Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan

8. Pemberhentian daripada jawatan

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

seseorang Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

(b)

seorang pengerusi, pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan sesuatu institusi yang ditetapkan tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam

Jadual Pertama, dia hendaklah dengan serta-merta terhenti memegang jawatan dan terhenti untuk bertindak atas sifat sedemikian.

(1A)

Institusi yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta-merta—

Institusi Kewangan Pembangunan 31

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), menamatkan pelantikan Ketua

Pegawai Eksekutif atau pengarah itu; atau

(b)

dalam hal perenggan (1)(b), memecat pengerusi, pengarah,

Ketua Pegawai Eksekutif atau pegawai kanan itu daripada jawatan.

(1B)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (1A)(a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 123B dan walau apa pun subseksyen (1)

dan (1A), Bank, dengan persetujuan Menteri, boleh mengarahkan institusi yang ditetapkan itu—

(a)

untuk menamatkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang menjadi hilang kelayakan menurut kuasa subseksyen 7(1); atau

(b)

untuk memecat Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang tidak lagi mematuhi mana-mana kriteria yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, dan institusi yang ditetapkan itu hendaklah mematuhi arahan untuk menamatkan pelantikan orang itu atas sifat sedemikian atau memecat orang itu daripada jawatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah yang ditamatkan di bawah perenggan (a) tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi penamatan itu.

(3)

Semasa menanti penyelesaian apa-apa prosiding jenayah di mana-mana mahkamah bagi apa-apa kesalahan yang disebut dalam perenggan 7(1)(b) atau (c) terhadap mana-mana orang yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sesuatu institusi yang ditetapkan, orang itu tidak boleh bertindak atas sifat itu, atau memegang apa-apa jawatan lain, atau bertindak atas apa-apa sifat lain,

32

Undang-Undang Malaysia dalam institusi yang ditetapkan itu, atau dengan apa-apa cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, terlibat dalam, atau mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam, apa-apa aktiviti, hal ehwal atau urusan institusi yang ditetapkan itu atau berhubung dengan institusi yang ditetapkan itu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Bank, dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dikenakan oleh Bank.

(4)

(Dipotong oleh Akta A1502).

(5)

Bagi maksud subseksyen (3), prosiding jenayah yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah disifatkan belum selesai dari tarikh orang tertuduh itu pertama kali dipertuduh di mahkamah bagi kesalahan itu sehinggalah tarikh keputusan muktamad prosiding itu, sama ada di mahkamah berbidang kuasa asal atau, sekiranya ada apa-apa rayuan oleh mana-mana pihak, di mahkamah berbidang kuasa rayuan muktamad.

Report

Bahagian III

Sekatan ke Atas Perniagaan

Bahagian IV

Obligasi dan Sumber Kewangan

Bahagian V

Urusan Dengan Wang Kerajaan

Bahagian VI

Pengawalan Orang yang Ingkar

Bahagian VII

Juruaudit dan Akaun

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules