6. Pemberikuasaan untuk menandatangani Perjanjian dan menjadi anggota Lembaga
Feedback & supportBank adalah diberi kuasa untuk menandatangani dan menyetujui terima Perjanjian dan menjadi anggota penuh Lembaga dan untuk menjalankan hak atau melaksanakan tugas-tugas atau fungsi-fungsinya berhubung dengan keanggotaannya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Bank boleh—
membayar apa-apa fi keanggotaan kepada Lembaga sebagaimana yang ditentukan dari semasa ke semasa di bawah Perjanjian;
memberikan, menyumbangkan, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa jumlah wang atau membuat apa-apa pembayaran lain yang diperlukan bagi penubuhan
Lembaga kepada Lembaga berasaskan prinsip Islam;
menyewakan kepada Lembaga atau memberikan kebenaran yang sah di sisi undang-undang kepada Lembaga untuk menghuni dan menggunakan harta tak alih Bank bagi maksud-maksud Lembaga atau bagi mengadakan rumah kediaman bagi Setiausaha Agung atau anggota-anggota lain Sekretariat dengan atau tanpa membayar caj;
menerima apa-apa bayaran yang dibuat kepadanya oleh
Lembaga; dan
melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang diberikan kepadanya, atau kewajipan yang dikenakan ke atasnya, melalui atau di bawah Perjanjian.
Kuasa Bank di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519].