Skip to content

Seksyen 4

Meterai perbadanan

of Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010

ActRepealedProvision 4 of 5
Seksyen 4
(1)

Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi suatu tanda yang diluluskan oleh Suruhanjaya dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Suruhanjaya.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Suruhanjaya, suatu cap yang mengandungi perkataan “Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat” bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Suruhanjaya.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan disahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(5)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota

Suruhanjaya atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya bagi pihak Suruhanjaya.

(6)

Meterai perbadanan Suruhanjaya hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.