konvensyen kepada ketua eksekutif bagi setiap agensi khusus.
3. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(ii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
LAMPIRAN V
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA
Dalam pemakaiannya kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (kemudian daripada ini disebut “Tabung itu”), Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Seksyen 32 fasal am hendaklah hanya terpakai kepada perbezaan yang timbul daripada tafsiran atau pemakaian keistimewaan dan kekebalan yang diperoleh oleh Tabung semata-mata daripada Konvensyen ini dan tidak termasuk dalam mana yang boleh dituntut olehnya di bawah Perkara Perjanjian atau selainnya.
2. Peruntukan Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) tidak mengubah atau meminda atau menghendaki ubah suaian atau pindaan Perkara Perjanjian
Tabung itu atau mengurangkan atau mengehadkan apa-apa hak, kekebalan, keistimewaan atau pengecualian yang diberikan ke atas Tabung itu atau mana-mana anggotanya, Gabenor, Pengarah Eksekutif, pengganti, pegawai atau pekerja oleh Perkara Perjanjian Tabung itu, atau oleh apa-apa statut, undang-undang atau peraturan mana-mana anggota Tabung itu atau mana-mana subbahagian politik mana-mana anggota tersebut, atau selainnya.
LAMPIRAN VI
BANK ANTARABANGSA UNTUK PEMULIHAN DAN PEMBANGUNAN
Dalam pemakaiannya kepada Bank Antarabangsa Untuk Pemulihan Dan
Pembangunan (kemudian daripada ini disebut “Bank itu”), Konvensyen ini
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 59
Kekebalan)
(termasuklah lampiran ini) hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Seksyen 4 hendaklah digantikan dengan yang berikut:
“Tindakan boleh dibawa terhadap Bank itu hanya dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dalam wilayah sesuatu anggota Bank itu di mana Bank itu mempunyai pejabat, telah melantik agen untuk bagi maksud untuk menerima servis atau notis proses, atau telah mengeluarkan atau menjamin sekuriti. Walau bagaimanapun, tiada tindakan boleh dibawa oleh anggota atau orang yang bertindak atau mendapat tuntutan daripada anggota. Harta dan aset bank itu hendaklah, walau di mana pun terletak dan dipegang oleh sesiapapun, hendaklah kebal daripada semua bentuk rampasan, penahanan pelaksanaan sebelum penyampaian penghakiman muktamad terhadap Bank itu.”
2. Seksyen 32 fasal am hendaklah hanya terpakai kepada perbezaan yang timbul daripada tafsiran atau pemakaian keistimewaan dan kekebalan yang diperoleh oleh Bank semata-mata daripada Konvensyen ini dan tidak termasuk dalam mana yang boleh dituntut olehnya di bawah Perkara Perjanjian atau selainnya.
3. Peruntukan Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) tidak mengubah atau meminda atau menghendaki ubah suaian atau pindaan Perkara Perjanjian
Bank itu atau mengurangkan atau mengehadkan apa-apa hak, kekebalan, keistimewaan atau pengecualian yang diberikan ke atas Bank itu atau mana-mana anggotanya, Gabenor, Pengarah Eksekutif, pengganti, pegawai atau pekerja oleh Perkara Perjanjian Bank itu, atau oleh apa-apa statut, undang-undang atau peraturan mana-mana anggota Bank itu atau mana-mana subbahagian politik mana-mana anggota tersebut, atau selainnya.
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada orang yang dinamakan untuk berkhidmat dalam Lembaga
Eksekutif Pertubuhan itu, pengganti mereka dan penasihat mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana orang orang itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Lembaga itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan,
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;
(e) Hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai bagi komunikasi mereka dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
(ii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
(Teks disemak)
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada orang yang dinamakan untuk berkhidmat dalam Lembaga
Eksekutif Pertubuhan itu, pengganti mereka dan penasihat mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana orang itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Lembaga Eksekutif itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara VI)
yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi, Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 61
Kekebalan)
diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;
(e) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
(ii) Keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam perenggan (b)
dan (e) di atas hendaklah diberikan kepada orang yang berkhidmat dalam Panel
Penasihat Pakar Pertubuhan itu dalam menjalankan fungsi mereka sedemikian.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
3. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada wakil anggota bersekutu yang menyertai kerja Pertubuhan itu mengikut perkara 8 dan 47 Perlembagaan.
(Teks disemak kedua)
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada orang yang dinamakan untuk berkhidmat dalam Lembaga
Eksekutif Pertubuhan itu, pengganti mereka dan penasihat mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana orang itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Lembaga Eksekutif itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;
(e) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
(ii) Keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam perenggan (b)
dan (e) di atas hendaklah diberikan kepada orang yang berkhidmat dalam Panel
Penasihat Pakar Pertubuhan itu dalam menjalankan fungsi mereka sedemikian.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
3. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada wakil anggota bersekutu yang menyertai kerja Pertubuhan itu mengikut perkara 8 dan 47 Perlembagaan.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 63
Kekebalan)
4. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di seksyen 21 fasal am hendaklah juga diberikan kepada mana-mana Penolong
Ketua Pengarah Pertubuhan itu.
(Teks disemak ketiga)
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada orang yang dinamakan untuk berkhidmat dalam Lembaga
Eksekutif Pertubuhan itu, pengganti mereka dan penasihat mereka, kecuali bahawa apa-apa pengetepian kekebalan mana-mana orang itu di bawah seksyen 16 hendaklah oleh Lembaga itu.
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(c) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;
(e) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(ii) Keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam perenggan (b)
dan (e) di atas hendaklah diberikan kepada orang yang berkhidmat dalam Panel
Penasihat Pakar Pertubuhan itu dalam menjalankan fungsi mereka sedemikian.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
3. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2 (I) perkara VII hendaklah diperluas kepada wakil Anggota Bersekutu yang menyertai kerja Pertubuhan itu mengikut perkara 8 dan 47 Perlembagaan.
4. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di seksyen 21 fasal am hendaklah juga diberikan kepada mana-mana Timbalan
Ketua Pengarah, Penolong Ketua Pengarah dan Pengarah Daerah Pertubuhan itu.
LAMPIRAN VIII
KESATUAN POS SEDUNIA
[Terjemahan]
Fasal am hendaklah terpakai tanpa ubah suaian.
LAMPIRAN IX
KESATUAN TELEKOMUNIKASI ANTARABANGSA
Fasal am hendaklah terpakai tanpa ubah suaian kecuali Kesatuan
Telekomunikasi Antarabangsa tidak menuntut baginya layanan istimewa berkenaan dengan “Kemudahan berkenaan dengan komunikasi” yang diperuntukkan dalam perkara IV, seksyen 11.
LAMPIRAN X
PERTUBUHAN PELARIAN ANTARABANGSA
Fasal am hendaklah terpakai tanpa ubah suaian.
LAMPIRAN XI
PERTUBUHAN METEOROLOGI SEDUNIA
Fasal am hendaklah terpakai tanpa ubah suaian.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 65
Kekebalan)
PERTUBUHAN KONSULTATIF MARITIM ANTARA KERAJAAN
1. Keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di perkara VI, seksyen 21 fasal am, hendaklah diberikan kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan itu dan kepada Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan
Maritim, dengan syarat bahawa peruntukan perenggan ini tidak menghendaki
Anggota yang di dalam wilayahnya Pertubuhan itu mempunyai Ibu pejabat untuk memakai perkara VI, seksyen 21 fasal am ke atas mana-mana orang yang merupakan warganegaranya.
2. (a) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(i) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(ii) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(iii) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(iv) ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu;
(v) hak untuk menggunakan kod dan menerima dokumen dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai bagi komunikasi dengan Pertubuhan Konsultatif Maritim Antara Kerajaan itu.
Berkaitan dengan seksyen 2(a)(iv) dan (v) di atas prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(b) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(Teks disemak)
PERTUBUHAN KONSULTATIF MARITIM ANTARA KERAJAAN
1. Keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di perkara VI, seksyen 21 fasal am, hendaklah diberikan kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan itu, kepada Timbalan Setiausaha Agung dan kepada
Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Maritim, dengan syarat bahawa peruntukan perenggan ini tidak menghendaki Anggota yang di dalam wilayahnya Pertubuhan itu mempunyai Ibu pejabat untuk memakai perkara VI, seksyen 21 fasal am ke atas mana-mana orang yang merupakan warganegaranya.
2. (a) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(i) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(ii) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(iii) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(iv) ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu;
(v) hak untuk menggunakan kod dan menerima dokumen dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai bagi komunikasi dengan Pertubuhan Konsultatif Maritim Antara Kerajaan itu.
Berkaitan dengan seksyen 2 (a) (iv) dan (v) di atas prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(b) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 67
Kekebalan)
(Teks kedua disemak)
PERTUBUHAN MARITIM ANTARABANGSA
Keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di perkara VI, seksyen 21 fasal am, hendaklah diberikan kepada Setiausaha
Agung Pertubuhan itu, kepada Timbalan Setiausaha Agung, kepada Setiausaha
Jawatankuasa Keselamatan Maritim dan kepada Pengarah Bahagian
Pentadbiran, Bahagian Kerjasama Teknikal, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Hubungan Luar, Bahagian Persidangan dan Bahagian Alam
Sekitar Marin, dengan syarat bahawa peruntukan perenggan ini tidak menghendaki Anggota yang di dalam wilayahnya Pertubuhan itu mempunyai
Ibu pejabat untuk memakai perkara VI, seksyen 21 fasal am ke atas mana-mana orang yang merupakan warganegaranya. Jika pada bila-bila masa
Pertubuhan itu menukar gelaran mana-mana jawatan Pengarah, pemegang jawatan itu pada masa itu hendaklah terus diberikan keistimewaan dan kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di perenggan ini.
(a) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara
VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi,
Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(i) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(ii) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(iii) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(iv) ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu;
(v) hak untuk menggunakan kod dan menerima dokumen dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai bagi komunikasi dengan Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Berkaitan dengan seksyen 2 (a) (iv) dan (v) di atas prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(b) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
LAMPIRAN XIII
PERBADANAN KEWANGAN ANTARABANGSA
Dalam pemakaiannya kepada Perbadanan Kewangan Antarabangsa (kemudian daripada ini disebut “Perbadanan itu”), Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Seksyen 4 hendaklah digantikan dengan yang berikut:
“Tindakan boleh dibawa terhadap Perbadanan itu hanya dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dalam wilayah sesuatu anggota di mana Perbadanan itu mempunyai pejabat, telah melantik agen bagi maksud untuk menerima servis atau notis proses, atau telah mengeluarkan atau menjamin sekuriti. Walau bagaimanapun, tiada tindakan boleh dibawa oleh anggota atau orang yang bertindak bagi atau mendapat tuntutan daripada anggota. Harta dan aset Perbadanan itu hendaklah, walau di mana pun terletak dan dipegang oleh sesiapapun, hendaklah kebal daripada semua bentuk rampasan, penahanan atau pelaksanaan sebelum penyampaian penghakiman muktamad terhadap
Perbadanan itu.”
2. Perenggan (b) seksyen 7 fasal am hendaklah terpakai kepada
Perbadanan itu tertakluk kepada perkara III, seksyen 5 Perkara Perjanjian
Perbadanan itu.
3. Perbadanan itu mempunyai budi bicara untuk mengetepikan mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang diberikan di bawah perkara VI
Perkara Perjanjiannya sehingga suatu tahap dan atas apa-apa syarat yang boleh ditentukannya.
4. Seksyen 32 fasal am hendaklah hanya terpakai kepada perbezaan yang timbul daripada tafsiran atau pemakaian keistimewaan dan kekebalan yang diperoleh oleh Perbadanan itu semata-mata daripada Konvensyen ini dan tidak termasuk dalam mana yang boleh dituntut olehnya di bawah
Perkara Perjanjiannya atau selainnya.
5. Peruntukan Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) tidak mengubah atau meminda atau menghendaki ubah suaian atau pindaan
Perkara Perjanjian Perbadanan itu atau mengurangkan atau mengehadkan apa-apa hak, kekebalan, keistimewaan atau pengecualian yang diberikan ke atas Perbadanan itu atau mana-mana anggotanya, gabenor, pengarah eksekutif, pengganti, pegawai dan pekerjanya oleh Perkara Perjanjian
Perbadanan itu, atau oleh apa-apa statut, undang-undang atau peraturan
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 69
Kekebalan)
mana-mana anggota Perbadanan itu atau mana-mana subbahagian politik mana-mana anggota tersebut, atau selainnya.
LAMPIRAN XIV
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Pembangunan Antarabangsa
(kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), Konvensyen ini, termasuklah lampiran ini, hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Seksyen 4 hendaklah digantikan dengan yang berikut:
“Tindakan boleh dibawa terhadap Pertubuhan itu hanya dalam mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dalam wilayah sesuatu anggota di mana Pertubuhan itu mempunyai pejabat, telah melantik agen bagi maksud untuk menerima servis atau notis proses, atau telah mengeluarkan atau menjamin sekuriti. Walau bagaimanapun, tiada tindakan boleh dibawa oleh anggota atau orang yang bertindak bagi atau mendapat tuntutan daripada anggota. Harta dan aset Pertubuhan itu hendaklah, walau di mana pun terletak dan dipegang oleh sesiapapun, hendaklah kebal daripada semua bentuk rampasan, penahanan atau pelaksanaan sebelum penyampaian penghakiman muktamad terhadap
Pertubuhan itu.”
2. Seksyen 32 fasal am hendaklah hanya terpakai kepada perbezaan yang timbul daripada tafsiran atau pemakaian keistimewaan dan kekebalan yang diperoleh oleh Pertubuhan itu semata-mata daripada Konvensyen ini dan tidak termasuk dalam mana yang boleh dituntut olehnya di bawah
Perkara Perjanjiannya atau selainnya.
3. Peruntukan Konvensyen ini (termasuklah lampiran ini) tidak mengubah atau meminda atau menghendaki ubah suaian atau pindaan
Perkara Perjanjian Pertubuhan itu atau mengurangkan atau mengehadkan apa-apa hak, kekebalan, keistimewaan atau pengecualian yang diberikan ke atas Pertubuhan itu atau mana-mana anggotanya, gabenor, pengarah eksekutif, pengganti, pegawai atau pekerjanya oleh Perkara Perjanjian
Pertubuhan itu, atau oleh apa-apa statut, undang-undang atau peraturan mana-mana anggota Pertubuhan itu atau mana-mana subbahagian politik mana-mana anggota tersebut, atau selainnya.
LAMPIRAN XV
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA
“Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia
(kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
“1. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di perkara VI, seksyen 21, fasal am hendaklah juga diberikan kepada
Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan itu.
“2. (a)
Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi, Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
“(i) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
“(ii) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
“(iii) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
“(iv) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Pertubuhan itu;
“(v) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima dokumen dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
Berkaitan dengan (iv) dan (v) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
“(b)
Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar yang disebut dalam perenggan (a) di atas untuk faedah Pertubuhan itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.”
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 71
Kekebalan)
LAMPIRAN XVI
TABUNG PEMBANGUNAN PERTANIAN ANTARABANGSA
Dalam pemakaiannya kepada Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa
(kemudian daripada ini disebut “Tabung itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada peruntukan yang berikut:
1. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di seksyen 21 fasal am hendaklah juga diberikan kepada mana-mana Naib
2. (i) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi, Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(a) kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Tabung itu;
(c) kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(d) ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Tabung itu dan, bagi maksud komunikasi mereka dengan Tabung itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai.
(ii) Berkaitan dengan (d)2(i) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
(iii) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar untuk faedah Tabung itu dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri.
Tabung itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Tabung itu.
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
LAMPIRAN XVII
PERTUBUHAN PEMBANGUNAN INDUSTRI BANGSA-BANGSA BERSATU
Dalam pemakaiannya kepada Pertubuhan Pembangunan Industri Bangsa-Bangsa Bersatu (kemudian daripada ini disebut “Pertubuhan itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
1. (a) Pakar (selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara VI) yang berkhidmat dalam jawatankuasa, atau menjalankan misi bagi, Pertubuhan itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan yang berikut setakat yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan, termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam jawatankuasa atau misi tersebut:
(i) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(ii) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam jawatankuasa, atau bekerja dalam misi bagi, Pertubuhan itu;
(iii) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara;
(iv) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen;
(v) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Pertubuhan itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima dokumen dan surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai;
(b) Berkaitan dengan subperenggan (iv) dan (v) perenggan 1(a) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai;
(c) Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar dalam
Pertubuhan itu untuk faedah Pertubuhan dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri. Pertubuhan itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Pertubuhan itu.
2. Keistimewaan, kekebalan, pengecualian dan kemudahan yang disebut di seksyen 21 fasal am hendaklah juga diberikan kepada mana-mana
Timbalan Ketua Pengarah Pertubuhan itu.
Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan 73
Kekebalan)
LAMPIRAN XVIII
ORGANISASI PELANCONGAN DUNIA
Dalam pemakaiannya kepada Organisasi Pelancongan Dunia (kemudian daripada ini disebut sebagai “Organisasi itu”), fasal am hendaklah berkuat kuasa tertakluk kepada ubah suaian yang berikut:
1. Perkara V dan seksyen 25, perenggan 1 dan 2(I), perkara VII
Konvensyen hendaklah diperluas kepada wakil Anggota Bersekutu yang menyertai kerja Organisasi itu mengikut Statut Organisasi Pelancongan
(kemudian daripada ini disebut “Statut itu”).
2. Wakil Anggota Bersekutu, yang menyertai aktiviti Organisasi itu mengikut Statut itu, hendaklah diberikan:
(a) Semua kemudahan bagi melindungi penjalanan fungsi rasmi mereka;
(b) Kecepatan maksimum dalam memproses permohonan visa mereka, jika dikehendaki dan apabila diiringi dengan suatu perakuan bahawa mereka dalam perjalanan atas urusan
Organisasi itu. Sebagai tambahan, orang itu hendaklah diberikan kemudahan untuk perjalanan cepat;
(c) Berkaitan dengan subperenggan (b) di atas, prinsip yang terkandung dalam ayat terakhir seksyen 12 fasal am hendaklah terpakai.
3. Pakar, selain pegawai yang termasuk dalam ruang lingkup perkara VI
Konvensyen, yang berkhidmat dalam organ dan badan, atau menjalankan misi bagi, Organisasi itu hendaklah diberikan keistimewaan dan kekebalan sebagaimana yang perlu bagi penjalanan fungsi mereka dengan berkesan dan bebas termasuklah masa yang diambil bagi perjalanan yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam organ dan badan atau misi tersebut. Secara khususnya, mereka hendaklah diberikan:
(a) Kekebalan daripada penangkapan diri atau daripada rampasan bagasi peribadi;
(b) Berkenaan dengan perkataan yang ditutur atau ditulis atau perbuatan yang dibuat oleh mereka dalam menjalankan fungsi rasmi mereka, kekebalan daripada apa-apa jenis proses perundangan; kekebalan itu berterusan walaupun orang yang berkenaan tidak lagi berkhidmat dalam organ atau badan atau bekerja dalam misi bagi, Organisasi itu;
(c) Ketidakbolehcabulan bagi semua kertas dan dokumen yang berkaitan dengan kerja mereka bagi Organisasi;
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 485
(d) Bagi maksud komunikasi mereka dengan Organisasi itu, hak untuk menggunakan kod dan menerima kertas atau surat-menyurat melalui perkhidmatan kurir atau di dalam beg bermeterai;
(e) Kemudahan yang sama dari segi sekatan mata wang dan sekatan pertukaran dan berkenaan bagasi peribadi mereka seperti yang diberikan kepada pegawai Kerajaan asing dalam misi rasmi sementara.
4. Keistimewaan dan kekebalan diberikan kepada pakar untuk faedah
Organisasi dan bukan untuk faedah peribadi individu itu sendiri.
Setiausaha Agung Organisasi itu mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan mana-mana pakar dalam mana-mana kes jika pada pendapatnya kekebalan itu akan menghalang proses keadilan, dan ia boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan Organisasi itu.
5. Walau apapun perenggan 2 di atas, perenggan 3 dan 4 di atas hendaklah terpakai bagi wakil Anggota Bersekutu yang menjalankan misi bagi Organisasi itu sebagai pakar.
6. Keistimewaan dan kekebalan yang disebut di seksyen 21 fasal am hendaklah juga diberikan kepada Timbalan Setiausaha Agung Organisasi itu, suami atau isterinya dan anaknya yang di bawah umur.
75
Akta 485
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa meminda dari
Akta A1405
Akta Organisasi Antarabangsa 16-09-2011
(Keistimewaan dan Kekebalan)
(Pindaan) 2011
76
Akta 485
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
1A
Akta A1405 16-09-2011
1B
Akta A1405 16-09-2011
2
Akta A1405 16-09-2011
3
Akta A1405 16-09-2011
4
Akta A1405 16-09-2011
6A
Akta A1405 16-09-2011
6B
Akta A1405 16-09-2011
8A
Akta A1405 16-09-2011
11
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Pertama
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Kedua
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Ketiga
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Kelima
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Ketujuh
Akta A1405 16-09-2011
Jadual Kelapan
Akta A1405 16-09-2011