PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
/akn/my/act/act/2010/714
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010 is Malaysia Act, cited as Act 714 2010, currently marked repealed and first recorded in 2010.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” ertinya Pengerusi dan anggota lain Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Entiti Kerajaan” ertinya—
Kerajaan Persekutuan, atau mana-mana Kerajaan Negeri,
Pihak Berkuasa Negeri atau kerajaan tempatan; dan
mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, bagi Kerajaan Persekutuan, atau bagi mana-mana Kerajaan
Negeri atau kerajaan tempatan, sama ada ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis atau selainnya;
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 13;
“kenderaan barangan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010
[Akta 715];
“kenderaan pelancongan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“kenderaan perkhidmatan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“kereta api” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 23;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 9
“Menteri” ertinya Perdana Menteri;
“Menteri Kewangan” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan;
“orang kurang upaya” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685];
“pegawai dilantik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“pekerja” ertinya mana-mana orang yang diambil kerja oleh
Suruhanjaya di bawah seksyen 25, dan termasuklah Ketua Pegawai
Eksekutif;
“pengangkutan awam darat” ertinya pengangkutan atas darat dengan cara pengangkutan penumpang awam darat dan pengangkutan barang awam darat, dan termasuklah perkhidmatan pengangkutan awam darat, terminal, kemudahan, rangkaian, sistem, pengendalian dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengangkutan sedemikian atau perkhidmatan pengangkutan awam darat;
“pengangkutan barang awam darat” ertinya pembawaan barangan atas darat dengan cara kenderaan barangan atau kereta api;
“pengangkutan penumpang awam darat” ertinya pembawaan penumpang, termasuk bagasi mereka, atas darat dengan cara kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;
“pengendali berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5;
“perkhidmatan pengangkutan awam darat” ertinya—
pembawaan barangan dengan cara pengangkutan barang awam darat;
Undang-Undang Malaysia 10
“reka bentuk sejagat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Orang Kurang Upaya 2008;
“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri di bawah subseksyen 1(2);
“undang-undang pengangkutan awam darat” ertinya Akta ini dan
Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.
Bahagian II
Penubuhan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Suruhanjaya boleh, atas apa-apa terma yang disifatkannya patut—
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan yang terletak hak pada
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 11
Meterai perbadanan
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh
Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.
Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Suruhanjaya
Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
tidak kurang daripada tiga orang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang pada pendapat
Menteri mempunyai pengetahuan dan pengalaman dan menunjukkan keupayaan dan profesionalisme dalam perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat atau apa-apa kelayakan sesuai yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Jadual
6. (1) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota
Suruhanjaya.
Menteri boleh meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Kelulusan untuk memegang jawatan lain
7. Seseorang anggota Suruhanjaya tidak boleh, semasa memegang jawatan itu, memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain, sama ada yang dibayar saraan atau tidak, tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Menteri.
Tempoh jawatan
8. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
Seksyen ini tidak terpakai bagi Ketua Pegawai Eksekutif.
Saraan dan elaun
9. (1) Pengerusi hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Semua anggota lain Suruhanjaya hendaklah dibayar elaun pada apa-apa kadar yang ditentukan oleh Menteri.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 13
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan
10. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota Suruhanjaya.
Seseorang anggota Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
11. Jawatan seseorang anggota Suruhanjaya hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika dia telah disabitkan atas suatu kesalahan;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri; atau
dalam hal seseorang anggota Suruhanjaya selain Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Suruhanjaya tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
12. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota
Suruhanjaya, selain Ketua Pegawai Eksekutif, untuk bertindak sebagai Pengerusi selama tempoh apabila—
jawatan Pengerusi kosong;
Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Undang-Undang Malaysia 14
Jawatankuasa
13. (1) Suruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya.
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
Suruhanjaya boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa.
Seseorang pengerusi jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Suruhanjaya.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, memberhentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 15
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya—
minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Suruhanjaya dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (13) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Penzahiran kepentingan
14. (1) Seseorang anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 13 yang mempunyai atau memperoleh suatu kepentingan langsung atau tidak langsung sama ada dengan sendiri, menerusi anggota keluarganya atau menerusi sekutunya berhubung dengan apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Suruhanjaya atau jawatankuasa itu hendaklah menzahirkan kepada Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hakikat kepentingannya dan jenis kepentingan itu.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai perkara itu; dan
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum
Suruhanjaya atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
Undang-Undang Malaysia 16
Seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Tiada tindakan atau prosiding Suruhanjaya atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubungan dengan seseorang anggota
Suruhanjaya atau jawatankuasa, termasuklah—
suami atau isterinya;
ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan
suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya; dan
“sekutu”, berhubungan dengan seseorang anggota Suruhanjaya atau jawatankuasa, ertinya—
orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pekongsi anggota itu;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seorang anggota keluarganya ialah seorang benefisiari; atau
mana-mana perbadanan mengikut pengertian Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya ialah seorang pengarah atau mempunyai pemegangan syer yang substansial dalam perbadanan itu.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 17
BAHAGIAN III
FUNGSI DAN KUASA SURUHANJAYA
Fungsi Suruhanjaya
15. Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala fungsi yang diberikan kepadanya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat dan hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menasihati Menteri tentang segala perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat, termasuklah perkara yang berkaitan dengan penjalanan fungsinya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk menggalakkan, meningkatkan, memudahkan dan melaksanakan suatu pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, responsif, cekap, terancang, bersepadu dan mapan;
untuk menggalakkan, meningkatkan, memudahkan dan melaksanakan penyediaan perkhidmatan mampu dibayar bagi pembawaan penumpang oleh kenderaan perkhidmatan awam dan kereta api dan perkhidmatan yang bersaingan bagi pembawaan barangan oleh pengangkutan barang awam darat;
untuk menasihati Menteri tentang dasar dan rancangan, termasuklah skim dan program berkenaan dengan pengangkutan awam darat dan membangunkan strategi yang selaras dengan dasar dan rancangan itu, termasuklah yang berhubungan dengan—
penyediaan, pembangunan, penambahbaikan dan peluasan pengangkutan awam darat selaras dengan permintaan pengguna yang dijangka;
peningkatan keselamatan, kebolehharapan dan kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam darat melalui perumusan, pelaksanaan dan pemantauan standard pencapaian minimum;
penggalakan dan penambahbaikan bagi penyelarasan, kesepaduan dan kebolehcapaian dalam sistem pengangkutan awam darat;
Undang-Undang Malaysia 18
rangka kerja yang bersaingan berkenaan dengan pengadaan perkhidmatan pengangkutan awam darat; dan
mekanisme pengurusan permintaan perjalanan;
untuk membantu Menteri dalam membangunkan suatu rancangan induk negara dan rancangan induk wilayah atau dokumen dasar atau rancangan lain yang diminta oleh Menteri dari semasa ke semasa, bagi pengangkutan awam darat dan mengkaji semula, menyemak dan jika berkenaan, melaksanakan mana-mana bahagian rancangan induk negara dan rancangan induk wilayah atau dokumen dasar atau rancangan lain itu yang termasuk dalam ruang lingkup fungsi dan kuasanya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat dan membantu Menteri dalam memantau takat pelaksanaannya oleh Entiti Kerajaan yang lain yang menjalankan fungsi dan kuasa mereka di bawah undang-undang bertulis yang lain atau selainnya;
untuk menasihati Menteri tentang struktur atau mekanisme yang adil dan cekap bagi tambang yang dikenakan ke atas penumpang kenderaan perkhidmatan awam dan kereta api, yang mampu dibayar oleh penumpang dan adil kepada pengendali berlesen, dengan mengambil kira pertimbangan yang berkaitan, termasuklah standard dan kualiti perkhidmatan yang diberikan;
untuk menasihati Menteri tentang struktur atau mekanisme yang bersaingan bagi pengangkutan barang awam darat, dengan mengambil kira pertimbangan yang berkaitan, termasuklah standard dan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan daya maju pengendali;
untuk menyelia dan mengawal selia pengangkutan awam darat mengikut undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk mengkaji semula undang-undang pengangkutan awam darat dan mana-mana undang-undang lain yang melibatkan pengangkutan awam darat dan membuat syor yang perlu kepada Kerajaan;
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 19
untuk menggalakkan, memudahkan, meningkatkan dan melaksanakan penggunaan teknologi baru bagi penambahbaikan prestasi dari segi alam sekitar atau pematuhan alam sekitar bagi pengangkutan awam darat dan mengawal selia penggunaan teknologi baru itu;
untuk menyiasat dan mengkaji semula kemalangan dan insiden kereta api mengikut dan tertakluk kepada fungsinya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan mengambil apa-apa tindakan yang responsif yang difikirkannya sesuai;
untuk menjalankan siasatan mengenai, menjalankan tinjauan dan penyelidikan ke atas, mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau berkaitan dengan pembangunan atau penambahbaikan pengangkutan awam darat, termasuklah mengurangkan kesesakan jalan atau untuk menjalankan fungsi Suruhanjaya dengan lebih baik;
untuk memupuk dan menggalakkan kefahaman yang lebih baik bagi dasar, rancangan, strategi, skim dan program yang terkandung dalam rancangan induk pengangkutan awam darat yang diperihalkan dalam perenggan (e), sama ada secara sendirian atau bersesama dengan Entiti
Kerajaan atau mana-mana orang lain;
untuk mengeluarkan garis panduan atau pekeliling berhubungan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk mengesyorkan kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan apa-apa dasar, undang-undang dan tindakan yang hendaklah diguna pakai oleh mereka bagi memudahkan pencapaian pengangkutan awam darat yang selamat, boleh diharap, responsif, cekap, terancang, bersepadu dan mapan;
untuk menasihati atau memberikan garis panduan atau syor kepada Entiti Kerajaan yang berkaitan berhubungan dengan persepaduan penggunaan tanah dan perancangan dan dasar pengangkutan awam darat;
untuk menggalakkan dan memudahkan pematuhan kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam darat dengan reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada kemudahan, ameniti dan perkhidmatan itu dan penggunaannya oleh orang kurang upaya;
Undang-Undang Malaysia 20
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepada Suruhanjaya oleh undang-undang pengangkutan awam darat; dan
untuk menjalankan segala aktiviti dan membuat segala benda yang pada hemat Suruhanjaya diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi maksud menjalankan atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat.
Kuasa Suruhanjaya
16. (1) Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang perlu atau suai manfaat bagi, atau yang berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa
Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menggunakan semua harta Suruhanjaya, alih dan tak alih, mengikut apa-apa cara yang difikirkan suai manfaat oleh Suruhanjaya termasuk menggadaijanjikan harta itu bagi pemerdapatan pinjaman;
untuk mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Suruhanjaya;
untuk melantik mana-mana ejen, pakar atau perunding yang difikirkannya patut untuk membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan fungsinya;
untuk memberikan pinjaman dan biasiswa kepada pekerja
Suruhanjaya bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh
Menteri;
untuk merumuskan dan melaksanakan program bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya dengan wajar dan berkesan, termasuklah program bagi pembangunan sumber manusia, pembiayaan dan kerjasama;
untuk bekerjasama dengan Entiti Kerajaan atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang lain bagi maksud melaksanakan fungsi Suruhanjaya; dan
untuk melakukan apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 21
Perkiraan dengan Entiti Kerajaan
17. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Suruhanjaya boleh membuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana Entiti
Kerajaan berkenaan dengan—
penjalanan oleh Suruhanjaya dan Entiti Kerajaan itu akan apa-apa fungsi dan kuasa mereka masing-masing; atau
penjalanan atau pengadaan oleh Entiti Kerajaan itu, bagi pihak Suruhanjaya, apa-apa kerja atau perkhidmatan.
Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—
dengan kebenaran Menteri dalam hal sesuatu Entiti
Kerajaan Persekutuan;
dengan kebenaran Kerajaan Negeri masing-masing dalam hal sesuatu Entiti Kerajaan Negeri; dan
tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yang mentadbirkan fungsi dan kuasa Entiti Kerajaan yang berkaitan.
Tanggungjawab Entiti Kerajaan
18. Menjadi tanggungjawab tiap-tiap Entiti Kerajaan untuk—
bekerjasama dengan dan membantu Suruhanjaya, termasuk memberikan apa-apa maklumat yang dalam kawalan mereka atau keupayaan mereka untuk memperoleh, sebagaimana yang dikehendaki oleh
Suruhanjaya dan mana-mana pegawai dilantik dalam pelaksanaan fungsi Suruhanjaya dan penjalanan kuasa
Suruhanjaya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; dan
jika berkaitan, merujuk dan menggunakan maklumat dan statistik yang disebarkan oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsi Entiti Kerajaan itu dan dalam menjalankan kuasanya.
Undang-Undang Malaysia 22
Pewakilan fungsi dan kuasa Suruhanjaya
19. (1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat, kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari, kepada—
seorang anggota Suruhanjaya;
suatu jawatankuasa; dan
mana-mana pekerja Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh
Suruhanjaya.
Mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Suruhanjaya.
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Suruhanjaya daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi dan kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.
Arahan oleh Menteri
20. (1) Suruhanjaya adalah bertanggungjawab kepada Menteri.
Menteri boleh memberi Suruhanjaya arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan undang-undang pengangkutan awam darat, yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa Suruhanjaya dan Suruhanjaya hendaklah melaksanakan arahan itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
21. (1) Suruhanjaya hendaklah memberi Menteri, dan mana-mana pihak berkuasa awam yang dinyatakan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 23
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Suruhanjaya boleh menubuhkan dan terlibat dalam pertubuhan perbadanan
22. Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan
Menteri Kewangan, menubuhkan dan terlibat dalam mana-mana pertubuhan perbadanan bagi maksud meningkatkan standard tahap perkhidmatan yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat atau bagi apa-apa maksud lain yang disifatkan perlu untuk menggalakkan pembangunan dan penambahbaikan pengangkutan awam darat.
BAHAGIAN IV
PEKERJA SURUHANJAYA
Ketua Pegawai Eksekutif
23. (1) Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pegawai
Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat, dan yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun, yang difikirkannya wajar.
Suruhanjaya hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pegawai
Eksekutif apa-apa kuasa dan mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari
Suruhanjaya pada keseluruhannya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pekerja Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 24
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am
Suruhanjaya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi seorang pekerja
Suruhanjaya.
Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif
24. Menteri boleh melantik mana-mana pekerja Suruhanjaya untuk bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif semasa apa-apa tempoh apabila—
jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;
Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau
Ketua Pegawai Eksekutif, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan kewajipan jawatannya.
Pelantikan pekerja Suruhanjaya
25. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja yang difikirkannya wajar dan perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya sesuai bagi menjalankan maksud undang-undang pengangkutan awam darat.
Syarat perkhidmatan
26. Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, menentukan syarat perkhidmatan pekerjanya.
Pembayaran faedah persaraan, dsb.
27. Suruhanjaya boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pekerjanya dan orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, pencen, ganjaran dan elaun lain yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 25
Pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan
28. Suruhanjaya boleh memberikan pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan kepada pekerjanya bagi apa-apa maksud dan atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
BAHAGIAN V
KEWANGAN
Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
29. (1) Suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat” ditubuhkan dan hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Suruhanjaya.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
semua atau mana-mana bahagian fi lesen pengendali atau fi lain, caj pentadbiran atau caj lain yang dikenakan oleh atau yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat;
semua wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan yang dibuat oleh Suruhanjaya;
semua wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urus niaga lain mengenai, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Suruhanjaya;
semua wang dan harta yang dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya;
apa-apa kos yang dibayar kepada, atau didapatkan oleh,
Suruhanjaya dalam mana-mana penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah;
semua wang yang dipinjam oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 33; dan
Undang-Undang Malaysia 26
semua wang lain yang diterima dengan sah oleh
Suruhanjaya, tetapi tidak termasuk wang atau jumlah wang yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
30. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:
untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Suruhanjaya;
untuk membayar saraan, elaun dan belanja lain anggota
Suruhanjaya, anggota jawatankuasa dan pekerja
Suruhanjaya, termasuk pemberian pinjaman, biasiswa dan wang pendahuluan, elaun persaraan, faedah persaraan, pencen, ganjaran dan faedah lain;
untuk membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubungan dengan perolehan barangan dan perkhidmatan, termasuk pengambilan khidmat perunding, fi dan kos guaman dan fi serta kos lain, yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh Suruhanjaya dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan apa-apa aset, dan membina bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam pelaksanaan fungsinya atau penjalanan kuasanya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat;
untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 33 dan bunga yang kena dibayar atas wang yang dipinjam itu; dan
secara amnya, untuk membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan undang-undang pengangkutan awam darat.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 27
Pemeliharaan Kumpulan Wang
31. Menjadi kewajipan Suruhanjaya untuk memelihara Kumpulan
Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Suruhanjaya mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal dari setahun ke setahun.
Akaun bank
32. Suruhanjaya hendaklah membuka dan menyenggarakan akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank atau bank-bank di
Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Kuasa untuk meminjam
33. Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, meminjam dalam apa-apa bentuk dan atas apa-apa terma yang diluluskan oleh
Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Suruhanjaya bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya.
Pelaburan
34. Wang Suruhanjaya hendaklah, setakat yang tidak diperlukan untuk dibelanjakan dengan segera oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh
Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Batasan kontrak
35. Suruhanjaya tidak boleh, tanpa kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, membuat apa-apa kontrak yang di bawahnya Suruhanjaya dikehendaki untuk membayar atau menerima suatu amaun yang melebihi sepuluh juta ringgit.
Undang-Undang Malaysia 28
Tatacara kewangan
36. Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Suruhanjaya hendaklah menentukan tatacara kewangannya sendiri.
Tahun kewangan
37. Tahun kewangan Suruhanjaya hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.
BAHAGIAN VI
AM
Pendakwaan
38. (1) Suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
Mana-mana pekerja Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
Pekhidmat awam
39. Semua anggota Suruhanjaya dan anggota mana-mana jawatankuasa, dan pekerja dan ejen Suruhanjaya, semasa menunaikan kewajipan mereka di bawah Akta ini sebagai anggota, pekerja atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang
40. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
Suruhanjaya; atau
mana-mana anggota Suruhanjaya atau anggota jawatankuasa, mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya,
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 29
berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukannya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
41. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Suruhanjaya atau terhadap anggota
Suruhanjaya, anggota jawatankuasa, dan pekerja atau ejen
Suruhanjaya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan yang ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat sedemikian.
Obligasi kerahsiaan
42. (1) Kecuali bagi apa-apa maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh
Suruhanjaya—
tiada anggota Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pekerja atau ejen Suruhanjaya atau mana-mana orang yang menghadiri mana-mana mesyuarat
Suruhanjaya atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya dalam penjalanan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut undang-undang pengangkutan awam darat; dan
tiada seorang lain pun yang, melalui apa-apa cara, mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 30
Pewakilan dalam prosiding sivil
43. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap
Suruhanjaya;
dalam mana-mana prosiding sivil terhadap mana-mana pekerja berhubung dengan pelaksanaan fungsinya di bawah undang-undang pengangkutan awam darat; atau
dalam mana-mana prosiding sivil yang lain yang dalamnya
Suruhanjaya dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili, atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya bagi maksud itu boleh, bagi pihak Suruhanjaya atau pekerja itu, memulakan prosiding sedemikian atau hadir dalam prosiding itu dan boleh membuat semua kehadiran dan permohonan dan melakukan semua perbuatan yang berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak
Suruhanjaya atau pekerja itu.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
44. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu untuk melaksanakan sepenuhnya Akta ini atau untuk melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Kuasa untuk mengambil kerja
45. Suruhanjaya boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknikal, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, perunding dan orang lain, untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya, penjalanan kuasanya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 31
Pengambilan kerja pekerja kerajaan
46. (1) Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan—
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung
Malaysia; dan
Jabatan Keretapi, Kementerian Pengangkutan, yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Suruhanjaya.
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai seorang pekerja Suruhanjaya hendaklah diambil kerja oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Suruhanjaya, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung
Malaysia atau Jabatan Keretapi, Kementerian Pengangkutan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1).
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat
47. Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Suruhanjaya sebagai persediaan bagi dan ke arah pelaksanaan atau pentadbiran yang sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, pada menjangkakan Akta ini diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Suruhanjaya daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, disifatkan sebagai hak dan obligasi Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 32
JADUAL
[Seksyen 6]
Masa dan tempat mesyuarat
1. (1) Suruhanjaya hendaklah mengadakan seberapa banyak mesyuarat yang perlu bagi melaksanakan fungsinya dengan cekap dan mesyuarat itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang diputuskan oleh
Pengerusi, dengan syarat bahawa Pengerusi tidak boleh membenarkan lebih daripada dua bulan berlalu antara mesyuarat.
Pengerusi hendaklah memanggil mesyuarat jika diminta untuk berbuat demikian secara bertulis oleh Menteri atau oleh sekurang-kurangnya dua anggota Suruhanjaya.
Kuorum
2. Pengerusi dan sekurang-kurangnya separuh daripada anggota Suruhanjaya yang lain hendaklah membentuk kuorum bagi mana-mana mesyuarat Suruhanjaya.
Undi pemutus
3. Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh Suruhanjaya terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus di samping undi biasanya.
Suruhanjaya boleh mengundang orang lain untuk menghadiri mesyuarat
4. (1) Suruhanjaya boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Suruhanjaya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Minit
5. (1) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan supaya minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Minit mesyuarat Suruhanjaya, jika ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam minit itu tanpa bukti selanjutnya.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 33
Tiap-tiap mesyuarat Suruhanjaya yang berkenaan dengannya minit telah dibuat mengikut subperenggan (1) dan (2) hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Tatacara
6. Suruhanjaya boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.
Kesahan perbuatan dan prosiding
7. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
terdapat apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau terdapat apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Suruhanjaya; atau
terdapat apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Suruhanjaya
8. Anggota Suruhanjaya hendaklah menumpukan masa kepada urusan
Suruhanjaya sebagaimana yang perlu untuk menunaikan kewajipan mereka dengan berkesan.