Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian III · Penubuhan Yayasan Labuan
8. Piagam yayasan Labuan
Feedback & support(1)
Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah mempunyai piagam, yang hendaklah ditandatangani dengan sewajarnya oleh setiap pengasas.
(2)
Piagam sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyatakan butiran yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
(3)
Piagam sesuatu yayasan Labuan boleh membuat peruntukan bagi, tetapi tidak terhad kepada, perkara yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua.
(4)
Jika piagam tidak mengandungi apa-apa peruntukan mengenai apa-apa perkara, peruntukan Akta ini berkenaan dengan perkara itu hendaklah terpakai.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 706